Monday, February 21, 2011

Saman

Hari ni aku pegi bayar saman. Punya lah ramai manusia. Bersesak-sesak dalam ruang yang kecil. Segala macam aroma ada. Segala macam jenis manusia dengan 1001 jenis kerenah boleh ditonton.

Dibuka 3 kaunter. 2 kaunter semakkan, dan 1 kaunter bayaran. Bayangkan betapa siksanya kena beratur 2 kali. Mula-mula, beratur untuk dapatkan jumlah saman di kaunter semakkan. Kemudian beratur untuk membayar saman.

Apasal encik2 polis tu semua buat sistem serupa itu? kenapa tidak diberi pilihan untuk cek saman dan terus bayar dikaunter yang sama? Kenapa harus beratur 2 kali? Kenapa harus beratur? Kenapa pejabat encik polis tak bleh buat sistem angka giliran seperti di bank-bank? Kenapa?



Hoi manusia, bila cek saman tu, dapat kertas senarai saman, blah la. Orang lain pun nak cek juga. Ni lantak lah dia berbual-bual dengan minah dikaunter tu. Macam2 soklan bodo di tanya. Gentleman lah sikit, sudah buat salah, bayar je lah. Nak bertekak dan beremosi pun, ingat lah orang lain yg tengah beratur sama.

Hoi encik pulis!!! Aku sokong je kau orang nak saman kita orang yang bawak laju macam orang hilang ingatan. Tapi, tak payah lah buat sistem saman ekor ni. Buat lah sistem sekatan. Dah tembak, sekat dan saman. Buat apa nak berekor-ekor? Manusia tak dak ekor wei. Monyet dan tenggiling je ada ekor.


Aku ada 7 saman. 5 dari saman tu, untuk 4 buah kereta yang berlainan.  Kereta itupun telah dijual. Dan 2 saman adalah sangat meragukan kerana tarikh dan lokasi speed trap itu, tidak logik diterima akal aku berada disitu pada waktu itu kerana pekerjaan aku tidak memungkinkan aku senang lenang di tempat itu. Malas la nak mintak bukti apa semua. Aku bayar je lah.

Aku pertama kali kena saman, pada umur 18 tahun kut. Di pekan Karak. Masa tu, dalam perjalanan ke Taman Kolej atas urusan Sri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong. Sampai di Karak, aliran trafik bergerak perlahan. Tiba-tiba, kereta kat depan tu brek. So aku terpaksa mengelak lah dengan memotong kereta tu. Last2, ada polis kat depan, dan aku kena saman potong dabel line. Berbulan kumpul duit nak bayar saman. Nak mintak kat ayah aku, takut nanti kena ceramah 4 hari 3 malam.


Balik kisah di balai tadi, aku tengok macam-macam kerenah manusia yang ada. Siap hampir-hampir sawan bila dia tahu dia ada 20 saman tertunggak dengan 6 waran tangkap. Kasihan juga sama apek tu. Habis manusia yang duk 'atas' dia maki. Marah betul apek tu.

Yang makcik ni pulak, siap nangis2 lagi sebab ada 5 saman yang mana, kalau tak laki dia bawak, anak bujang dia bawak. Siap kantoi laki dia pegi padang besar senyap-senyap. Makcik tu siap call laki dia, bergaduh dalam telipun. Hu hu....

Syabas di ucapkan kepada pulis trafik yang sedikit sebanyak, membantu meredakan keadaan dengan meletak 3 worang teller yang comel-comel dengan mekap kalah pengerusi syarikat Viktoria Secret.

Terima kasih juga, saman2 ni, membuatkan aku rasa meluat dengan puak2 yang di atas tu. Sila la paham, manusia mana  ade ekor. So tak payahlah menyusahkan orang dengan ekor-berekor ni. Sekat dan saman sahaja... bukan susah pun. Kalu zaman Badul dulu korang pulis boleh buat, sekarang kenapa tak buat?

7 keping saman tu, kalau aku belanja kamu makan goreng pisang dan kerepok lekor, gerenti dalam masa 3 minggu ke depan ni , pun kamu tak berenti mengunyah lagi.



Sila bayar saman korang sebelum 28 Feb ni.  Selepas 28 Feb 2011, saman dibayar tanpa diskaun. Harap Maklum.


Aku dah serik..............




p/s: Serik jalan siang hari. Jalan waktu malam lak lepas ni. Speed
       trap tak de malam hari.  Ye ke?

No comments:

Post a Comment