Tuesday, February 1, 2011

Muzium Tentera Darat

Esok lusa cuti Tahun Baru Cina. Ramai ambil peluang nak pegi berjalan makan angin bersama keluarga mahupun kenkawan.

Kalau nak datang ke belah pantai timur pada masa sekarang ni, baik tak usah la, hujan tak berhenti, dan banjir di sesetengah tempat.

Jadi alternatif yang terbaik adalah pegi ke bahagian Pantai Barat ataupun di sebelah utara sana.

Sekali-sekala bila melancong, kita boleh juga berfikir 'luar kotak' dengan mencari tempat2 unik untuk dilawati. Contoh, pergi muzium, menginap di agro resort dan lepak-lepak di atas Kelong di Lukut.

Cerita pasal Muzium, aku memang dari bebudak lagi suka pergi muzium. Korang bayangkan, pada umur belasan tahun, baru dapat lesen keta, berjalan merata alam bersama geng-geng jahat yang lain, keluar masuk muzium.... Tolak Kedah, Perlis dan Johor, semua muzium dinegeri- negeri lain, aku dah masuk.

Dan dalam banyak-banyak muzium, satu tempat ni aku nak sangat pergi, tapi tak terpergi- pergi lagi ialah Muzium Tentera Darat di Port Dickson. Pergi PD dah banyak kali, tapi ada je problem, termasuk pergi pada hari mereka tutup iaitu hari Isnin dan Selasa.

Muzium ni terletak di Batu 4 PD, jalan menghala ke Teluk Kemang / Melaka. Dari PD korang drive sampai jumpa Petronas Batu 4, pergi depan sikit ada simpang utk ke hiway Seremban/Rantau. Masuk jalan tu sampai jumpa muzium di sebelah kanan.
Koordinat:    2°29'48"N   101°50'52"E di wikimapia.

Banyak artifak-artifak yang berkaitan dengan ATM terdapat disini.
Sesuai sangat bawak bebudak dan bapak budak bergambar dengan bahan-bahan pameran yang ada. Mak budak jadi tukang ambik gambar cukup......

Korang layan lah gambar kat bawah ni yang aku dapat dari sebuah blog....TQ kepada tuan punya gambar.











P/S: 
Apasal orang pergi melancong , jalan- jalan, derang panggil makan angin? Apsal tak panggil makan jalan ke?  Makan habuk  ke?   Hmmmmmmmmm.....

No comments:

Post a Comment