Wednesday, February 23, 2011

Cordyline Terminalis

Zaman aku belajar dulu, Cordyline Terminalis ni antara pokok jenis shrub yang cukup glamer di gunakan di dalam setiap design aku sendiri . Ciri merah, menyebabkan pokok ini menjadi seperti buffer bagi tumbuhan2 lain disekelilingnya. Keglameran pokok ini, pegi mana-mana pun, mesti jumpa pokok ni. Senang dijaga, senang nak membiak dan murah pulak tu.

Cordyline Terminalis atau Common Name nya Hawaiian Ti @ Good Luck Plant, nama ikut melayu, aku tatau. Dah lupa.

Hari ini, aku berjalan-jalan membawa 'buah hati' di sekeliling tempat kerja. Terkejut aku bila terpandang, Cordyline Terminalis ini berbunga. Sepanjang aku menggunakan pokok ini di dalam design ataupun semasa kelas Botany di Tasek Perdana dulu atau tempat2 lain , memang tak pernah aku jumpa bunganya. Mungkin faktor nasib. Tapi, setahu aku, pokok ini diklasfikasikan sebagai tumbuhan yang agak sukar berbunga. Mungkin korang biasa tengok, tapi aku, ini kali pertama aku melihatnya. Sebelum ini, bila jumpa pokok ni, aku buat endah tak endah je.

Sungguh tak sesuai bunga ini untuk diberikan kepada orang sakit di dalam wad. Jika anda mempunyai sedara mara yang sedang berkampung di dalam rumah sakit, silalah beli bunga jenis lain untuk diberi kan kepada si sakit.



p/s: Buah hati bermaksud bukan awek....... benda lain!  Siyes!!

No comments:

Post a Comment