Sunday, March 6, 2011

Sg Lembing Outing

Muzium Sg Lembing dari bawah. Kali ni aku tak melawatnya. Lain kali ye...

Sg Lembing...
Tak perlu lah nak cerita sejarah tempat ni. Korang google sendiri lah tentang sejarahnya.
Aku selalu juga pegi sini. 2-3 bulan sekali, aku pegi rilek-rilek disini. Samada pegi kawasan perkelahan tepi air atau hanya bersantai di muziumnya.
Terdapat sekurang-kurangnya 3 kawasan perkelahan utama iaitu Kuala Kenau , Sg Jin dan Rainbow Waterfall. Di Sg Jin, terdapat kolam air panas juga.
Di SL ni juga terdapat kepala empangan air bersih yang terbesar di Malaysia. Kenyir merupakan empangan hidro yang terbesar, dan kenyir dibina bukan untuk supply air 100%.  Dam yang terdapat disini di panggil Chereh Dam. Aku dah pergi . Termasuk ikut belakangnya di bahagian Sagu 6. Memang cantik.Dam ini dibina hanya untuk supply air bersih kepada Bandar Kuantan dan sekitarnya.

Sebelum ini, aku jika ke SL, tidak begitu menghabiskan masa dengan keadaan sekeliling nya. Maksud aku, interaksi  diantara aku dan manusia serta alam disitu tidak berlaku. Aku pergi sana, melawat, atau buat apa saja, dan kemudian pulang.

Tapak Palong Bijih

Kali ini, untuk outing photo shoot  yang pertama, aku pilih ke SL kerana faktor ianya kaya dengan subjek untuk di tembak dengan lensa kami.  Tema utamanya adalah Street Candid dan juga sedikit Landscape. Tapi akhir sekali, jadi cacamarba, kerana terlampau banyak tempat dan subjek yang menarik untuk dirakam.
Kami mula singgah dikawasan Muka Lombong disebelah hulu nya. Banyak bermain di kawasan rumah tinggal ( akan ada entry berkaitannya nanti) dan selepas itu, aku pegi bikin donut 360 darjah di depan Pintu Masuk Syaf. He he.... keta tak power, tayar tak berasap pun cuma jeritan protes 4 biji tayar yang didera, menjadi muzik dengan gemaan dari bukit-bukit diseklilingnya...  (ada amik video HD, tp tak bleh tunjuk sini). Dari banyak2 Pintu Syaf, hanya 1 yang tinggal tidak di pagar. Sebelum ini, hampir kesemuanya boleh dimasuki. Aku masuk suku... seram, bukan takut antu, tapi takut ular sama jengking . 2 mamat lagi, tak mau masuk.


Salah satu dari Pintu Syaf

Sebenarnya, 3 tempat yang disinggahi di atas adalah untuk proses pengajaran secara teori dan praktikal dari Izuwan kepada kami berdua.

Izuwan menggunakan Nikon D90 dan aku menggunakan Canon. Secara ‘keras’nya, menda tu tidak sama. Tapi kalau melihat dari skop yang lebih besar, cara bekerja , teknikal dan method diantara kedua jenis kamera itu adalah sama sahaja. Bezanya pada istilah dan susun letak butang fungsi di body kamera masing-masing. Baha menggunakan Nikon. Dia dapat ilmu dengan cepat. Aku terpaksa konbet dulu istilah nikon kepada Canon dan terkial-kial mencari susun letak butang yang berkaitan.

Peraturan Izuwan mudah saja, SEMUANYA DALAM MANUAL. Tiada gambar harus diambil dengan menggunakan mood selain dari manual atas apa alasan sekali pun. Hebat!!!!!


Izuwan, seorang guru yang bagus. Cepat je paham. Cepat je kami tahu apa yang perlu dibuat. Pengalaman sebagai semi pro di arena wedding event, membuatkan dia punya kerja cukup cepat dan dapat menafsir  hubungan diantara subjek, kamera dan tempat dalam masa yang cukup pantas.

Kini, aku dah ada sedikit konpiden dengan manual. Manakala Baha, 1st time bersama DSLR, terus shoot pakai manual. Mood auto dia tak reti. Haha....

Stesen Minyak Bawah Pokok. Lupa pulak nak tengok derang jual minyak jenama apa. Yang pasti, Kad Plastik dari Bank-Bank Utama seluruh Malaya, langsung tidak diterima. Cash Only!!!!!

Habis disitu, kitaworang pegi lepak di tepi satu-satunya pam minyak a k a stesen minyak  yang ada di SL ini. Unik nya, Pam Minyak ni berada di bawah pokok je.... klasik fantastik!!!


Diambil untuk tekstur.
Disini lah bermula aksi sebenar street candid. Sementara aku dan Baha terkial-kial mencari setting, Budak Izuwan rilek je pukui gambo sampai berpuluh keping. Apa yang best, sikap Izuwan yang biasa main function, dia boleh berinteraksi dengan subjek sebelum meminta izin pukui sekeping. Boleh argue disini, subjek tidak menjadi natural lagi. Tapi, itu cara berhemah dia yg wajar kita hormati.
Aku dan Baha, sengih2 amik gambar curi pakai TeleLens... hehe...
Disebabkan tempat ini adalah main road, ianya agak sibuk. Jadi kami beralih ke bahagian belakang iaitu di kawasan Canton Road (North and South).
Disini, terdapat pekan sehari kecil yang dalam proses tengah bungkus gerai mahu pulang. Jadi ada jugalah manusia. Tapi tidak sesibuk manusia di jalan utama.



Dari South Canton memandang ke North Canton Road
Ketika berada di Canton Road ini lah, aku pelajari bahawa, penduduk SL tidak ‘Jakun’ kamera. Tidak pelik dengan apa yang kami buat walaupun ada aksi-aksi ekstrem yang pada keadaan ditempat  normal, pasti dikutuk orang. Orang di SL ini sudah jemu dengan photographer dan Filmgrapher. Dia tidak pelik. Buktinya, bebudak kecil geng basikal dan bebudak muda geng motor. Tidak langsung mengendahkan kami. Malah, mereka memberi senyuman dan sportingnya, mereka berhenti memberi ruang kepada kami mengambil gambar jika ketika itu mereka ingin melintas di depan kami. Cuba buat macam ni di Kampong Kuala Teriang atau Kampong Seberang Guai, pasti kena baling dengan kelapa komeng.

Ada juga yang duduk memerhati dari jauh. Malah ada yang memberi cadangan, sambil-sambil dia lalu di depan kami tentang apa yang patut kami ambil. Memberi cadangan mengenai kedai makan yang sedap dan berbual-bual dengan kami. Satu kemesraan terlihat disini.



Antara shoot yang susah kerana didalam kedai itu sebenarnya amat gelap, hanya dia dan tuan kedai sahaja yang ada di dalamnya. Pakcik ni memerhati kami dari mula sampai habis.Cuba klik gambar ini utk besarkan, lihat mata pakcik ni memandang tepat ke arah lensa.

Melihatkan ini, teringat sama ayah aku. betapa sukanya dia bercerita Pasal peti ini.

Dua beranak ini hendak pergi ke saloon. Tetapi ada 2 orang pelanggan di dalamnya.

Pekan Sehari sudah bungkus.
Faktor SL sebagai Hub pelancongan daerah Kuantan, memupuk semangat orang disana menghormati, menghargai dan menyenangi kehadiran orang-orang seperti kami. Mungkin ada sedikit harapan pada mereka, hasil dari Lensa kami akan mempromosikan tempat mereka, lantas memajukan lagi industri yang ada di SL.
Aku pasti akan repeat lagi ke SL. Masih banyak subjek yang masih belum dapat aku rakamkan kerana SL mempunyai bahan yang cukup banyak. Jumpa Lagi!!!

Our Sifoo.... Enche Izuwan
Menunggu masa bergerak. Di Sg Lembing , semua bergerak perlahan dan lesu.

Bokeh? Menjadi, tapi a bad one. Cuba lagi lain kali.

No comments:

Post a Comment