Kalau tanya aku, ianya mengikut musim.
Dulu-dulu, selalu join gathering (tt session), jamming, tengok bola, pergi pondok belajar kitab, casting di estuari , lumba haram jadah dan seribu macam benda lain.
2-3 hari ni, aku duk sibuk dengan DSLR. Hari-hari keluar 'menembak'. Kalau tak menembak, air naik kepala. Bila jadi lagu tu, boleh jadi hangin satu badan. Biasalah kan, barang baru. Karannya mesti lebih. 2-3 bulan nanti, mungkin DSLR ni aku campak dalam Kabinet kutip debu. Boys!!! hehe...
Dalam banyak-banyak aktiviti malam minggu, 'menembak' ni merupakan aktiviti yang paling susah sekali. Segalanya bermain dengan teknikal. Cuba bayangkan, sebelum keluar, aku dah buat research. Tulis nota dalam buku kecik tentang Exif Data atau set up yang perlu dibuat ketika nak menembak nanti.
Tapi bila sampai di tempat kejadian, satu persatu aku masukkan setting yang macam dalam internet. Tapi hasilnya hampesssssss. Aku cuba setting lain, plus-minus berberapa degree disana dan disini. Hasilnya makin teruk. Kadang tu , sampai apa pun tak keluar. Takkan nak amik gambar pakai menu auto? baik amik guna camera enset jah..... arghhhhhhhhhhhhhhhh...
Malam tadi aku pegi 3 tempat. Port pertama, atas kepala kubur cina di bukit Bayroute/ Beirut. Gila ngeri punya tempat. Dalam gelap gelita, duk tepi nesan kubur. Siap ada bau bangkai apa menda ntah. Kebetulan, kat bawah sana, ada konsert Amy Search. Aku pun ikut-ikut nyanyi buat ilang rasa seram.
Nyamuk dah mula berdengung tepi telinga. Seram sejuk duk tepi kubur. Semuanya serba tak kena.
Dalam samar-samar, aku masukkan setting. Shutter Speed, Aperture, White Balance , ISO dan aku fokus pakai VF. Nampak cun. Set shutter pada 2 saat dan tekan picu. satu.... dua...tunggu berberapa saat utk dedahan, dan hasilnya, hampessssss... berbelas kali cuba. hasilnya berbagai, tapi semuanya tak menjadi.
Itu jam, rasa nak hempas DSLR kat batu nesan jirat cina pun ada. Tapi sayang juga. Takut pun ada, hempas punya hempas, kena kepala hantu, mau dia gigit leher aku.
Ni aku pakai auto mode dengan flash. Memang nak amik gambar kubur. Sebelum tu, ajat hati nak amik gambar bandar kuantan kata bawah sana. |
So aku amik keputusan pegi amik gambar lampu berdekatan dengan EC Mall. Kat sini memang konpom tak de hantu, tak de bau bangkai, tak de nyamuk.amik 2-3 keping, bosan la pulak. Neon.....
Amy Search kata: "Kita menyusun batu batan ke Zenith, Siapa boleh meneka, antara gila-gila. Gempita Abad, kegerlipan Zirgon" .... |
Sebelum pegi minum coffee di Taj Point, singgah kejap di Pantai Telok sisek. Ni port klasik org duk buat project dalam keta. Aku pegi sini bukan nak amik gambar derang, tapi aku nak amik gambar Kuantan.
Pun sama juga, cuma hasilnya sedikit lebih baik dari di kubur cina tadi.
Cantik tak? Kalau siang hari, Pantai Telok Sisek ni huduh gila.... |
Maksimum Zoom guna Lensa 55-250mm |
Cam ne lak bleh jadi oren? |
Kena buang ego ketepi, minggu depan, pegi menembak dengan bebudak lain supaya boleh berguru.
Kalau tak jadi juga, aku akan kembali berlumba haram. Hehe....
No comments:
Post a Comment