Monday, March 14, 2011

Kuala Lumpur 2

Nampak gayanya, setiap 2 minggu sekali, aku akan turun KL untuk sessi Kuliah.
Malas nak pikir benda lain, keseronokkan yang aku nampak, KL ni mempunyai cukup banyak subjek-subjek yang menarik untuk dirakam dengan lensa aku.
Satu tempat yang aku mula kunjungi setelah berbelas tahun tidak kesana adalah Tasek Titiwangsa. Dulu, semasa jadi Mat KL, selalu aku kesini untuk berjumpa kakak aku yang menetap di Kamsis UKM yang ada kat Tasek ni. Dalam sebulan, mesti ada 2-3 kali aku pergi.
Selepas dia tak duk situ dah,  aku tak pergi-pergi dah Tasek tu. Kemudian, pada Disember yang lepas, teringin nak try makan kat Nelayan, aku pegi lah ke Titiwangsa. Ada 2-3 perubahan kecil. Tetapi boleh dikatakan, ianya masih Kekal sebagai Titiwangsa, tempat orang main keta kontrol, naik kuda, men beskal dan badminton dan beromen celah-celah pokok.

Kunjungan aku yang terkini, menyaksikan, Tasek ini dipenuhi manusia. Ada India buat majlis perkahwinannya disini. Betapa luvly nya, tapi dalam masa yang sama, aku sumpah juga dalam hati, sebab, mereka pasang khemah di kawasan tanjung yang cukup cantik utk pacak kamera amik gambar KLCC.

Terpaksalah aku cari tempat lain yang tidak berapa cantik viewnya. Kebanyakkan spot-spot cantik, telah abis kena kebas dengan mat kamera yang  lain. Bukan sikit-sikit, tapi dalam bilangan puluhan orang. Ada yang main landscape macam aku, ada yang main potret bermodelkan awek-awek underage dan ada juga sengal main makro di malam buta. Janji happening...

Kesilapan aku pada malam itu adalah aku datang terlalu lambat, sekitar 11 malam, jadi tidak banyak spot yang tinggal. Kemudian, aku juga tidak membawa Lampu led untuk membantu dalam gelap malam. Jadi, bila time nak laras tripod, seksanya bukan main.

Kali ini, set up yang penting adalah dengan kehadiran super tripod yang mana, tripod ini membolehkan gambar diambil secara landskap dan juga potret (mendatar @ melintang).

Kemudian, bukaan shutter di letakkan pada mode BULB dimana shutter akan terus terbuka selagi picu ditekan.
Cuma aku ubah - ubah setting ISO supaya gambar itu lebih menarik.
Pada lensa, disebabkan menggunakan tripod, fungsi auto fokus di matikan, begitu juga fungsi penstabil imej. Ini bagi mendapatkan fokus dimalam hari menjadi lebih tepat.

Berikut merupakan hasil yang tidak seberapa dari aku. Masih banyak ruang untuk diperbaiki.


disebabkan port cantik kena rampas, subjek aku pun jadi berterabur. Gambar ni, nak cerita apa sebenarnya? KLCC? Khemah? Tasek? Subjek tatau mana satu.
Sama seperti yang ini, tiada subjek khusus, Cuma highlightnya pada biasan cahaya dipermukaan Tasek.
Fountain dengan ISO tinggi
Dengan ISO rendah.
Ni gambar light trail yang aku amik di jalan Batu Caves.


Agaknya, selepas ini, kat mana lagi tempat cun aku boleh pergi amik gambar?

No comments:

Post a Comment