Wednesday, March 30, 2011

Selak

Definasi Mengikut Kamus Dewan:

1.
membuka halaman buku; menyebak buku.

2.
sélak); menyelak 1. menyingkap (tudung, selubung, dll), membuka, menying­singkan: kain yg menutupi betisnya diselak hingga ke paras lutut; Tun Tuah pun segera ~ pen-duanya; 2. menyebak (buku dll), membuka: buku itu diselaknya lepas semuka ke semuka; menyelak-nyelak menyelak (buku, maja­lah, dll) dgn cepat tanpa membaca atau melihatnya dgn teliti: dia masih asyik ~ majalah, mem-baca tajuk, dan melihat gambar; menyelakkan menyelak utk; terselak tersingkap (kain, selubung, tudung, dll), terbuka, tersebak.

3.
Peranti atau litar dwistabil yang akan mengambil apa jua keadaan logik yang dimasukkan apabila dibenarkan oleh sistem dan terus memegang keadaan tersebut dalam ingatannya sehingga digerakkan semula. Tindakan ini serupa dengan tindakan menolak anak selak pada selak pintu.

4.
kayu palang utk mengunci pintu: ~ pintu palang pintu.


5.
pengsan dlm keadaan spt orang mati.

6.
tidak boleh bernafas, pengsan; ~ pengsan dlm keadaan spt orang mati.



So yang mana satu harus jadi bahan atau topik pada malam ini? Pasal selak kain? Oh noooo... ini bukan blog Voyeur intai mengintai.

Ini juga bukan blog pasal orang pengsan sebab terpana oleh sesuatu kejadian yang menakjubkan.

Jadi, kita lihat selak yang bermaksud palang pintu......




Pada zaman dulukala, orang buat rumah dalam gua. Jadi, bila duk dalam gua, mereka ni kurang lah sikit privasi. Kejap-kejap, ada je jiran tetangga datang melawat tak tentu waktu. Kalau bukan jiran pun, kenkadang, beruang dan harimau pun, ada datang menjenguk penghuni gua itu.

Disebabkan oleh kejadian itu, beribu tahun dulu, antara ciptaan terawal manusia, adalah pintu.  Bukanlah maksud aku sebesar mulut gua tu derang kasi bikin pintu, tapi saiz yang sesuai lah. Macam mana rupa pintu, dan warna apa pintu itu, korang bayang sendiri lah.

Dipercayai ini adalah gambar moyang einstein !!!

Selepas kewujudan pintu, maka, puak puak bercawat ni, terpikir, kalau ada pintu sahaja pun tak guna juga, tetap jiran sebelah boleh tolak buka pintu tu. Maka moyang-moyang pada einstein ini, mencipta satu alat mekanikal yang di panggil selak. Ianya berguna untuk menghalang dari pintu itu dibuka oleh jiran-jiran sebelah.

Bertitik tolak dari ciptaan itu lah, kita, dizaman tidak lagi memakai cawat , masih menggunakan ciptaan manusia bercawat beribu tahun yang lalu. Hebat!!!!

Ni selak pintu antik zaman Pop Yeh Yeh baru nak fames.

      
Selak zaman sekarang








Ni pula selak pintu dapur aku. Ada 5 semuanya. Mintak dijauhkan penyamun masuk rumah aku... aminnnnnnn!!!! 

No comments:

Post a Comment