Biasanya, kat umah aku ni, jenis membazir juga. Lampu sampai 4-5 tempat sekali buka. Ini sebab masing-masing ada port sendiri. Atau simply memang suka membazir.
Masih ada peralatan elektrik yang dibuka malam tadi seperti peti sejuk, ionizer dan kipas. Lain-lain semua abis aku shutdown.
Menjenguk di luar, ramai juga yang tidak tahu pasal Earth Hour (EH) ni. Kalau tahu pun, 8.30-9.30 malam tu adalah masa Perdana layan TV dan ada duk tengah makan segala.
Tak pe lah, lain tahun boleh cuba lagi. Mungkin pihak berwajib kena sama turun padang macam Perdana Menteri negara2 lain yg melakukan sambutan tutup lampu ni diserata dunia.
Pihak2 media sepatutnya lebih agresif, 2-3 hari sebelum EH, mereka dah start kempen dalam media derang.
Kecualilah, kalau nak protect kepentingan TNB...... yang tu, tak bleh buat apa dah.
EH saya, memberikan peluang mengambil gambar cahaya dari sumber api lilin di dalam gelap. Susah!!!! tak jadi.... failed!!!
Cahaya api yang sentiasa bergerak kerana angin (walaupun kipas telah ditutup), menyebabkan gambar menjadi tak cun. Penggunaan bekas lutsinar juga menyebabkan, imej nampak tidak tajam. Lain kali, mungkin bekas lilin bewarna gelap boleh di cuba untuk mendapatkan imej yang tegap dan tajam.
Jumpa tahun depan!!
No comments:
Post a Comment