Sunday, March 20, 2011

Supermoon Update!!!

Ok... tadi pegi keluar pusing Kuantan. Hujan tak berenti. Jadi tak de port cantik untuk tembak bulan. Kalau ujan tu berenti sekejap pun, bulan duk nyorok belakang awan.

Jadi balik layan Dragon Ball lagi baik.

Elok je sampai rumah, Junior kasi tau, Bulan dan nampak, betul betul atas bumbung rumah.

Aku pacak tripod, set kamera, tanpa peduli jiran2 yang buat muka pelik, aku amik dalam 20 keping dengan berbagai setting dari segi aperture, ISO dan berberapa setting pada metering.

Gambar kat bawah ni, semuanya sudah di crop, dan enlarge. So kalau besarkan lagi, ianya akan jadi pecah sebab lensa aku cuma 55-250mm sahaja. Len kali, kalau nak bulan besar lagi, sila hadiahkan pada saya lensa saiz bapak.... nescaya, gambar tapak kasut Neil Armstrong kat bulan sana pun, boley nampak.



kalau perati molek2, kat sebelah kanan bawah bulan tu, ada macam kawah volcano.

Ni orang puteh kata : "once in a blue moon". Maksud dia, tak de kena mengena langsung dengan cerita blue. harap paham ye....

No comments:

Post a Comment