Sekarang ni... aku tengah sikat rambut. Nak keluar pegi tembak bulan.
Aku memang tak puas hati betul ngan Bulan ni. Habis cara dah aku tembak, masih tak nampak2 juga.
Maksud aku nampak seperti bulan betul. Seperti mana yang mata kita lihat. Bila aku tembak dengan DSLR, yang nampak cuma cahayanya sahaja. Bentuk fizikalnya tak dak.
Sebab tu aku angin sama bulan.
Ok malam ni, 19hb, dalam tempoh 18 tahun, jarak bulan-bumi adalah yang paling dekat pernah direkodkan iaitu pada 356,577 kilometers. Tapi kita yang duduk di khatulistiwa ni, tak nampak sangat bezanya.
Ni gambar malam tadi, memang ampess.... mlm ni, tatau jadi ke tak.
Jangan masa amik gambo tu, melintas si Dora tukang sihir sudah.!!!!
Ni gambar aku amik masa berenti solat maghrib tepi ECMall.... yang ini terbaik dari berbelas yang lain. Baik bagi aku, sampah bagi korang kut.... hehe... |
No comments:
Post a Comment