Tuesday, February 22, 2011

Si Puteh Sonic 15

Gitar pertama aku, adalah ketika aku berumur 11 tahun. Berkawan dengan Simon, anak driver LLN (sekarang ni TNB), dia bagi gitar tu pada aku atas sebab dia nak berkawan dengan aku.   Gitar Akustik 6 tali biasa yang aku dah tidak ingat jenama apa. Masa tu, apa benda pun aku tak tahu, usahkan nak main lagu, nak nama kan tali tu satu persatu pun aku fail.. Yang aku tahu, aku memang Iron Maiden habis la sebab ada gitar. Petang-petang hari, aku duk posing bawah pokok jambu depan umah  dengan gitar aku dan beskal BMX Kuwahara tunggu awek skolah menengah balik. He he....

Ketika aku naik sekolah menengah, aku berkawan dengan budak senget dari Jengka 18. Budak ni, boleh tahan juga main lagu Axthara dan Eka. So, aku pelan-pelan join dia pegi jamming di studio cina kat tempat aku. Masa ni pun, lebih kepada nak HeadBanging dari bergitar.

Sehinggalah, satu ketika, aku bekerja dengan Enche Zul. Dari situ, berkenalan dengan Gitar Prodigy yang lain, membuatkan nafsu untuk memiliki Gitar sendiri tercetus. Hebatnya pada zaman itu, aku di kelilingi barang-barang branded made in Japan, US, dan UK. Hatta, barang korea pun derang tak pandang. Inikan pula barang made in china atau taiwan.

Antara brand yang biasa aku jumpa untuk diselenggara pada ketika tu adalah dari Fender seperti Stratocaster dan Telecaster dan juga Bass Mustang. Kemudian Ibanez-Ibanez dari siri Jem dan RG. Jenama BC Rich, dan juga Jackson milik Bryan Padang Polo serta Charvel milik Syed Teja. Ada juga kadang-kadang terpegang Washburn dan Kramer.

Banyak juga gitar-gitar  yang masuk ke studio untuk dibaiki. dan Kebanyakkan nya  total lost disebabkan zaman itu, Kurt Cobain suka hempas gitar dan ramai pengikutnya yang banyak duit, turut menghempas gitar. Plain Stupid!!!

Warna asal Sonic 15 adalah Putih . Gambar tahun 1998.

Setiap hari, orang-orang yang buat sibuk di studio, menyuruh aku beli gitar. Terutama gitar-gitar derang yang sudah puas digunakan dan mereka ingin upgrade gitar jenis lain pula. dengan kata lain, mereka nak jual gitar derang pada aku.

Seorang student pada masa itu, tambahan pula, bukan lah reti main sangat, aku buat tak kisah je. Baik gunakan saja gitar-gitar yang ada distudio, kalau bukan aku, tiada siapa nak guna gitar-gitar yang duk dalam rak di bilik Boss. Gitar yang ada di ruang Jamming pun, sudah lebih dari lazat lagi. Enche Zul tak letak gitar cap ayam disitu, kecuali Bass jenama Kingston, yang cukup ramai peminatnya ketika itu.

Pada suatu hari, ketika aku mengemas bengkel baik pulih, sambil itu aku juga  berbual-bual dengan Syed dan Rosman. Mereka masih sibuk meracun aku untuk bergitar. Dan akhir sekali, mereka mencadangkan agar aku membina gitar aku sendiri, dari A sampai Z. Ringkas kata, Custom Made.

Dengan lambakkan parts dari gitar-gitar pelbagai jenis di dalam bengkel. Aku bersetuju mengenangkan, Kurt Cobain pun pakai gitar kacukan yang mempunyai bunyi yang paling hazab di dunia ini.


Sudah jadi merah. Gitar yang paling aku sayang. Jika minta ditukarkan dengan sebuah Gibson Les Paul Original atau dengan Volkswagen Polo pun, aku tak mau. Ini Gitar custom dibuat secara bergotong royong oleh ramai manusia khas untuk aku. 
Untuk mencari set up yang serupa dengan Cobain, adalah sangat mustahil. Ini kerana Cobain menggunakan gabungan dua buah Fender iatu Jaguar dan Mustang yang di gelar Jag-Stang. Oleh yang demikian, aku mahukan gitar aku dibina iras-iras Fender Stratocaster tetapi dengan set up Pick up yang berbeza.

Jika Fender Strat biasa, setup Pick up nya terdiri dari 3 jenis single coil dengan 5 way selector. Tetapi, aku berkehendakkan set up 2 single coil dengan satu pick up Humbucker di belakang untuk menghasilkan bunyi yang agak Metal. Set up ini normal bagi gitar-gitar Strat Look dari brand Ibanez dan Yamaha. Dan aku juga mahu satu pot volume dan 2 pot untuk Tone. Ciri istimewa gitar tersebut pada ketika itu.

Bukan sebuah gitar yang terbaik di dunia ini. Tapi gitar ini, adalah aku.

Barang yang paling istimewa pada gitar ini adalah di bahagian Necknya. Ianya di tempah secara Custom di Penang. Aku dah tak ingat nama mamat yang buat Neck ini. Tapi memang tepat lah dia punya fret.

Body Gitar ini di ambil dari sebuah gitar Jenama Vision. Reason nya senang sahaja. Lempung dan ringan. Body seperti ini akan menghasilkan bunyi yang 'kering' dan 'kotor' sesuai dengan imej dan lagu-lagu grunge yang aku suka ketika itu. Ianya hanya untuk Rhythm, jadi aku tidak perlu cerewet sangat. Tambahan pula, hampir setiap hari menggunakan Fender dan Jackson, terasa gitar yang sebegitu berat tidak sesuai dengan badan aku. Buat apa nak siksa diri semata-mata untuk sedikit keseronokan? Lagi pun, aku kat studio tu digelar mat showmanship.... sebab main gitar lompat2  hehe....

Bila berbicara pasal pikap, aku sendiri pun tak tau pikap ini jenis apa. Dari segi fizikal luaran, aku agak, ianya pikap biasa sahaja tetapi lengkap 3 unit (satu set). Sebenarnya bermacam jenis pikap sudah kami cuba pada gitar tersebut. Aku agak cerewet disini kerana inginkan bunyi yang spesifik, iaitu bunyi yang super humming dan kotor. Jadi, di antara banyak-banyak pikap, yang digunakan sekarang ini adalah pilihan terbaik aku.

Untuk pendawaian, Rosman buat segalanya. Menggunakan wayar-wayar yang dua kali ganda ketebalan biasa. Tiada alasan yang kukuh, cuma cuba bermewah di bahagian ini.

Hardware lain, ada yang aku beli baru dari kedai-kedai disekitar Ipoh dan juga Kuala Lumpur. Ada juga menggunakan bahan-bahan kitar semula dari donor-donor yang ada diantaranya tidak diketahui asal usulnya.

Bila bercakap berkenaan dengan finishing, ramai mencadangkan aku menggunakan warna putih. Kerana pada ketika itu, kelibat gitar bewarna putih, amat jarang ditemui. Aku bersetuju sahaja kerana memang dalam otak aku, putih atau silver menjadi pilihan. Proses mengecat mengambil masa hampir satu minggu dengan 2 lapisan cat dan 3 lapisan clear. Warna Neck dibiarkan natural dengan 2 lapisan clear.

Gitar ini dinamakan SONIC 15 kerana bunyi nya yang bising, kotor, humming dan ultra kering. Kenapa 15? sebab, pada keadaan normal, sebuah amplifier hanya mempunyai volume pada aras 10. tetapi dengan sinikalnya, gitar ini, boleh menghasilkan bunyi pada  aras ke 15. Seloroh mereka!!!

Dan Sonic 15 ini, sudah berumur belasan tahun. Dibina pada tahun 1997. Kina warnanya sudah menjadi gabungan 3 warna, silver di lapisan satu, merah candy di lapisan kedua dan hitam sebagai frame luar dengan 3 lapisan clear. Proses mengecat ini aku buat sendiri pada tahun 2006.

Sekarang ini, aku ingin menukar semula warna gitar ini kepada warna lain. Mungkin aku boleh memilih warna PASTEL dengan dekorasi Bunga Tulips. Dan selepas itu, terpaksalah aku kena main lagu Uji Rashid dan Hail Amir....


                                 So warna apa yang sesuai?

No comments:

Post a Comment