Petang tadi, aku mencari setin cat yang aku simpan dibelakang rumah. Terdapat sedikit koyakan cat pada dinding hall semasa aku cuba mengalih satu perabut tu.
Dah lama aku tak menjenguk di belakang rumah aku. Bukan ada apa sangat disitu, kecuali barang-barang yang jarang aku gunakan seperti cat, bahan-bahan kimia pencuci dan surat khabar lama.
Tujuan aku ke tempat aku simpan barang, duhujung sebelah kanan rumah aku, terhenti, kerana Argiope Aurantia telah membuat sarang yang maha besar di depan rak barangan tersebut.
Ianya dikenali sebagai Black and Yellow Garden spider. Berukuran sehingga 3 inci besar. Manakala web, atau sarangnya, berdiameter sehingga 2 kaki lebar.
Aku rasa, ianya satu jodoh, kerana Argiope ni sudi buat sarang kat rumah aku, dari rumah-rumah lain. Rumah aku bukan lah hazab tak berkemas sarang ular. Tapi cuma ruang belakang tu jarang aku pergi. rumah orang lain lagi hazab!!!!
Argiope ni, biasanya akan menetap di tempat itu sampai habis nyawa. Walaupun Junior terjerit-jerit geli, suruh aku bakar sarang Argiope tu, aku rasa, tak perlu lah aku musnahkan sarangnya. Biarlah dia duk situ.
Kat negara omputeh sana, Argiope, sahaja diletak di ruang taman mereka sebagai penyeri.
P/s: kadang-kadang, nampak cam udang karang (lobster) pun ada.... Buat sup lobster sedap gak ni.... siapa mau cuba?
P/S 2: Aku sebenarnya tatau apa nama spider ni, Argiope tu, aku main hantam saja.... jgn marah ye pakar2 biologi semua.
No comments:
Post a Comment