Thursday, February 24, 2011

Canon EOS550D Rebel T2i

Setelah 4 bulan buat survey dan sedikit research, aku amik keputusan untuk 'menyambar' sebijik Canon DSLR dari model 550D.

Walaupun, dalam tempoh sebulan dua lagi, akan keluar model EOS600D, aku rasa, memadailah dengan 550D yang mana ianya adalah upgrade dari model 500D.

Kalau cerita nak mengikut model yang terbaru, boleh jadi gila gamaknya.

Mengapa tidak Nikon D90? atau Canon 60D?


Gambar 'pecah dara' Canon 550D. Ni kat dalam kedai Propel Multimedia, Lowyat Plaza, Kuala Lumpur The Garden City of Lights.

Aku pilih model ini berdasarkan ciri-ciri yang aku kehendaki pada sebuah DSLR iaitu Live View Function dan HD Video serta lain lain set up seperti 18mp dan tahap ISO.
Untuk 2 model yang disebut sebelumnya, harganya cuma beza dalam seribu lebih mahal  dengan model  550D tetapi ada kelemahan disini dan distu . Tidak dinafikan, siri 2 digit lebih bagus dari 3 digit. Tetapi disebabkan faktor bersederhana, dan aku juga adalah newbie dalam dunia DSLR, aku rasa, pelaburan untuk body camera tidak perlu begitu tinggi.


Beza diantara 550D dan 600D tidak banyak, dan yang paling ketara cuma fungsi LCD flip out pada model 600D. Yang lain, aku rasa tiada perubahan yang besar. Dan harga 600D ini nanti, mesti akan lebih kurang sama dengan Nikon D90.

Faktor yang paling besar, ialah aku dah tak boleh sabar lagi. Sudah jadi biol memikirkan keseronokkan berDSLR. Jadi, aku tak boleh tunggu 600D selama-lamanya. Nanti ada duit, aku upgrade body 550D kepada 600D atau apa sahaja.

Keistemewaan main DSLR terletak kepada padanan lensa. Ini pandangan peribadi aku. Disebabkan oleh itu, aku redha memandu beratus kilometer ke Kuala Lumpur untuk meminang 550D ini. Di Kuantan, harga 550D ini adalah di dalam lingkungan RM3100 dengan Kit Lens basic 18-55mm. Manakala dengan kit lens 18-135mm pula dalam RM3800.

Mahal!!!!

Di Kuala Lumpur, model dengan Kit Lens 18-55mm pada harga RM2700, dan 18-135mm pula di harga RM3400. Itu harga purata. Mungkin ada harga yang lebih murah, tetapi goodiesnya tiada langsung.

Jauh kan bezanya KL ngan Kuantan?


Pusing-pusing hampir berbelas  kedai di Time Square dan Lowyat, menemukan aku dengan 550D yang datang dengan Kit Lens 18-55mm dan ditambah dengan Lens Tele Zoom 55-250mm pada harga yang cukup mempersonakan. Didatangi dengan goodies seperti 8gb memori, Beg berkapasiti untuk dua lens dan tripod, ianya sukar untuk mengatakan tidak.

Boleh muat 2 lensa, 1 Body, 1 Bateri spare, 1 kompak digital Cam dan Manual book.

EF-S 55-250mm f/4-5.6 IS Lens

EF-S 18-55mm lens f/3.5-5.6 IS

Aku juga add on Lens Protector dan Lens Filter, LCD Skrin Protector dan 2-3 barang lain yang menyebabkan harga mencecah ke angka 4.



Paling sedey romantik karat, bila terpaksa tidak mengambil macro lens yang ditawarkan pada harga super marbeles punya murah. Tak pe lah, lain kali. Walaupun, teknik menggambar yang paling aku suka adalah dengan mengambil gambar macro ( super close up). Kewujudan tele zoom akan aku gunakan sepenuhnya untuk mendapatkan gambar macro walaupun hasilnya tidak sehebat mana.



Made in Nippon



55-250mm di badan 550D berdiri di atas tripod cap ayam yang lembik. Sapa nak tripod ni aku tolak murah2. Nak beli tripod itam berkekuatan gajah on steroid.

Naik hancur manual book aku duk bawa merata alam.

Setakat aku menulis ni, tak de lagi gambar-gambar hebat yang berjaya aku tangkap. Masih tengah biol cuba memahami konsep dan cara sebuah DSLR berfungsi. Belajar sendiri tanpa guru, amat susah juga. Youtube dan google, banyak merapu. So, pelan-pelan kayuh.

Ni diantara gambar yang aku amik....

Amik disekitar opis
Job pertama menggunakan EOS550D. Aku kena buat report pasal kerosakkan bangunan tempat aku kerja. Siling di tingkat 3 tu pecah kerana atap bocor, sekali, teropong punya teropong, ada owl buat rumah dalam tu..... huhu.. tekejut aku. Kalau dengan kompak atau kamera enset, report masih tetap boleh dihantar. Tetapi, dengan DSLR, report dihantar with style and satisfaction.


No comments:

Post a Comment