Thursday, March 10, 2011

Terbakar


Entry semalam aku bercerita mengenai BAKAR...

Hari ini, dalam perjalanan pulang dari opis, sambil duk layan lagu The Pilgrims, dan sambil itu juga sedang menjalankan tugas sebagai secret agent, tiba-tiba, aku ternampak sebuah kedai motor mengeluarkan kepul kepulan manja asap itam.

Terus aku berenti dari menjadi secret agent, dan bertukar menjadi Leepoterr.

Masa aku berenti depan kedai motor tu, apinya masih belum nampak dengan jelas. Tokey kedai sedaya upaya cuba memadamkan api dengan menggunakan 4 tong pemadam api jenis kering. Ada 2-3 orang membantu, dan mereka beranggapan ini bukan serius sangat. Masih Boleh kawtim. Tengok derang rilek je.

Tapi malangnya, dalam masa 5 minit aku berenti tu, tiba-tiba berlaku letupan yang menyebabkan bara-bara api merebak keseluruh kedai. Resam bengkel, memang banyak barang yang bersifat mudah terbakar.

Bermula dari situ, api semakin besar, dan orang-orang yang ada disekitar kedai itu, samada membantu atau menonton, mula menjauhkan diri kerana panas membahang dan letupan-letupan mula terjadi. 2-3 kali Tokey Chen terpelanting kerana letupan-letupan tersebut. Ada 2 kali, menda melayang atas kepala aku. Tapi aku buat rilek memetik butang shutter.
Tempat bermulanya api, disebelah kiri kedai.










Letupan pertama dari tin aerosol kerana pada mata aku jelas ternampak api yg terjadi dek kerana gas termampat.
Letupan dari punca Elektrik. Yang ini, siap ada bunyi bzzzzzzzz... ngeri tul


Last2 kerana risaukan serpihan terpelanting ke arah kereta, aku pegi alihkan kereta sambil menukar kepada lensa Telezoom 250mm. Pada ketika ini letupan yang agak kuat, terjadi. Yang mana aku rasa mungkin berpunca dari tangki minyak petrol pada berberapa motor yang sedang terbakar. Ketika ini, sebuah pusat mengaji quran ditingkat atas, turut dijilat api. Ketika kejadian, pemilik Akedemi tiada di premisnya.
Letupan dari tangki petrol. Banyak serpihan melayang ke serata alam.
Ada kemungkinan, Tong Pemadam api ini sudah tamat tempoh (expired)? Ketahuilah, tong ini ada expiry date. Sila periksa kalau korang ada menda ni.



Tokey Chen (baju putih) ditenteramkan orang ramai
Aku tunggu jugak tong oxy gas welding ni meletop. musti bunyi macam bom jepun attack malaya. Tapi malangnya, tong ini telah berjaya mereka seret ketempat selamat.....


15-20 minit kemudian, Bomba dari balai Indera Mahkota tiba. Derang terus gunakan air dari tangki lori mereka. Tak sampai 10 minit, air dari tangki tu dah kering. Dan geng scouting pili bomba mendapati banyak pili yang tiada air atau tekanannya maha rendah.


Bomba tiba dalam pukul 5.30 petang. Jarak balai dengan tempat kejadian lebih kurang 1okm.


Mereka terpaksa menggunakan pam  sebagai penggalak tekanan air.

Kasihan sama tokey Chen yang cedera serius pada kedua tapak tangannya dalam usahanya menyelamatkan bengkelnya dan motor-motor milik pelanggan. Malangnya, api terlalu kuat dan kehadiran pemangkin diserata kedai memburukkan keadaan.

Cuba memadamkan kebakaran dari belakang dan menyelamatkan sebuah bengkel pertukangan. Nampak keta wira tu? Tuan dia tatau pegi mana. Cat keta tu sebelah kiri, macam mencair. Kata org yg pegi nak selamatkan keta tu lah.


Ini 1st time aku nengok kejadian kebarakan live depan mata dari mula hingga rentung. Apa yang aku boleh katakan adalah, api merebak dengan cukup cepat sekali. Habanya cukup kuat, sampai keseberang jalan. 4 tong pemadam api, langsung tidak dapat membantu memadamkan kebakaran.
Terima Kasih abang abang bomba.

Ketua operasi pada petang tadi.


Sempat lagi aku bokeh cahaya matahari. Hehe... pakai mode manual.
Tertanya satu soklan, rumah kita ada pemadam api tak?
Aku ada. Tapi cinonet je... nak padam api lilin kek hepi besday boleh la kut.

Apa-apa pun, takziah pada Tokey Chen. Bertabahlah. Mintak-mintak bisnes Tokey Chen di insurankan. Tak de lah sesak napas nak tanggung kerugian.

Sabar ye Tokey....

Tangan yang hancur melepuh... dalam ni tak brapa nampak sangat.Aku berdiri sebelah dia, memang nampak gelembung-gelembung pada tangan dia. Sakitnya usah kira.
Dari mula sampai abis, aku duk tengok, puak-puak melayu je duk kasi comfort sama Tokey Chen. Mungkin costumer dia kut. Masa gambar ni diambil, tokey chen sedang tunggu ahli keluarga dia datang yang mana ada satu mamat melayu kasi pinjam telefon sebab telefon tokey chen sudah rentung tidak tinggal sisa. Kalau ada pun, dia dah tak boleh pegang apa, habis tangan dia melepuh, dan melecur.






Jangan Tokey Chen bunuh diri live dalam Facebook sudah.... nanti time aku ada motor esok-esok, kalau pancit, susah nak tukar tiub.

Gambar terakhir yang diambil sebelum aku start keta untuk balik ke pangkal jalan. Jumlah gambar yang diambil adalah 309 keping dengan kapasiti hampir 6gb dengan format Jpeg High. Semua gambar kat dalam ni, tidak diedit terlebih dahulu sebab aku dah letih. Korang edit lah sendiri kalau mahu.

No comments:

Post a Comment