Thursday, March 24, 2011

Ketam

Balik kerja semalam, singgah Mini market beli barang sikit.
Sekali Junior ternampak ketam. Mother of all crabs... apa lagi, abis keluar ayat power, dia suh aku beli ketam tu.

Kat umah, tak dak orang yang makan ketam kecuali Junior.
Aku tak bleh makan ketam sebab resdung. Dulu masa kecik-kecik, suka gak makan ketam. Tapi lepas makan ketam, Dr Sulaiman kena kasi aku satu injeksyen...... abis gatal satu badan.


Kesian kat Junior, aku beli jugak 2 ekor.
Ketam tu aku potong dua, sepit dia aku kerat mengikut ruas dan aku kasi karate supaya senang nak makan nanti.
Masuk dalam Pot, masak kari.

Kari ketam, serupa je macam kari-kari lain. Bezanya cuma pada kuahnya. Tak perlu banyak-banyak macam kuah kari ayam. Kenapa? aku pun tak reti nak cakap. Dah aku belajar dulu macam tu. Cuma mungkin senang nak amik ketam tu kut. kalau tenggelam, susah la pulak.

2 ekor ni, berat dalam 1.7 KG.... besar kan?

Posing takut-takut bersama Ayah Ketam.  Jangan tanya apsal Necktie dia macam tu. Pesen baru, korang mana tau!!!!!

Sila lah makan ketam......
Rempah nya pula, guna rempah kari daging dan bukan kari ikan. Ini bagi nak neutralkan rasa ketam tu. Lain-lain, aku tak reti nak cerita... hehe

No comments:

Post a Comment