Rasa lembab, terhegeh-hegeh dan otak kusut.
Bukan selalu aku rasa seperti ini, Jarang-jarang. Tapi bila ianya datang, memang rutin pada hari itu agak terganggu.
Cuba menukar mood, layan Joss Stone dan Norah Jones, Malangnya, aku rasa aku semakin tua.
Paling senang, ikut kan saja perasaan tua itu, dengan duduk tanpa berbuat apa benda pun.
Sedang aku bermalas-malas menjadi seorang tua di atas sofa itam, datanglah seorang budak membawa bungkusan kepada aku.
Sebuah bungkusan yang amat lama aku tunggu. Akhirnya....
Ni bukan sebab tak reti amik gambar, tapi saja aku blurkan subjek supaya maklumat berkaitan dengan secret agent tidak terbongkar. |
Siapa Fathullah Luqman ni? Antara Legend dalam industri Underground/alternative di Malaysia. Sampai sekarang, aku masih dengar lagu-lagu dari band dia. |
NOOOO... di dalam bungkusan ini bukan ada keropok lekor ye...... Ni T-shirt Eddie main wayang kulit. |
Maiden... Jadi Made In... kreatif amat. Font yang digunakan adalah font rasmi Iron Maiden. Ini Bukan sebarang T-shirt. Ini adalah hasil seni. Priceless... |
Ni lah dia Eddie yang dah jadi wayang kulit. Siapa Eddie? Kan aku dah ada cerita dalam entry SUNUT. |
At Least, Hari ini, ada juga sesuatu yang dapat menggembirakan hati tua ku ini. Aku pakai baju ini dan terus layan Iron Maiden full blast. Minta maaf pada jiran-jiran ku semua, nasib korang la dapat rocker tua sebagai jiran.
Tapi bukan selalu.... sekali sekala je...
Persoalannya sekarang ini, nak dipakai atau masuk dalam Frame?
No comments:
Post a Comment