Thursday, March 17, 2011

Slow Shutter - Overpass TC

Aku ada pernah terbaca dalam satu forum fotografi, perdebatan diantara 2 format file gambar iaitu Jpeg dan RAW.

Baca punya baca, last-last aku yang pening.

So selama aku mempunyai DSLR ini, aku telah berekperimentasi dengan kedua jenis file ini.

Senang saja, hasilnya, RAW adalah lebih superior dari Jpeg. Memang, windows gagal membaca format ini, tetapi, jika mempunya perisian yang betul, RAW banyak membantu dalam memperbaiki mutu gambar.
Jika diambil menggunakan Jpeg, kebarangkalian untuk membaiki White balance, Picture style dan Brightness adalah tipis. bukan tidak boleh, tetapi agak sukar.

Berbanding dengan RAW yang menyimpan cukup banyak data, sampaikan gambar hancuss pun, masih boleh diguna dengan sedikit penambahbaikan menggunakan perisian khusus RAW.

Selasa yang lalu, kami bertiga keluar outing lagi. Kali ini, overpass di depan kompleks teruntum menjadi sasaran dengan tujuan mengaplikasi teknik slow shutter dan juga BULB.

Slow shutter adalah teknik bukaan shutter atau iris kamera luar dari normal iaitu berberapa saat yang ditentukan oleh anda. Manakala BULB pula, bukaan shutter atau Iris selama mungkin selagi butang shutter ditekan.

Ianya bagi mendapat efek kreatif Light trail, light burst dan menangkap jumlah cahaya yang banyak dari sumber yang sedikit.
 penerangan lanjut adalah melalui gambar dibawah.

Ni gambar diambil dengan menggunakan format JPEG. Tak boleh repair dah untuk melihat background. Teknik slow shutter menyebabkan, garisan cahaya terakam, manakala orang yang menggerakkan cahaya itu, tidak kelihatan kerana tidak cukup cahaya. Dengan praktis, korang boleh tulis nama dengan teknik ini. Sudah terbukti.... kan kan kan? hehe
Kalau diambil dalam format RAW, gambar ini akan jadi lebih cantik.
Light trail dengan bukaan shutter BULB. Lebih kurang 30 saat.
Ini adalah keadaan asal pantai telok cempedak di waktu malam. Diambil dengan menggunakan format JPEG. Tiada apa lagi yang dapat dilakukan.
Setelah aku sedar, mengambil dengan format JPEG, aku menukar kepada format RAW. Dan ini hasilnya. Keadaan yang gelap tadi, dapat di baiki dengan menggunakan perisian khas untuk RAW.
Keadaan putih berkabus itu sebenarnya adalah buih buih ombak. Apabila shutter dibiarkan terbuka dengan lama, buih2 itu akan nampak seperti kabus kerana pergerakannya pada setiap inci, akan terakam. Bukaan shutter yang lama juga menyebabkan cahaya dapat dikumpul dan menjadi sangat terang apabila di edit. Aku tidak menggunakan flash langsung ketika ini. Gelapnya kawasan ini, adalah seperti gambar no 4.
Light trail depan kiosk McD.... Amik gambar sambil makan Sundae....
Light burst dibelakang terhasil oleh bukaan shutter yang lama. Kat atas dahi ezuwan tu pun, ada cahaya yang berjaya di bokeh.

No comments:

Post a Comment