Thursday, March 3, 2011

Deuter City Light

Dalam dunia ni, terdapat berbagai-bagai jenama rucksack atau beg sandang belakang. Berbagai saiz, bentuk dan warna wujud dengan berasaskan bermacam jenis material. Untuk melariskan produk mereka, berbagai tema telah di berikan.

Antara jenama-jenama rucksack yang glamer di dunia ini adalah seperti Karrimor, North-Face, Samsonite dan Deuter.

Aku lebih suka kepada jenama dari label sukan seperti Puma dan Adidas. Tetapi Diadora adalah pilihan aku yang ulung kerana faktor Knock-off ( barang tiruan) yang  sukar ditemui.

Sejak mempunyai DSLR, aku berpendapat, satu Rucksack yang kecil dan serba boleh di perlukan. Memanglah terdapat Rucksack khas untuk DSLR, tetapi kebanyakkannya tidak begitu multi purpose dan designnya tidak menarik.

Sebelum ini, aku selalu juga melawat-lawat laman forum dan sembang yang berkaitan dengan Travelling. Dan info yang aku perolehi adalah, beg yang paling tahan lasak, di undi, adalah dari jenama Deuter. Itu sekadar pendapat forumers dan aku sendiri. Ditambah dengan banyak outlet di Malaysia ini yang menjual Deuter, jadi akhirnya aku membuat pilihan membeli sebuah Deuter City Light.

Kompak dan ringan diperbuat lebih dari 3 kombinasi fabrik.
Antaranya ialah Deuter-Super-Polytex. yang mana ianya disaluti dengan getah PU dan sungguh ringan. Kemudian terdapat Wide Air-Mesh untuk ventilasi dan berberapa jenis fabrik lain lagi.

Cadangan Deuter mengenai penggunaan Rucksack ini. Tapi peduli apa, ikut suka hati lah kan nak guna rucksack ni untuk buat apa....

Apa yang boleh di isi? Terpulang lah....
Aku cuba memuatkan gitar bass aku dalam tu. Memang konpom tak muat. Korang beli nanti, cuba lah sendiri apa yg boleh sumbat dalam tu.
City Light

Di kompartmen luar, terdapat cangkuk pelbagai guna dengan strap kuning. Nice!!!

Laptop 14 inci ngam-ngam muat dengan sedikit ruang untuk kabel pengecas.

Beg DSLR berkapasiti 2 Lensa pun boleh muat. Cuma tampak sedikit gemuk.

Pelapik bahagian belakang yang cukup tebal dan selesa.

Airstripes - untuk ventilasi yang bagus. Salah satu sebab aku pilih beg ini kerana fungsi ini lah. Kalau satu hari duk galas beg biasa, bahagian belakang tubuh akan menjadi berpeluh dan menyebabkan ketidakselesaan.

Disebelah kanan dan kiri, terdapat ruang berjaring untuk meletak botol air dan menda -menda lain yg korang rasa nak letak. Aku letak penyembur racun serangga, senang sikit masa pegi amik gambo kat kubur cina, boleh spray segala nyamuk-nyamuk durjana.

Final Verdict?


Persepuluh, aku bagi 7 la. Ini kerana pada penelitian awal, aku lihat, beg ini tidak kalis air sepenuhnya. Walaupun di baluti oleh satu lapisan PU (polyurethane~ sejenis getah sintetik) tapi air masih boleh meresap masuk melalui zip dan bahagian jahitan. Di sebelah dalam, ianya dibahagikan kepada 2 kompartmen, tetapi, pembahagian itu, dilapisi oleh kanvas nipis. Tidak bagus untuk laptop mahupun DSLR.

No comments:

Post a Comment