Sunday, January 23, 2011

Yong Tu Foo Hangit

Negara multi-racial macam di Malaysia ni, kita tak pelik sangat dengan bermacam jenis makanan dari berbilang etnik.
Sebut nak makan apa, pusing 360 darjah, mesti ada satu arah yang akan membawa korang ketempat makan itu.

Nasi lemak, sebagai contoh, macam-macam jenis ada. Pernah aku jumpa Nasi Lemak Amerika. Haha, bila masa pulak Eminem makan nasi lemak. Di KB, aku jumpa nasi lemak kaler hijau... memang hijau sehijaunya... Aku ada gambarnya, tapi tak brapa cantik sangat. Jadi tak perlu aku tempek kat sini.


Maksud aku, satu jenis hidangan tu, ada beribu orang yang mengusahakannya. Jadi untuk menjadikan produk mereka hebat dan dikenali ramai, mereka akan mencuba sesuatu yang baru dan lain daripada lain. Orang Malaysia, suka macam tu.

Berbalik  pada kisah Yong Tau Foo hangit aku ni.
Kedai YTF ni terletak di Food Court Kinta City (Jaya Jusco) Bercham, Ipoh. Sini memang tempat aku pegi makan siang malam masa aku duk Ipoh berbelas tahun dulu. Dan antara makanan favourite aku ialah YTF dan Nasi Ayam Hainan.


Habis urusan aku di Ipoh, aku balik menetap di Negeri aku ni. Semenjak tu, aku tak pernah jumpa lagi YTF dan Nasi Ayam sehebat Ipoh punya.


Aku bukan lah nak membesar-besarkan cerita. Tapi memang makanan di Ipoh ni, terutama Chinese food, memang terbaik.

Semua pernah makan YTF kan? Kat pasar malam Danau Kota atau Pekan Sehari Temerloh pun ada. Tapi apa yang membezakannya dengan Ipoh mali YTF?

Pertama, gravy dan sosnya memang homemade dan bukan jenis dituang dari dalam botol yang dibeli di Giant. Seingat aku, dulu ada 3 jenis sos iaitu sos sotong (warna hitam), sos cuka bawang putih dan sos biasa. Yang paling best, sos sotong tu lah. Ada rasa sotong. Ianya diberikan jika korang amik sayur kangkung dan sejenis benda yang dibuat dari tepung yang rupanya macam laksam yang belum dipotong.

Di atas YTF tadi, setelah diletak sos, mereka akan sprinkle biji bijan. Dan sememangnya, aku tak pernah jumpa lagi tempat lain yang buat macam ni.

Baru-baru ni, setelah berbelas tahun aku tak ke sana, dapat peluang pergi ke Kinta Cinty, so aku pergi lah mengadap kedai Nasi Ayam dan YTF tu.

Terkejut aku, kedainya masih ada ditempat yang sama tapi dengan pengurusan baru. Tokey kedua-dua kedai tu aku kenal sebab muka ensem aku memang ada pegi makan kat kedai derang boleh dikatakan tiap-tiap hari.

Paling menarik, mereka ubah sedikit cara penyediaan YTF tu. Cara biasa, mereka akan rendam dalam air panas utk melembutkan YTF tadi. Cara baru, derang goreng (deep fry)  dalam minyak hangit selama berberapa saat. Mula-mula, masa aku lihat tu, menyumpah jugak aku... WTF? minyak busuk? ahhhh mesti tak best...
Aku amik dan bayar dan terus bawak kemeja. Apa punya sengal cina tu goreng aku punya YTF. Aku datang jauh-jauh dari Puncak Pahang ni, derang buat main-main pulak. Ampesss...

Sedih je aku nengok ketul-ketul YTF hangit kaler ceklat
tu. Dah jadi keras macam popia la pulak. Bau pun hangit dan sedikit tengik.

Sebab dah amik kan, so aku makan lah juga.
Masuk je dalam mulut, kunyah satu........ kunyah dua.... BOOOOOMMMMMm!!!!

YTF dah kehilangan elemen warna bila di goreng garing. Tapi rasanya jadi lagi sedap.


Sekali dia punya rasa meletop dalam mulut aku. Wow... best nye.
Minyak hangit tadi merupakan minyak bijan (sesame oil). Mereka goreng hangit bagi membuatkan  sesame tu melekat dan jadi bold dalam mulut korang. Aku makan tak bersisa.... Hehe... ni tengah rindu sama YTF derang... nasib baik Kuantan-Ipoh dalam 400km, kalau dekat macam pergi Midvalley, malam ini juga aku pergi.

Aku jugak amik nasi ayam yang kini di panggil nasi ayam hainan. Dulu apa nama ntah, aku dah lupa. Tokey dah lain. Harga pun dah mahal serta ada banyak pilihan dari segi serving ayam tu.
Dulu ayam madu (roasted honey chicken) je. Dan rasanya tak sesedap dulu. Sup dia dah jadi tak best. Tapi, sedap dari nasi ayam di ciken rice shop tu...

Nasi Ayam Hainan Golden Roasted

Tokey kedai tu, punya lah baik dengan aku, siap dia bagi resepi sup nasi ayam dia kat aku. Mana taknya, tiap tiap hari ada muka aku, kalau tak tengah hari, malam aku pergi. Gila kan? Aku siap belajar cara masak sup tu dengan dia kat dalam dapur dan dulu-dulu selalu aku buat sup tu.

Aku tak mo cerita cara nak buat, cuma bahan-bahan yang digunakan untuk sup tu agak pelik dan memang best pada rasanya.

Sup derang ni, antara bahan utama dia adalah lobak masin. Dibasuh sekali lalu dibawah air paip bagi mengurangkan masin dan membuang kotoran. Derang tak guna garam dah sebab lobak ni dah masin. Untuk masin atau tawar sup korang, kena ejas di peringkat lobak ni, banyak korang letak jadi masin, dan sebaliknya.

Kemudian derang guna sotong kering. Haaa... ye arrr... sotong cam kat bawah ni. derang potong memanjang halus-halus.



Kaki ayam dan leher ayam juga adalah aksesori standard.

Kemudian, yang paling penting, mereka guna kacang tanah dalam sup derang. What the hell kan?  tapi tu lah realiti nya. Kacang tanah ni, derang rebus asing sampai empuk . Kenapa perlu di rebus asing?

Sebab, kalau rebus sekali, sup korang jadi kaler merah. Hahaha... lama gak arrr kena rebus kacang ni, supaya kaler dia jadi betul-betul putih, dan air kena top up selalu.

Ada 2-3 bahan lain seperti akar teratai dan kurma cina yang derang  gunakan sekali. Rasanya memang sedap la... dan sebenarnya, mengikut apek tu, sup ni, masak bukan kerana nak makan isi yang ada dalam sup, tapi cuma nak kan sup itu sahaja. Bahan -bahan itu cuma perisa sahaja.

Sebenarnya, sepanjang aku duk di Ipoh, aku tengok budaya orang melayu memang mesra dengan masakan cina ni. Minum, makan di kedai cina, adalah perkara biasa. Variety makanan yang ada di Ipoh kalau aku cerita, 10 pages pun tak abis. Tu belum lagi cerita pasal masakan Melayu area Bota- Layang dan Kg Gajah..... Indian food area Medan Kidd ....



Ni dekat area Stesen Keretapi. Waktu malam, dulu-dulu, banyak warung masakan panas. Sekarang aku tak tau. Dulu pergi sini makan satay Ipoh sambil layan Liverpool lawan Manchester United. Teman sokong Liverpool, kata Ahmad dari Manjoi...

Kalau pergi Ipoh, jangan pergi makan KFC. Makan menda lain. Dan jangan lupa minum white coffee Ipoh. Stim!!!!

No comments:

Post a Comment