Wednesday, January 5, 2011

Cat Minyak

Adoiiii...

Ini sebenarnya projek 2 tahun lepas. Pergi KL ngan Mr B dan Mr S.

Ronda-ronda di Central Market, masuk kedai yang menjual peralatan seni. Terjumpa kanvas ni yang berukuran 35 x 60. Kat Kuantan jangan harap lah nak jumpa (pada ketika tu). Terus aku beli bersama tiub-tuib warna asas. Balik, buat frame dan terus buat lapisan pertama.

Disebabkan dah lama tak main cat minyak ni, banyak teknik2 aplikasi aku dah lupa. Penggunaan minyak zaitun sebagai pelembut tona membuatkan kerumitan berganda kerana tiba2 kanvas menjadi kekuningan kerana minyak tu tidak begitu 'pure'.

Ringkas kata, aku bosan. terus stop.
dalam seminggu sudah, tiba2 perasaan nak buat tu timbul kembali.
So ini lah proses nya.
 Projek stop pada bahagian ni dahulunya.......


Bersambung kembali tapi kali ini aku terpaksa mengecat dengan lukisan ini tergantung di dinding, kerana bilik aku main cat ni dah jadi bilik komputer. Tiada ruang seni lagi.

Nanti aku update lagi projek cat minyak ni. sekarang ni tengah tunggu cat menjadi kering, dalam masa 2-3 minggu juga.
Kemudian baru lah memikirkan kesudahannya.

Tajuk cat minyak ini adalah : Revive (mengembalikan kesedaran)

No comments:

Post a Comment