Aku tak kisah sangat dia nak pindah ke ceruk mana, tapi, kenapa dengan Chelsea?
Jawapan dia mudah sangat. Sebab Liverpool nak Duit. 50 juta Pound Sterling. Yang paling tinggi dalam sejarah BPL.
Si Encik Torres ni sebenarnya, tidak begitu menjadi masa duk dalam Liverpool. Malahan, antara season yang terburuk bagi Liverpool. Elok lah jual.
Sebelum ni, hanya ko sorang je yang tak gay. Tapi bila ko dah duk di Chelsea, otomatik spastik, ko jadi gay.... haha |
Tapi aku hangin, bila jual kepada team yang sama dalam BPL. Mujur tidak dijual kepada MUtd. Tapi masih, Chelsea ini adalah rival kepada Liverpool. Encik Torres akan memakai Jersi No 9 di Chelsea nanti. Sementara, peminat-peminat tegar Liverpool yang sebelum ni memiliki Jersi No 9 Torres, Pakat ramai-ramai bakar api. Hu hu... hooligan rules!!!
Yeah kasi bakar...... Junior ada Jersi made in Siam Liverpool Torres... Perlu ke aku bakar? Nangis pulak si Junior nanti ( tapi senyap2 si Junior penyokong MUtd...... derhaka!!!) |
Untuk pasukan tempatan, memang aku dah berpatah arang sejak zaman Encik Beruang Itam menjadi jurulatih. Asyik malang yang datang. Aku dulu masuk team pom pom boy skuad Tok Gajah di bawah pimpinan Dr Ali ( pengasas Tok Gajah . com). Tapi skunk ni, macam buang masa je sokong Pahang. Semalam, kalah pulak dengan skuad bebudak hingusan 3-1 di Shah Alam. WTF kan?
Pak Beruang? Derang panggey, bukan aku.... tak baikkan derang tu semua? |
Main bola? Oh no.... lama dah tak main. Tak brapa suka sukan yang melibatkan body contact. Dulu zaman sekolah, aku memang main bola. Masa darjah 6 aku wakil sekolah. Jadi champion apa masa tu.
Bila masuk sekolah menengah, aku lebih suka buat menda lain yang tak boleh cerita kat sini. Bola masa tu, hanya untuk mat-mat sukan yang mana, sekarang ni, tak de sorang pun dapat main ngan Liverpool.
World Cup?
Aku start tengok WC ni dalam tahun 90an la. Tahun 90 aku layan kat rumah ngan bapak aku. Tahun 94, aku layan kat kedai Roti Canai tapi tak serius mana sangat, sebab masa tu nak peksa. Tahun 98, aku layan kat rumah member di BB. 2002, zaman ada astro, so layan kat rumah ngan adik aku. 2006, aku banyak melekat di Nasi Lemak Simple ngan bebudak kelab Dan 2010, aku tengok tak tengok. Update result dari internet saja.
Adakah aku masuk kategori peminat bola?
Tak!!! Aku ni poser je. Pura-pura suka, padahal tak suka mana pun.
Mungkin aku akan suka, jika bola ni, di mainkan secara campur aduk laki pompuan. Haha...
tapi, aku benci tengok perlawanan bola yang hanya melibatkan perempuan. Very lame....
and ohhh... sila lah layan video klip ni sebab ada aku kat dalam tu:
Selepas pengambaran habis merata alam kita orang berjalan muka macam ni . Sungguh tidak senonoh. Makan Bola, Tidur Bola, Minum Coca Cola |
No comments:
Post a Comment