Tuesday, February 8, 2011

Black Stone Beach Kuantan

Pantai Batu Hitam

Dalam 7 KM dari Bandar Kuantan. Antara pantai yang glamer selain Cherating dan Telok Chempedak.

Pantai yang landai tetapi di penuhi batu batu hitam, membuatkan ianya digelar Batu Hitam.


Kat sini pantainya terletak di tepi jalan, so memang fames bagi bebudak kelab kereta buat gathering selain dari Pantai Balok.

Pelbagai kemudahan ada kat situ, tandas, restoran, surau dan gerai2 jualan. Member aku, Encik Yeo pun ada bisnes kat situ jual kebab. Kalau nak makan kebab free, korang sebut nama aku sama dia.

Kat sini, kalau pergi, mesti nak main layang-layang. Tak macam TC yang banyak pokok, sini pantai dia agak luas, jadi sesuai nak main layang-layang. Kat TC, korang tengok, banyak layang2 sangkut atas pokok sebab pantai dia sempit, dan ada org tu terlebih cerdik main layang2 dekat pokok.


Kat sini ada batu bewarna hitam yang banyak dan mengunjur sehingga ke dalam laut. Tak salah aku, hanya kat sini sahaja ada batu sebegini. Dekat area pelabuhan sana, ada juga berbatu, tetapi lebih kepada jenis lain.


Asal batu ni, nenek aku kata, tu kepala orang yg Jepun kasi potong masa Malaya kena Attack dulu. So kita orang, masa tu bebudak, tak pergi lah main kat batu tu. Takut jumpa batu ada mata ngan mulut.

Tapi sebenarnya, arwah nenek aku tak kasi main situ sebab di batu tu banyak teritip yang sangat tajam. Kalau kena kulit yang terdedah, gerenti luka. Jadi kalau nak main kat situ, hati-hati.

Batu itu, telah dibuat kajian, berasal dari samada lava gunung berapi, atau batu yg terhambur oleh proses letusan gunung berapi. elemen yang ada pada batu itu, memang di akui serupa dengan batu di kawasan gunung berapi. Tapi kawasan tu, usah kan gunung, bukit pun tak dak. Mungkin proses kejadian tu berlaku masa zaman tok tori ( zaman dulu kala dimana gitar karan masih belum wujud)  lagi.

Aku ada 2 pengalaman yang sangat tragis disini. Yang pertama, ketika aku duk lepak-lepak dalam keta Opel Kadett pakcik aku (yg baru keluar kedai masa tu), tetiba buah kelapa jatuh atas bumbung keta dia. Abis kemik opel kadett oren dia. Sayu je aku nengok pakcik aku meraung macam orang mati bini.



Yang kedua , berlaku pada tahun 1990. Hari Raya Ketiga pada masa tu. Waktu tu aku dalam tingkatan 1. Aku berkawan baik dengan seorang anak polis Triang ni dari darjah 6 lagi. Nama dia Khairil. Kira dia best fren aku lah masa tu.
Lepas UPSR, aku masuk boarding skol di Temerloh, dia dapat di Pekan. So jarang-jarang jumpa la. Tapi aku selalu pegi kat rumah dia dalam balai polis tu, sebab kakak dia cun macam Shiela Majid.
nak jadi cerita, setelah berbulan tak jumpa, kita orang janji nak jumpa di BH, sebab kampung dia ni terletak di kawasan itu juga.

Pagi tu, dalam pukul 8 pagi, hujan lebat. Dia talipon aku, dia cakap kalau lebat dia suruh aku pegi beraya di rumah dia, sebab ayah dia tak bagi pegi tepi laut. Tapi dia rasa, hujan tu sekejap je. Dia seronok sangat nak jumpa aku. Dia suruh aku cepat sikit pegi sana. Ketawa tak berenti dia dalam talipun.

Sebab ramai yang nak pergi, dan style zaman dulu, pegi piknik bawak bekal home cook, jadi dalam pukul 10 pg baru semua orang siap nak cargas. Tapi, masa aku tengah duk main kaset dalam keta ayah aku, Pak Su aku yang duk satu kampung ngan dia talipun, Pak Su aku kata, Khairil hanyut kena baham ngan ombak masa nak selamatkan kakak dia (yg cun macam Sheila Majid tadi) yg tetiba lemas. Masa tu, arwah hanya guna pelampung yang dapat free beli KFC.
Pill Box ni terletak hampir dengan kubur Arwah Khairil.


Kita orang pegi tepi pantai, mak dia tak berenti nangis. Ayah dia cool je. Aku? sedih jugak la... dah janji, sekali mati pulak.
Dalam pukul 6 petang, mayat arwah sangkut kat pukat yg pasukan keselamatan guna untuk operasi mencari. Mayat arwah jumpa kat area Pantai Pelindong, dalam 3-4 km dari tempat kejadian.

Tu member baik aku, Mohd Khairil bin Sarjan apa ntah aku dah lupa.Kakak dia yang cun macam Sheila Majid, selamat dan kini ada anak 4.


Pengalaman manis kat BH? Aku belajar bawak motor yang guna Clutch Tangan kat situ la. Haha, motor jenis Yamaha RD 250 kut.

Sekarang ni aku kurang pegi sana sebab dah jadi Tourist Attraction. Sesak!!!
Walaubagaimanapun, 2-3 hari ni, aku kena menghadirkan diri ke kawasan tu atas urusan kerja. Sebab tu entry aku hari ni pasal PANTAI BATU HITAM.



p/s: Bab kebab free tu, aku tipu je. Aku ni member dia pun, beli tak
       pernah dapat diskaun. Apa tah lagi free. Tapi kalau korang
       hensem macam Kerry Jamalodin, mungkin dapat kut.