Ntah.... aku tatau
Tapi, bila sebut Sunut, aku teringat sama Langsuyr.
Sebuah band Death Metal Malaysia yang aku dengar gitu-gitu sahaja.
Sehinggalah pada awal tahun ini, aku yang menjadi obses dengan blog Krenmaut Bro Ben, membaca pasal gig mereka di dalam Gua Kepura.
Aku mula memandang serius dgn track2 hebat mereka yang aku abaikan sebelum ini.
Di antara banyak2, lagu, lagu Sunut ini aku pilih untuk dipersembahkan kepada korang.
Lagu ini mengisahkan Bapak dia marah layan Metal....
so dia protes la...
Syukur, mak pak aku tak pernah angin satu badan mengenai muzik2 yang aku adik beradik dengar. Jangan lucah, mencarut dan memaki hamun sudah. Yang itu, konpom mak aku amik buang dalam longkang. Mak aku, kalau setakat Kurt Cobain dan Korn tu, dia kenal lagi. Mak aku memang sporting...
Ayah aku pun sama gak, kehulu kehilir aku dan adik usung gitar, dia tak bising. Jangan buat menda2 berdosa sudah.
Tapi aku ada sorang kawan, waktu zaman skolah dulu, yang waktu tu nak raya. Aku ramai-ramai pegi la shopping baju dan jeans di kompleks teruntum. Nak jadi cerita, dia beli baju gambar eddie the head Iron Maiden. Kita org dah pesan sama dia, ni nak buat baju raya, bukan nak buat layan metal. Tapi dia tak peduli, dia beli baju tu.
Baju macam ni lah yang member aku punya kena bakar tu. 12hb ni dia kawin di kampung belukar .... sayang nya aku kena pegi KL atas urusan Secret Agent... selamat nikah wahai enche Hasnol.... |
Aku ada baju macam ini, yang di beli dan di beri orang seperti Nirvana in Utero dan Voivod
Baju seperti ini bewarna hitam. Mak aku rilek je aku pakai baju tu sambil jalan sebelah dia tolong usung bakul sayur di pekan sehari. |
sila lah layan lagu ini:
p/s: satu t shirt spesel dibuat oleh orang yang spesel dalam perjalan tiba ke pintu rumah aku. Dah sampai nanti, aku tunjuk sama korang....\m/
Sunut
SUNUT
Lirik: Bentara Music: Azmaniac
Bapakku marahlah lagi
Habeshhh Cd dibakar
Habeshhh zineku dibakar
Habeshhh tshirt dibakar
Bapakku marahlah lagi
Habeshhh demo dibakar
Habeshhh poster dibakar
Habeshhh gitar dibakar
KORUS
Kalau ini macam lebih baik aku jadi Mat Dangdut..!!!
Jadi Mat Disko!!!
Jadi Mat Pop Indon!!!
Jadi Mat Hip Hop!!!
Jadi Mat Racing!!!
Jadi Mat Pet!!!
Jadi Bohjan!!!
(ulang sampai habeshhh…)
No comments:
Post a Comment