Monday, February 28, 2011

Adonidia merrillii

Adonidia merrillii atau Christmas palm ini banyak aku tanam di rumah orang tua aku untuk mewujudkan suasana 'avenue' serta sebagai buffer cahaya matahari di waktu petang.




Ciri menarik palma ini adalah buahnya yang keluar secara gugusan / bertandan dan bewarna merah garang. Sempena buah ini, maka ianya digelar Christmas Palm.

Buah merah ini, dan pokok nya, ada iras-iras pokok kurma.
Bila sebut buah kurma, teringat sama orang yang berpuasa. Hari Isnin, orang tua-tua kata, elok berpuasa.


PUASA SUNAT (ISNIN DAN KHAMIS)

Apakah dalilnya disunatkan berpuasa hari Isnin dan Khamis?

Pertama; diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa; “Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis” (Riwayat Imam Tirmizi. Menurut beliau, hadis ini hasan soheh).

Kedua; Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda; “Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa” (Riwayat Imam Tirmizi).

Ketiga; Abi Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab; “Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan (menjadi Nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku” (Hadis riwayat Imam Muslim).


Over exposed gambar ni......????

Amaran: Ini bukan buah kurma. Kalau termakan gerenti pening 8 hari.

Sunday, February 27, 2011

Frustasi Malam Minggu

Apa menda yang best dibuat malam minggu?

Kalau tanya aku, ianya mengikut musim.


Dulu-dulu, selalu join gathering (tt session), jamming, tengok bola, pergi pondok belajar kitab, casting di estuari , lumba haram jadah  dan seribu macam benda lain.

2-3 hari ni, aku duk sibuk dengan DSLR. Hari-hari keluar 'menembak'. Kalau tak menembak, air naik kepala. Bila jadi lagu tu, boleh jadi hangin satu badan. Biasalah kan, barang baru. Karannya mesti lebih. 2-3 bulan nanti, mungkin DSLR ni aku campak dalam Kabinet kutip debu. Boys!!! hehe...

Dalam banyak-banyak aktiviti malam minggu, 'menembak' ni merupakan aktiviti yang paling susah sekali. Segalanya bermain dengan teknikal. Cuba bayangkan, sebelum keluar, aku dah buat research. Tulis nota dalam buku kecik tentang Exif Data atau set up yang perlu dibuat ketika nak menembak nanti.

Tapi bila sampai di tempat kejadian, satu persatu aku masukkan setting yang macam dalam internet. Tapi hasilnya hampesssssss. Aku cuba setting lain, plus-minus berberapa degree disana dan disini. Hasilnya makin teruk. Kadang tu , sampai apa pun tak keluar. Takkan nak amik gambar pakai menu auto? baik amik guna camera enset jah..... arghhhhhhhhhhhhhhhh...

Malam tadi aku pegi 3 tempat. Port pertama, atas kepala kubur cina di bukit Bayroute/ Beirut. Gila ngeri punya tempat. Dalam gelap gelita, duk tepi nesan kubur. Siap ada bau bangkai apa menda ntah. Kebetulan, kat bawah sana, ada konsert Amy Search. Aku pun ikut-ikut nyanyi buat ilang rasa seram.

Nyamuk dah mula berdengung tepi telinga. Seram sejuk duk tepi kubur. Semuanya serba tak kena.

Dalam samar-samar, aku masukkan setting. Shutter Speed, Aperture, White Balance , ISO dan aku fokus pakai VF. Nampak cun. Set shutter pada 2 saat dan tekan picu. satu.... dua...tunggu berberapa saat utk dedahan, dan hasilnya, hampessssss... berbelas kali cuba. hasilnya berbagai, tapi semuanya tak menjadi.

Itu jam, rasa nak hempas DSLR kat batu nesan jirat cina pun ada. Tapi sayang juga. Takut pun ada, hempas punya hempas, kena kepala hantu, mau dia gigit leher aku.

Ni aku pakai auto mode dengan flash. Memang nak amik gambar kubur. Sebelum tu, ajat hati nak amik gambar bandar kuantan kata bawah sana.


So aku amik keputusan pegi amik gambar lampu berdekatan dengan EC Mall. Kat sini memang konpom tak de hantu, tak de bau bangkai, tak de nyamuk.amik 2-3 keping, bosan la pulak. Neon.....


Amy Search kata: "Kita menyusun batu batan ke Zenith, Siapa boleh meneka, antara gila-gila. Gempita Abad, kegerlipan Zirgon" ....

Sebelum pegi minum coffee di Taj Point, singgah kejap di Pantai Telok sisek. Ni port klasik org duk buat project dalam keta. Aku pegi sini bukan nak amik gambar derang, tapi aku nak amik gambar Kuantan.

Pun sama juga, cuma hasilnya sedikit lebih baik dari di kubur cina tadi.


Cantik tak? Kalau siang hari, Pantai Telok Sisek ni huduh gila....

Maksimum Zoom guna Lensa 55-250mm

Cam ne lak bleh jadi oren?

Kena buang ego ketepi, minggu depan, pegi menembak dengan bebudak lain supaya boleh berguru.

Kalau tak jadi juga, aku akan kembali berlumba haram. Hehe....

Saturday, February 26, 2011

Marilyn Manson - Sweet Dreams (Are Made Of This)

Berapa ramai kawan korang ada? 100? 300? 6 juta? 2 orang?

Aku? Mungkin dalam 5 -6 ratus orang kut. Aku bukan lah manusia yang suka berkawan sangat. Jadi aku tidak kenal ramai orang, dan aku gembira sebegini.

dan dalam kumpulan 5-6 ratus orang tu, aku hanya kenal 2 orang yang dengar dan minat dengan Marylin Manson (MM). Member jauh Jamsari Ape dan adik aku sendiri Sem.

Aku pertama kali mendengar MM adalah disekitar tahun 90an. Kamal Hassan (rock around the world in the f@cking radio-THR) bertanggungjawab memperkenalkan aku dengan MM. Lagu pertama yg aku dengar, diputar oleh enche kamal, adalah Tourniquet. Lagu Tourniquet ini dimainkan selepas lagu Losing My Religion oleh REM. Aku ingat lagi.

Selepas itu aku menjadi obses terhadap hasil karya MM. Dan kemuncaknya, apabila adik aku mula membawa pulang VCD2 rare MM yang diperolehi di Batu Pahat, Ipoh, KL dan merata alam lain.

Perspektif aku terhadap MM mula berubah. Jika sebelum ini, aku hanya mendengar lagu mereka, menonton Video Klip meletakkan MM di satu sudut yang berbeza dari band-band lain.

MM hanyalah sebuah kumpulan industrial rock/ heavy metal dan kini menukar kepada Suicidal Rock. Dengan kata lain, aku bersetuju jika diletakkan MM ini sebagai Gothic rock dengan influent Emo Rock.

Senang cerita, MM adalah Godfather bagi segala jenis Emo. Tapi, perkataan emo itu baru saja wujud. MM sudah lama bertapak. So Emo Berjaya Time Square tu, cuma poser yang mungkin langsung tak tahu siapa MM ini sebenarnya.

MM ini fames dikaitkan dengan kejadian mengamuk di Columbine high school yang mengorbankan nyawa dan mencederakan berpuluh yang lain. 2 orang budak (emo kut) mengamuk guna senjata automatik dan akhir sekali membunuh diri sendiri, menjadikan MM ini sebagai Idola mereka.

Aku tidak sebegitu. Aku cuma sukankan tune, rhythm dan sound yang dihasilkan oleh MM. Aku sukakan Lirik2 lagu yang dicipta mereka. Bunyi yang gelap, mistik dan penuh dengan self-anger ,seakan memberikan aku orgasm dalam muzik.

Suara si MM ni, pakaian, perilaku, dalam keadaan biasa, nampak seperti Biseksual sengau yang mana, kalau ada depan aku, sudah tentu aku sepak 3-4 kali. Tapi bila dikaitkan dengan muzik yang dihasilkan, MM adalah setting default bagi setiap manusia. Every fetus is female at default....

MM kerap menggesa untuk menghapuskan pembuli, membunuh diri, jangan percaya pada tuhan , mari lah menghisap dadah dan segala apa yng pakcik makcik nenek datuk bebelkan.

Bagi aku senang saja untuk menangani isu ini. kontra kan saja, atau terbalik kan saja isu ini.Orang yang bijak, akan sentiasa melihat sesuatu itu dari sudut yang positif.


Lagu dibawah ini adalah lagu bikin semula. Lagu asal adalah nyanyian Eurythimics.

Good Night, Sweet Dream, and please abuse me in your freekin dream. I'll Be Delighted.... ~MM~





Sweet dreams are made of this
Who am I to disagree?
Travel the world and the seven seas
Everybody's looking for something
Some of them want to use you
Some of them want to get used by you
Some of them want to abuse you
Some of them want to be abused

Sweet dreams are made of this
Who am I to disagree?
Travel the world and the seven seas
Everybody's looking for something

Some of them want to use you
Some of them want to get used by you
Some of them want to abuse you
Some of them want to be abused!

I wanna use you and abuse you
I wanna know what's inside you

Movin' on
Hold your head up
Movin' on
Keep your head up (repeats 3x)

Movin' on!

Sweet dreams are made of this
Who am I to disagree?
Travel the world and the seven seas
Everybody's looking for something

Some of them want to use you
Some of them want to get used by you
Some of them want to abuse you
Some of them want to be abused

I'm gonna use you and abuse you
I'm gonna know what's inside
Gonna use you and abuse you
I'm gonna know what's inside you

Marilyn Manson - Tourniquet




She's made of hair and bone and little teeth,
Things I cannot speak
She comes on like a crippled plaything,
Spine is just a string

I wrapped our love in all this foil,
Silver-tight like spider legs
I never wanted it to ever spoil,
But flies will lay their eggs

Chorus:
Take your hatred out on me,
Make your victim my head
You never ever believed in me,
I am your tourniquet

Prosthetic synthesis with butterfly,
Sealed up with virgin stitch
If it hurts baby please tell me,
Preserve the innocence

I never wanted it to end like this,
But flies will lay their eggs (Mmm, Mmm, Mmm)

Chorus

What I wanted,
What I needed,
What I got for me...x2

Mmm, Mmm, Mmm, Mmm, Mmm, Mmm, Mmm

Chorus

Take it out, take it out
Your not fighting me,
I don't believe me!
I never ever believed in me,
I am your tourniquet




...... BERSAMBUNG HARI ESOK

Thursday, February 24, 2011

Canon EOS550D Rebel T2i

Setelah 4 bulan buat survey dan sedikit research, aku amik keputusan untuk 'menyambar' sebijik Canon DSLR dari model 550D.

Walaupun, dalam tempoh sebulan dua lagi, akan keluar model EOS600D, aku rasa, memadailah dengan 550D yang mana ianya adalah upgrade dari model 500D.

Kalau cerita nak mengikut model yang terbaru, boleh jadi gila gamaknya.

Mengapa tidak Nikon D90? atau Canon 60D?


Gambar 'pecah dara' Canon 550D. Ni kat dalam kedai Propel Multimedia, Lowyat Plaza, Kuala Lumpur The Garden City of Lights.

Aku pilih model ini berdasarkan ciri-ciri yang aku kehendaki pada sebuah DSLR iaitu Live View Function dan HD Video serta lain lain set up seperti 18mp dan tahap ISO.
Untuk 2 model yang disebut sebelumnya, harganya cuma beza dalam seribu lebih mahal  dengan model  550D tetapi ada kelemahan disini dan distu . Tidak dinafikan, siri 2 digit lebih bagus dari 3 digit. Tetapi disebabkan faktor bersederhana, dan aku juga adalah newbie dalam dunia DSLR, aku rasa, pelaburan untuk body camera tidak perlu begitu tinggi.


Beza diantara 550D dan 600D tidak banyak, dan yang paling ketara cuma fungsi LCD flip out pada model 600D. Yang lain, aku rasa tiada perubahan yang besar. Dan harga 600D ini nanti, mesti akan lebih kurang sama dengan Nikon D90.

Faktor yang paling besar, ialah aku dah tak boleh sabar lagi. Sudah jadi biol memikirkan keseronokkan berDSLR. Jadi, aku tak boleh tunggu 600D selama-lamanya. Nanti ada duit, aku upgrade body 550D kepada 600D atau apa sahaja.

Keistemewaan main DSLR terletak kepada padanan lensa. Ini pandangan peribadi aku. Disebabkan oleh itu, aku redha memandu beratus kilometer ke Kuala Lumpur untuk meminang 550D ini. Di Kuantan, harga 550D ini adalah di dalam lingkungan RM3100 dengan Kit Lens basic 18-55mm. Manakala dengan kit lens 18-135mm pula dalam RM3800.

Mahal!!!!

Di Kuala Lumpur, model dengan Kit Lens 18-55mm pada harga RM2700, dan 18-135mm pula di harga RM3400. Itu harga purata. Mungkin ada harga yang lebih murah, tetapi goodiesnya tiada langsung.

Jauh kan bezanya KL ngan Kuantan?


Pusing-pusing hampir berbelas  kedai di Time Square dan Lowyat, menemukan aku dengan 550D yang datang dengan Kit Lens 18-55mm dan ditambah dengan Lens Tele Zoom 55-250mm pada harga yang cukup mempersonakan. Didatangi dengan goodies seperti 8gb memori, Beg berkapasiti untuk dua lens dan tripod, ianya sukar untuk mengatakan tidak.

Boleh muat 2 lensa, 1 Body, 1 Bateri spare, 1 kompak digital Cam dan Manual book.

EF-S 55-250mm f/4-5.6 IS Lens

EF-S 18-55mm lens f/3.5-5.6 IS

Aku juga add on Lens Protector dan Lens Filter, LCD Skrin Protector dan 2-3 barang lain yang menyebabkan harga mencecah ke angka 4.



Paling sedey romantik karat, bila terpaksa tidak mengambil macro lens yang ditawarkan pada harga super marbeles punya murah. Tak pe lah, lain kali. Walaupun, teknik menggambar yang paling aku suka adalah dengan mengambil gambar macro ( super close up). Kewujudan tele zoom akan aku gunakan sepenuhnya untuk mendapatkan gambar macro walaupun hasilnya tidak sehebat mana.



Made in Nippon



55-250mm di badan 550D berdiri di atas tripod cap ayam yang lembik. Sapa nak tripod ni aku tolak murah2. Nak beli tripod itam berkekuatan gajah on steroid.

Naik hancur manual book aku duk bawa merata alam.

Setakat aku menulis ni, tak de lagi gambar-gambar hebat yang berjaya aku tangkap. Masih tengah biol cuba memahami konsep dan cara sebuah DSLR berfungsi. Belajar sendiri tanpa guru, amat susah juga. Youtube dan google, banyak merapu. So, pelan-pelan kayuh.

Ni diantara gambar yang aku amik....

Amik disekitar opis
Job pertama menggunakan EOS550D. Aku kena buat report pasal kerosakkan bangunan tempat aku kerja. Siling di tingkat 3 tu pecah kerana atap bocor, sekali, teropong punya teropong, ada owl buat rumah dalam tu..... huhu.. tekejut aku. Kalau dengan kompak atau kamera enset, report masih tetap boleh dihantar. Tetapi, dengan DSLR, report dihantar with style and satisfaction.


Wednesday, February 23, 2011

Cordyline Terminalis

Zaman aku belajar dulu, Cordyline Terminalis ni antara pokok jenis shrub yang cukup glamer di gunakan di dalam setiap design aku sendiri . Ciri merah, menyebabkan pokok ini menjadi seperti buffer bagi tumbuhan2 lain disekelilingnya. Keglameran pokok ini, pegi mana-mana pun, mesti jumpa pokok ni. Senang dijaga, senang nak membiak dan murah pulak tu.

Cordyline Terminalis atau Common Name nya Hawaiian Ti @ Good Luck Plant, nama ikut melayu, aku tatau. Dah lupa.

Hari ini, aku berjalan-jalan membawa 'buah hati' di sekeliling tempat kerja. Terkejut aku bila terpandang, Cordyline Terminalis ini berbunga. Sepanjang aku menggunakan pokok ini di dalam design ataupun semasa kelas Botany di Tasek Perdana dulu atau tempat2 lain , memang tak pernah aku jumpa bunganya. Mungkin faktor nasib. Tapi, setahu aku, pokok ini diklasfikasikan sebagai tumbuhan yang agak sukar berbunga. Mungkin korang biasa tengok, tapi aku, ini kali pertama aku melihatnya. Sebelum ini, bila jumpa pokok ni, aku buat endah tak endah je.

Sungguh tak sesuai bunga ini untuk diberikan kepada orang sakit di dalam wad. Jika anda mempunyai sedara mara yang sedang berkampung di dalam rumah sakit, silalah beli bunga jenis lain untuk diberi kan kepada si sakit.



p/s: Buah hati bermaksud bukan awek....... benda lain!  Siyes!!

Tuesday, February 22, 2011

Si Puteh Sonic 15

Gitar pertama aku, adalah ketika aku berumur 11 tahun. Berkawan dengan Simon, anak driver LLN (sekarang ni TNB), dia bagi gitar tu pada aku atas sebab dia nak berkawan dengan aku.   Gitar Akustik 6 tali biasa yang aku dah tidak ingat jenama apa. Masa tu, apa benda pun aku tak tahu, usahkan nak main lagu, nak nama kan tali tu satu persatu pun aku fail.. Yang aku tahu, aku memang Iron Maiden habis la sebab ada gitar. Petang-petang hari, aku duk posing bawah pokok jambu depan umah  dengan gitar aku dan beskal BMX Kuwahara tunggu awek skolah menengah balik. He he....

Ketika aku naik sekolah menengah, aku berkawan dengan budak senget dari Jengka 18. Budak ni, boleh tahan juga main lagu Axthara dan Eka. So, aku pelan-pelan join dia pegi jamming di studio cina kat tempat aku. Masa ni pun, lebih kepada nak HeadBanging dari bergitar.

Sehinggalah, satu ketika, aku bekerja dengan Enche Zul. Dari situ, berkenalan dengan Gitar Prodigy yang lain, membuatkan nafsu untuk memiliki Gitar sendiri tercetus. Hebatnya pada zaman itu, aku di kelilingi barang-barang branded made in Japan, US, dan UK. Hatta, barang korea pun derang tak pandang. Inikan pula barang made in china atau taiwan.

Antara brand yang biasa aku jumpa untuk diselenggara pada ketika tu adalah dari Fender seperti Stratocaster dan Telecaster dan juga Bass Mustang. Kemudian Ibanez-Ibanez dari siri Jem dan RG. Jenama BC Rich, dan juga Jackson milik Bryan Padang Polo serta Charvel milik Syed Teja. Ada juga kadang-kadang terpegang Washburn dan Kramer.

Banyak juga gitar-gitar  yang masuk ke studio untuk dibaiki. dan Kebanyakkan nya  total lost disebabkan zaman itu, Kurt Cobain suka hempas gitar dan ramai pengikutnya yang banyak duit, turut menghempas gitar. Plain Stupid!!!

Warna asal Sonic 15 adalah Putih . Gambar tahun 1998.

Setiap hari, orang-orang yang buat sibuk di studio, menyuruh aku beli gitar. Terutama gitar-gitar derang yang sudah puas digunakan dan mereka ingin upgrade gitar jenis lain pula. dengan kata lain, mereka nak jual gitar derang pada aku.

Seorang student pada masa itu, tambahan pula, bukan lah reti main sangat, aku buat tak kisah je. Baik gunakan saja gitar-gitar yang ada distudio, kalau bukan aku, tiada siapa nak guna gitar-gitar yang duk dalam rak di bilik Boss. Gitar yang ada di ruang Jamming pun, sudah lebih dari lazat lagi. Enche Zul tak letak gitar cap ayam disitu, kecuali Bass jenama Kingston, yang cukup ramai peminatnya ketika itu.

Pada suatu hari, ketika aku mengemas bengkel baik pulih, sambil itu aku juga  berbual-bual dengan Syed dan Rosman. Mereka masih sibuk meracun aku untuk bergitar. Dan akhir sekali, mereka mencadangkan agar aku membina gitar aku sendiri, dari A sampai Z. Ringkas kata, Custom Made.

Dengan lambakkan parts dari gitar-gitar pelbagai jenis di dalam bengkel. Aku bersetuju mengenangkan, Kurt Cobain pun pakai gitar kacukan yang mempunyai bunyi yang paling hazab di dunia ini.


Sudah jadi merah. Gitar yang paling aku sayang. Jika minta ditukarkan dengan sebuah Gibson Les Paul Original atau dengan Volkswagen Polo pun, aku tak mau. Ini Gitar custom dibuat secara bergotong royong oleh ramai manusia khas untuk aku. 
Untuk mencari set up yang serupa dengan Cobain, adalah sangat mustahil. Ini kerana Cobain menggunakan gabungan dua buah Fender iatu Jaguar dan Mustang yang di gelar Jag-Stang. Oleh yang demikian, aku mahukan gitar aku dibina iras-iras Fender Stratocaster tetapi dengan set up Pick up yang berbeza.

Jika Fender Strat biasa, setup Pick up nya terdiri dari 3 jenis single coil dengan 5 way selector. Tetapi, aku berkehendakkan set up 2 single coil dengan satu pick up Humbucker di belakang untuk menghasilkan bunyi yang agak Metal. Set up ini normal bagi gitar-gitar Strat Look dari brand Ibanez dan Yamaha. Dan aku juga mahu satu pot volume dan 2 pot untuk Tone. Ciri istimewa gitar tersebut pada ketika itu.

Bukan sebuah gitar yang terbaik di dunia ini. Tapi gitar ini, adalah aku.

Barang yang paling istimewa pada gitar ini adalah di bahagian Necknya. Ianya di tempah secara Custom di Penang. Aku dah tak ingat nama mamat yang buat Neck ini. Tapi memang tepat lah dia punya fret.

Body Gitar ini di ambil dari sebuah gitar Jenama Vision. Reason nya senang sahaja. Lempung dan ringan. Body seperti ini akan menghasilkan bunyi yang 'kering' dan 'kotor' sesuai dengan imej dan lagu-lagu grunge yang aku suka ketika itu. Ianya hanya untuk Rhythm, jadi aku tidak perlu cerewet sangat. Tambahan pula, hampir setiap hari menggunakan Fender dan Jackson, terasa gitar yang sebegitu berat tidak sesuai dengan badan aku. Buat apa nak siksa diri semata-mata untuk sedikit keseronokan? Lagi pun, aku kat studio tu digelar mat showmanship.... sebab main gitar lompat2  hehe....

Bila berbicara pasal pikap, aku sendiri pun tak tau pikap ini jenis apa. Dari segi fizikal luaran, aku agak, ianya pikap biasa sahaja tetapi lengkap 3 unit (satu set). Sebenarnya bermacam jenis pikap sudah kami cuba pada gitar tersebut. Aku agak cerewet disini kerana inginkan bunyi yang spesifik, iaitu bunyi yang super humming dan kotor. Jadi, di antara banyak-banyak pikap, yang digunakan sekarang ini adalah pilihan terbaik aku.

Untuk pendawaian, Rosman buat segalanya. Menggunakan wayar-wayar yang dua kali ganda ketebalan biasa. Tiada alasan yang kukuh, cuma cuba bermewah di bahagian ini.

Hardware lain, ada yang aku beli baru dari kedai-kedai disekitar Ipoh dan juga Kuala Lumpur. Ada juga menggunakan bahan-bahan kitar semula dari donor-donor yang ada diantaranya tidak diketahui asal usulnya.

Bila bercakap berkenaan dengan finishing, ramai mencadangkan aku menggunakan warna putih. Kerana pada ketika itu, kelibat gitar bewarna putih, amat jarang ditemui. Aku bersetuju sahaja kerana memang dalam otak aku, putih atau silver menjadi pilihan. Proses mengecat mengambil masa hampir satu minggu dengan 2 lapisan cat dan 3 lapisan clear. Warna Neck dibiarkan natural dengan 2 lapisan clear.

Gitar ini dinamakan SONIC 15 kerana bunyi nya yang bising, kotor, humming dan ultra kering. Kenapa 15? sebab, pada keadaan normal, sebuah amplifier hanya mempunyai volume pada aras 10. tetapi dengan sinikalnya, gitar ini, boleh menghasilkan bunyi pada  aras ke 15. Seloroh mereka!!!

Dan Sonic 15 ini, sudah berumur belasan tahun. Dibina pada tahun 1997. Kina warnanya sudah menjadi gabungan 3 warna, silver di lapisan satu, merah candy di lapisan kedua dan hitam sebagai frame luar dengan 3 lapisan clear. Proses mengecat ini aku buat sendiri pada tahun 2006.

Sekarang ini, aku ingin menukar semula warna gitar ini kepada warna lain. Mungkin aku boleh memilih warna PASTEL dengan dekorasi Bunga Tulips. Dan selepas itu, terpaksalah aku kena main lagu Uji Rashid dan Hail Amir....


                                 So warna apa yang sesuai?

Monday, February 21, 2011

Saman

Hari ni aku pegi bayar saman. Punya lah ramai manusia. Bersesak-sesak dalam ruang yang kecil. Segala macam aroma ada. Segala macam jenis manusia dengan 1001 jenis kerenah boleh ditonton.

Dibuka 3 kaunter. 2 kaunter semakkan, dan 1 kaunter bayaran. Bayangkan betapa siksanya kena beratur 2 kali. Mula-mula, beratur untuk dapatkan jumlah saman di kaunter semakkan. Kemudian beratur untuk membayar saman.

Apasal encik2 polis tu semua buat sistem serupa itu? kenapa tidak diberi pilihan untuk cek saman dan terus bayar dikaunter yang sama? Kenapa harus beratur 2 kali? Kenapa harus beratur? Kenapa pejabat encik polis tak bleh buat sistem angka giliran seperti di bank-bank? Kenapa?



Hoi manusia, bila cek saman tu, dapat kertas senarai saman, blah la. Orang lain pun nak cek juga. Ni lantak lah dia berbual-bual dengan minah dikaunter tu. Macam2 soklan bodo di tanya. Gentleman lah sikit, sudah buat salah, bayar je lah. Nak bertekak dan beremosi pun, ingat lah orang lain yg tengah beratur sama.

Hoi encik pulis!!! Aku sokong je kau orang nak saman kita orang yang bawak laju macam orang hilang ingatan. Tapi, tak payah lah buat sistem saman ekor ni. Buat lah sistem sekatan. Dah tembak, sekat dan saman. Buat apa nak berekor-ekor? Manusia tak dak ekor wei. Monyet dan tenggiling je ada ekor.


Aku ada 7 saman. 5 dari saman tu, untuk 4 buah kereta yang berlainan.  Kereta itupun telah dijual. Dan 2 saman adalah sangat meragukan kerana tarikh dan lokasi speed trap itu, tidak logik diterima akal aku berada disitu pada waktu itu kerana pekerjaan aku tidak memungkinkan aku senang lenang di tempat itu. Malas la nak mintak bukti apa semua. Aku bayar je lah.

Aku pertama kali kena saman, pada umur 18 tahun kut. Di pekan Karak. Masa tu, dalam perjalanan ke Taman Kolej atas urusan Sri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong. Sampai di Karak, aliran trafik bergerak perlahan. Tiba-tiba, kereta kat depan tu brek. So aku terpaksa mengelak lah dengan memotong kereta tu. Last2, ada polis kat depan, dan aku kena saman potong dabel line. Berbulan kumpul duit nak bayar saman. Nak mintak kat ayah aku, takut nanti kena ceramah 4 hari 3 malam.


Balik kisah di balai tadi, aku tengok macam-macam kerenah manusia yang ada. Siap hampir-hampir sawan bila dia tahu dia ada 20 saman tertunggak dengan 6 waran tangkap. Kasihan juga sama apek tu. Habis manusia yang duk 'atas' dia maki. Marah betul apek tu.

Yang makcik ni pulak, siap nangis2 lagi sebab ada 5 saman yang mana, kalau tak laki dia bawak, anak bujang dia bawak. Siap kantoi laki dia pegi padang besar senyap-senyap. Makcik tu siap call laki dia, bergaduh dalam telipun. Hu hu....

Syabas di ucapkan kepada pulis trafik yang sedikit sebanyak, membantu meredakan keadaan dengan meletak 3 worang teller yang comel-comel dengan mekap kalah pengerusi syarikat Viktoria Secret.

Terima kasih juga, saman2 ni, membuatkan aku rasa meluat dengan puak2 yang di atas tu. Sila la paham, manusia mana  ade ekor. So tak payahlah menyusahkan orang dengan ekor-berekor ni. Sekat dan saman sahaja... bukan susah pun. Kalu zaman Badul dulu korang pulis boleh buat, sekarang kenapa tak buat?

7 keping saman tu, kalau aku belanja kamu makan goreng pisang dan kerepok lekor, gerenti dalam masa 3 minggu ke depan ni , pun kamu tak berenti mengunyah lagi.



Sila bayar saman korang sebelum 28 Feb ni.  Selepas 28 Feb 2011, saman dibayar tanpa diskaun. Harap Maklum.


Aku dah serik..............




p/s: Serik jalan siang hari. Jalan waktu malam lak lepas ni. Speed
       trap tak de malam hari.  Ye ke?

Sunday, February 20, 2011

Kucing Lorong Senyumlah Kuala Lumpur





Semalam pergi Kuala Lumpur. Radio di dalam kereta di set pada frekunsi 90.0 mhz. Ianya bertujuan untuk dimainkan FM Modulator. Di satu kawasan, tiba-tiba lagu dari Modulator itu tiba-tiba hilang. dan digantikan dengan bunyi statik serta distorasi.
Rupanya, frekunsi 90.0 mhz tu mempunyai perumahnya di Kuala Lumpur ini.

Kerana sibuk dengan Navigasi aku membiarkan sahaja radio tu membuat kacau di dalam kereta. Tiba-tiba kan, keluar lagu kat atas tu.... lagu Alleycats

Kebetulan sangat..... Jadi, bila dah sampai rumah, nak repeat semula band yang pernah buat bising di pagi Ahad di corong piring hitam ayah aku.


Muka kebuluran setelah satu hari tak makan. Berjalan punya pasai

8.30p.m- Tasek Titiwangsa. Bila nak pegi dating kat sini satu kali? Macam best je...

Wednesday, February 16, 2011

Majlis Kahwin Pedal Effect




Jadi, sekarang aku sudah mempunyai 2 efek yang boleh digunakan secara berselang atau serentak.




Efek yang pertama adalah Heavy Metal (distortion/ overdrive) dan kedua, Multi Efek (Aku gelar sebagai Akustik) . Memang ada, tetapi jarang kita dengar orang mix pedal efek distortion dengan distortion, sebagai cth, Metal zone dengan overdrive. Macam tak best je kan? tetapi, efek akustik ni, memang amat normal org campur aduk dengan akustik yg lain seperti efek Delay dengan Phaser.

Jadi, bila nak digabungkan keduanya, pertama, kena memahami yang mana efek yang paling penting pada ketika digunakan nanti. Kemudian, karektor efek itu sendiri.





Mengambil contoh efek aku ni, efek yang paling dekat dengan amplifier adalah efek yang mempunyai tombol laras bunyi (level) dan yang paling banyak digunakan. Ini kerana, efek yg paling dekat dengan amp, menghasilkan bunyi yang paling kuat diantara kacukan efek2 lain. Jadi, efek yang mempunyai tombol laras bunyi, adalah sesuai kerana ianya boleh dilaras bunyinya.

Efek yang tidak mempunyai tombol laras bunyi, hanya perlu dilaras pada laras amplifier sahaja. Dan untuk membuatkan bunyi diantara kedua efek itu stabil dan sama kuat, tombol laras pada efek pertama (Heavy metal) digunakan.

Anda boleh saja gunakan jack mono biasa di antara kedua efek tersebut, tetapi, kalau mempunyai jack mono yang ringkas, ianya lagi sesuai. Dalam kes ini. Aku buat sendiri jack mono penyambung di antara kedua efek. Satu, dari segi kualiti akan terjamin. Ye lah kan, menda buat sendiri untuk kegunaan sendiri, mesti buat betul2. Kedua, kita boleh menetapkan sendiri saiz dan material yang digunakan.

Menggunakan  2 unit 1/4" Right Angle Guitar Plug Jack dan 6 inci Low Noise XLR  Cable

Jack jenis ini, hanya perlu di solder pada satu tempat sahaja. Gugusan wayar luar, hanya perlu diletakkan dengan serata sebelum jack dikunci skrunya.



Sudah siap!!! 10 minit punya kerja. Dekat KMC, jack seperti ini, dibuat dari plastik, harga mencecah RM25. Buat Sendiri, tak habis RM10 dengan kualiti yang jauh lebih baik.


Selamat mengijabkabulkan efek anda....

Tuesday, February 15, 2011

Multi Effect (ME-100) Review

Penggunaan Gitar Elektrik, tiada yang lebih seronok selain dari berekperimentasi dengan pedal-pedal efek bermacam jenis.

Ada beratus jenis pedal efek di pasaran dari berbagai jenama dan juga jenis kegunaannya.


Yang paling asas adalah jenis Distortion bagi memberikan sedikit/banyakkk gangguan kepada signal bunyi dan terhasil lah bunyi rabak gitar karan. Berbagai nama dan berbagai jenama terhasil seperti Distortion , Overdrive, Heavy Metal, dan seribu macam jenis nama oleh berbagai jenis syarikat.

Kemudian, terdapat juga efek bagi bunyi bersih seperti Digital Delay, Chorus , Flanger dan sebagainya. Ada diantara efek-efek ini boloeh digunakan serentak dengan pedal distortion.

Semuanya terpulang kepada kepandaian seseorang untuk mencampurkan bunyi yang dikehendaki.


Antara banyak-banyak efek yang ada di dunia ini, aku lebih suka kepada efek yang menjurus ke arah bunyi seperti Metal Zone dari Boss dimana ianya diperkayakan dengan lengkok bunyi bass dan trable. Kemudian, untuk efek bernada akustik, flanger merupakan yang paling sedap di terima telinga aku.

Flanger, bukan sahaja boleh dimain kan secara clean , tetapi boleh digunakan dengan harmoni bersama pedal distortion/ metal zone. Contoh lagu yang menggunkan flanger adalah seperti lagu Dragon Girl dari Spiral Kinetic Circus (Fathul n the gang).

Jadi hari ini, aku pergi lah mencari menda alah Flanger ini. Dari nak mencuba Flanger, habis efek dalam display kabinet tu aku test.... semua best la pulak. Bila tertest chorus, teringat lagu November Rain..... Test Wah Pedal, teringat pada lagu-lagu motown dan funky....

Last sekali, aku decide amik Multi Effect yang ada 11 setting efek di dalamnya.

Alasannya mudah saja, Jimat. Cuba bayangkan satu efek mencecah harga ratusan ringgit, kalau ada 10 efek? Tidak makan ribu harganya? tu belum masuk Pedal Board/ Effect Organizer dan aksesorinya.

Boleh je nak berabis, tapi aku bukanlah pemuzik sepenuh masa. Main gitar suka-suka sambil layan Katun Dragon Ball dalam TV.Jadi Efek ME-100 yang aku beli ni, masih kira murah lagi la.... tak sampai beribu.

Antara efek yang ada adalah, Chorus,Flanger, Phase, Rotary, Pitch, Tremolo, A Wah dan T Wah, Delay, Reverb dan EQ Set.Semua di dalam satu Casing Die-cast bewarna kelabu gelap. Ianya merupakan efek jenis analog yang lebih senang dari efek digital yang ramai manusia gagal menggunakannya.

Efek ini juga dibuat untuk digunakan kepada Gitar 6 tali biasa dan juga kepada Gitar Bass. Efek Rotary , Phase serta T Wah, lebih menjurus ke arah gitar bass.



Sempat juga petang tadi test ME-100 ni, yang pasti, terdapat banyak kelemahan.
Antaranya, bunyi yang dihasilkan tidak seperti bunyi yg terhasil dari efek yang dijual berasingan. Tapi tak pe lah, janji bunyi flanger, tetap berbunyi seperti flanger dan bukan nya bunyi ayam berkokok.


Kemudian, jika bermain secara Free Flow, penggunaan efek adalah terhad. Kata pada ketika itu menggunakan Chorus, untuk bertukar kepada Tremolo, kita terpaksa menggunakan tangan untuk memulas tombol selector. dan ini tentunya menyebabkan kita berhenti dari bermain. Kena suruh sorang bangla standby kat efek tu, bila time nak tukar efek, jerit je sama bangla tu nombor berapa. Harap dia paham bahasa melayu.... haha



Sudah tentu, setting pada setiap efek itu dikurangkan kerana tombol yang diletak cuma 4. Tobol pertama untuk setting Delay/Reverb, tombol kedua untuk speed , tombol ketiga untuk depth dan tombol ke-4 untuk selector atau mode.
Sudah jelas disini, hanya 2 tombol untuk mengawal lengkok bunyi sesuatu efek yang dipilih sedangkan, pada efek individu (berasingan) sekurang-kurangnya terdapat 4 tombol kawalan.

Apa yang best?

Kompak dan mobile. senang aku nak usung kesana kemari. Dan jimat dari segi kos DC 9V serta dapat dibeli dengan harga di bawah seribu ringgit tetapi mempunyai 11 seleksi efek.

Ok
For those who need this review to be read in English, You either can use google translator, or just email me for the English Version. Below is my Email.

Leemayathidup@aol.com