Jadi, sekarang aku sudah mempunyai 2 efek yang boleh digunakan secara berselang atau serentak.
Efek yang pertama adalah Heavy Metal (distortion/ overdrive) dan kedua, Multi Efek (Aku gelar sebagai Akustik) . Memang ada, tetapi jarang kita dengar orang mix pedal efek distortion dengan distortion, sebagai cth, Metal zone dengan overdrive. Macam tak best je kan? tetapi, efek akustik ni, memang amat normal org campur aduk dengan akustik yg lain seperti efek Delay dengan Phaser.
Jadi, bila nak digabungkan keduanya, pertama, kena memahami yang mana efek yang paling penting pada ketika digunakan nanti. Kemudian, karektor efek itu sendiri.
Mengambil contoh efek aku ni, efek yang paling dekat dengan amplifier adalah efek yang mempunyai tombol laras bunyi (level) dan yang paling banyak digunakan. Ini kerana, efek yg paling dekat dengan amp, menghasilkan bunyi yang paling kuat diantara kacukan efek2 lain. Jadi, efek yang mempunyai tombol laras bunyi, adalah sesuai kerana ianya boleh dilaras bunyinya.
Efek yang tidak mempunyai tombol laras bunyi, hanya perlu dilaras pada laras amplifier sahaja. Dan untuk membuatkan bunyi diantara kedua efek itu stabil dan sama kuat, tombol laras pada efek pertama (Heavy metal) digunakan.
Anda boleh saja gunakan jack mono biasa di antara kedua efek tersebut, tetapi, kalau mempunyai jack mono yang ringkas, ianya lagi sesuai. Dalam kes ini. Aku buat sendiri jack mono penyambung di antara kedua efek. Satu, dari segi kualiti akan terjamin. Ye lah kan, menda buat sendiri untuk kegunaan sendiri, mesti buat betul2. Kedua, kita boleh menetapkan sendiri saiz dan material yang digunakan.
Menggunakan 2 unit 1/4" Right Angle Guitar Plug Jack dan 6 inci Low Noise XLR Cable |
Jack jenis ini, hanya perlu di solder pada satu tempat sahaja. Gugusan wayar luar, hanya perlu diletakkan dengan serata sebelum jack dikunci skrunya. |
Sudah siap!!! 10 minit punya kerja. Dekat KMC, jack seperti ini, dibuat dari plastik, harga mencecah RM25. Buat Sendiri, tak habis RM10 dengan kualiti yang jauh lebih baik.
Selamat mengijabkabulkan efek anda....
No comments:
Post a Comment