Monday, March 7, 2011

Hujan Lagi

Apakah interpretasi kita sewaktu berbondong-bondong awan berarak menghampiri kita? Apakah kita kecewa dengan alam dan cuaca?

Aku sudah baca banyak novel, cerpen dan bahan kreatif lain yang suka menyalahkan hujan. yang benci akan hujan. Yang menjadikan hujan sebagai faktor untuk bermalas-malas.

Hujan, hubungan cinta-benci di antara elemen2 yang terdapat di sekeliling kita. Hujan datang, bukan sekadar dengan rintikannya sahaja, Malahan ia turut membawa angin dan kilat dan petir bersamanya. Itulah dinamakan dendam rindu.

Itulah hujan kepada alam yang memanas. Itulah petunjuk betapa rindunya hujan terhadap kita segala makhluk yang sering mendongak memandang langit.

Hujan bisa cemburu dengan kita yang gembira di tengah panas tengah hari.

Hujan cemburukan hubungan intim kita dengan kehangatan mentari.

Hujan seperti kita. Memerlukan perhatian. Mencari sedikit pengertian dan tolak ansur. Dan hujan membalas dengan suburnya alam dan jiwa kita ditenangkan dengan titis-titis halus yang dijatuhkan dari jauh, dari atas sana diantara Zenith dan Neon.

Kenapa sayang perlu takut dan gusar?
Kenapa kita sewaktu kecilnya, menyelinap lari mencari ibu ketika petir dan kilat?
Kenapa ? 

Itu adalah suara rindu sang hujan marahkan kita yang sering melupakannya.......... Hujan!




apa lah yang aku repek kan kat atas sana? hahaha.....
ni gambar aku amik petang tadi selepas balik dari menjalankan tugas rasmi sebagai seorang Secret Agent.
Gambar nombor 2 tu, memang aku bercadang sangat nak crop/ potong dulu gambar tiang lampu tu, tapi aku sibuk sangat ni... korang buat-buat tak nampak lah tiang tu.
Begitu juga gambar nombor satu, ada atap zink dan lengan traktor..... sila abaikan...
sila renung pada gambar awan tu lama-lama, dan bukannya tiang api yg senget tu!!!!!!

No comments:

Post a Comment