Sailing Stones...
Satu fenomena misteri yang berlaku di Racetrack Playa , Death Valley, Calif. USA
Seketul batu, di tengah-tengah padang pasir, yang ada beratnya seperti seorang manusia biasa, boleh bergerak dengan sendiri tanpa pertolongan dari manusia ataupun binatang.
Tiada corak pergerakan yang tetap di rekodkan. Batu, yang diletakkan sebelah menyebelah, bergerak dalam garisan paralel, sebelum salah satu darinya bergerak ke arah lain. Ada juga batu yang bergolek bertukar permukaan.
Semua ini memeningkan para pengkaji. Berbagai usaha dilakukan untuk mengetahui sebab terjadinya fenomena ini.
Tapi tiada satupun berjaya merungkai sepenuhnya misteri yang berlaku.
Teori yang paling logik adalah dengan menyatakan bahawa, batu itu diselaputi ais, dan bila permukaan padang pasir ini basah dan berselut, angin bertiup kencang, maka batu itu bergerak. Dan batu yang ketika bergerak itu, tiba-tiba kehilangan ais, akan berubah arah kerana faktor geseran.
Ramai bersetuju, dalam masa yang sama, masih banyak perkara2 yang meragukan sehingga teori ini tidak diterima secara rasmi.
Begitu lah dunia ini. Kita ingat, kita tau semua. Tapi kita tersilap. Masih banyak rahsia alam yang masih misteri. Banyak Fenomena yang masih belum kita dapat nyatakan bagaimana ianya berlaku.
Diri kita pun, tubuh badan dan cara minda kita bekerja, masih mempunyai misteri yang ada diantaranya tidak dapat di rungkai oleh saintis. Contoh terbaik, tiada saintis dapat memberikan sebab kenapa perkara ini terjadi kepada saya, mahu update status di wall FB sendiri, tetapi tiba-tiba, tertaip di wall orang lain. Harap, ada saintis yang bijak pandai dapat merungkaikan misteri yang berlaku kepada saya dipagi Ahad ini.
No comments:
Post a Comment