Tuesday, March 15, 2011

DIGIeye Professional Tripod PRO288

Kalau degil, terimalah akibatnya.

Aku lah tu. Degil sangat.

Sebelum aku beli DSLR, aku membuat sedikit research berkaitan dengan DSLR dari A-Z.
Ianya termasuklah aksesori percuma yang ditawarkan oleh pekedai kepada pembeli.

bacaan aku di forum-forum internet berkaitan perkara ini, menemukan aku dengan saranan, pemilik2 DSLR yang meminta membuat naiktaraf terhadap aksesori tripod. Ini kerana tripod yang diberikan percuma itu hanya sesuai untuk kamera kompak sahaja. Berat dari DLSR ini akan menyebabkan ianya melendut disana dan disini seterusnya menjejaskan hasil sessi menembak itu.

Dah nama degil, aku amik saja tripod free tu. Dan buktinya, memang seperti yang dikata. Menyesal juga. Kalau upgrade itu ari, tak de lah banyak sangat duit keluar utk membeli tripod baru. Kurang-kurang boleh di potong 4-50 ringgit.

Disebabkan hasil-hasil yang aku amik tu tak menjadi. Terpaksa juga aku membeli tripod lain yang berkekuatan super dengan Ciri-ciri istimewa.

DIGIeye Professional Tripod

Didatangi dengan beg sandang kanvas yang kukuh dah kalis air.

Fungsi kompas, timbang air dan larasan berperingkat. Ciri Pro... wa cakap sama lu. Biar pun photographer tahap nubie.

Disetiap kaki, terdapat stud besi yang membantu tripod berdiri dengan stabil. Ianya dilengkapkan dengan pelaras supaya stud boleh disimpan.


Seat yang dibuat dari gabus. Terdapat satu butang auto dibawahnya, dimana, bila diletakkan saja DSLR diatasnya, automatik akan terkunci picu ditepinya. Hebat!!


Ballhead, BallJoint yang membolehkan, DSLR diletakkan pada sudut yang kreatif. DSLR boleh mengambil gambar pada sudut potret (menegak) dimana tripod biasa gagal melakukan tugas ini.


Tripod boleh diletakkan diatas batu dengan selesa tanpa risau akan ianya tumbang. Bukaan Maksimum DIGIeye dibandingkan dengan tripod percuma di sebelah belakang yang juga pada bukaan maksimum. Banyak bezakan?

Tak risau ianya akan tumbang dan terbalik. Stud besi memberikan cengkaman tambahan di kawasan licin sebegini.

pada ketinggian maksimum. lebih kurang 6 kaki. Terdapat 3 laras utama, dan satu pelaras seat (ball joint) yang boleh dipisahkan, atau ditambah lebih untuk ketinggian.

Diletakkan pada cerun berumput di waktu pagi. Licin, tetapi tripod ini berdiri dengan megah. 3 kakinya dibaluti EVA dengan kemas. Sedap untuk dipegang.


Fungsi paling best. DSLR boleh diletakkan terbalik seperti ini. Berguna untuk mengambil gambar makro dan close up. 



Rating peribadi: 4/5

No comments:

Post a Comment