Bagi aku la, SS ni antara ciptaan yang sangat2 berguna kepada semua manusia. Bayangkan, berapa banyak masa dapat dijimatkan dengan hanya menggunakan SS ni. Tak de kelecehan teknik berus dan sabun lagi. Tambahan pula, SS ni ada satu lapisan yang memberi perlindungan dan lembapan kepada permukaan kasut kesayangan korang.
Last-last aku jumpa menda alah ni dalam sebuah Hypermarket. Tinggal sikit je lagi. Aku borong semua 7 botol. Stok 3-4 bulan. Setiap minggu, lebih kurang 6-7 pasang kasut perlu aku cuci. Kalau guna berus dan sabun, boleh patah pinggang. Kalau masuk mesin, lambat kering pula. So SS ni memang GodSend item lah bagi aku.
Lepas aku sudah beli SS tu, aku merayau lah kejap dalam Mall buang masa.
Ketika berada di bahagian Ladies, aku terperasan satu T-shirt yang amat cantik. Gambar efek..... bukan sebarang efek, tapi jenis VOX!!! Wow.... nasib baik baju pompuan saiz s. Kalau tak, mesti aku dah sambar. Hehe....
Pastu aku sambung pengembaraan di dalam Shopping Mall ini ke bahagian Kitchen Utensil. Ingat nak cari kuali buat masak maggi. Sekali terjumpa kuali heavy metal ni..... harga dia, mak aiiii... bleh dapat efek Beta Aivin 3 bijik..... tapi kualitinya bagus. Lapisan teflon yang ada tu, boleh tahan bertahun. Beli cap ayam punya, pakai 3 bulan, habis terkeluar dia punya teflon....
Heavy Metal disini merujuk kepada logam berat yang berbahaya seperti mercury (Hg), cadmium (Cd), arsenic (As), chromium (Cr). Sudah tentu logam2 ini boleh menyebabkan kerosakkan pada tubuh badan manusia.
Sebenarnya, sedar atau tidak, elemen-elemen Heavy Metal memang banyak di sekeliling kita. Cuma kita sedar atau tidak atau samada kita peduli akan kehadirannya. Jom dengar Megadeth.....
Pastu, bila sampai kat parking, aku terperasan pulak ada sebuah keta ni, ada bag laptop atas tempat duduk belakang... berani betul orang ni tinggal laptop dalam keta. Dia tatau ka kes pecah keta sebab nak curi laptop ni makin menjadi-jadi?
Laptop jenis ACER... mungkin owner ni ingat pencuri tak berapa mahu....
No comments:
Post a Comment