Thursday, March 31, 2011

Ini Bukan April Fool

Masalah bandwith.... beroperasi selama lebih kurang 3 bulan, kuota 1gb habis digunakan. Nampaknya terpaksa pindah kerumah baru.

Dibawah ini adalah link bagi rumah baru saya.... sila lah melawat saya disana. Hidup saya sepi tanpa kamu semua....

http://amriezukasensei2.blogspot.com/

Terima Kasih kepada semua yang pernah singgah sini. God Bless U All.

Wednesday, March 30, 2011

Selak

Definasi Mengikut Kamus Dewan:

1.
membuka halaman buku; menyebak buku.

2.
sélak); menyelak 1. menyingkap (tudung, selubung, dll), membuka, menying­singkan: kain yg menutupi betisnya diselak hingga ke paras lutut; Tun Tuah pun segera ~ pen-duanya; 2. menyebak (buku dll), membuka: buku itu diselaknya lepas semuka ke semuka; menyelak-nyelak menyelak (buku, maja­lah, dll) dgn cepat tanpa membaca atau melihatnya dgn teliti: dia masih asyik ~ majalah, mem-baca tajuk, dan melihat gambar; menyelakkan menyelak utk; terselak tersingkap (kain, selubung, tudung, dll), terbuka, tersebak.

3.
Peranti atau litar dwistabil yang akan mengambil apa jua keadaan logik yang dimasukkan apabila dibenarkan oleh sistem dan terus memegang keadaan tersebut dalam ingatannya sehingga digerakkan semula. Tindakan ini serupa dengan tindakan menolak anak selak pada selak pintu.

4.
kayu palang utk mengunci pintu: ~ pintu palang pintu.


5.
pengsan dlm keadaan spt orang mati.

6.
tidak boleh bernafas, pengsan; ~ pengsan dlm keadaan spt orang mati.



So yang mana satu harus jadi bahan atau topik pada malam ini? Pasal selak kain? Oh noooo... ini bukan blog Voyeur intai mengintai.

Ini juga bukan blog pasal orang pengsan sebab terpana oleh sesuatu kejadian yang menakjubkan.

Jadi, kita lihat selak yang bermaksud palang pintu......




Pada zaman dulukala, orang buat rumah dalam gua. Jadi, bila duk dalam gua, mereka ni kurang lah sikit privasi. Kejap-kejap, ada je jiran tetangga datang melawat tak tentu waktu. Kalau bukan jiran pun, kenkadang, beruang dan harimau pun, ada datang menjenguk penghuni gua itu.

Disebabkan oleh kejadian itu, beribu tahun dulu, antara ciptaan terawal manusia, adalah pintu.  Bukanlah maksud aku sebesar mulut gua tu derang kasi bikin pintu, tapi saiz yang sesuai lah. Macam mana rupa pintu, dan warna apa pintu itu, korang bayang sendiri lah.

Dipercayai ini adalah gambar moyang einstein !!!

Selepas kewujudan pintu, maka, puak puak bercawat ni, terpikir, kalau ada pintu sahaja pun tak guna juga, tetap jiran sebelah boleh tolak buka pintu tu. Maka moyang-moyang pada einstein ini, mencipta satu alat mekanikal yang di panggil selak. Ianya berguna untuk menghalang dari pintu itu dibuka oleh jiran-jiran sebelah.

Bertitik tolak dari ciptaan itu lah, kita, dizaman tidak lagi memakai cawat , masih menggunakan ciptaan manusia bercawat beribu tahun yang lalu. Hebat!!!!

Ni selak pintu antik zaman Pop Yeh Yeh baru nak fames.

      
Selak zaman sekarang








Ni pula selak pintu dapur aku. Ada 5 semuanya. Mintak dijauhkan penyamun masuk rumah aku... aminnnnnnn!!!! 

Tuesday, March 29, 2011

Just Go With It

Adam Sandler adalah salah satu dari banyak2 umat hollywood yang aku suka tonton cerita lakonannya. Mendukung genre Comedy, romantikarat dan juga tolol. Bagi aku, Adam, seorang pelakon yang serba boleh. Boleh dikatakan, kesemua ceritanya telah aku tonton.



Fav aku adalah 50 first date dan Wedding Singer. Tidak lupa juga cerita Spanglish, yang agak serius yang mana aku ada novelnya, tapi entah dimana letaknya kini.

Kini, keluar pula cerita terbaru lakonan Adam bertajuk Just Go With It.

Aku amik gambar Billboard ni di Jalan Batu Caves
Comedy romatikarat juga. Berkisahkan seorang pakar bedah kosmetik/plastik, yang meminta pembantunya berlakon menjadi isteri yang akan dicerai nya semata-mata untuk mengorat seorang pompuan lain. Macam-macam penipuan terjadi. Dan akhirnya?
Hmmm.... jom kita pegi panggung layan cerita ini pada 31 Mar 2011.

Tak bleh aku nak gerenti cerita ini bagus, tapi yang pasti, senarai-lagu di dalam soundtracknya, banyak yang best-best. Sila lah tonton!!!


Wayang kat Mid Valley OK? ada nyamuk tak dalam tu?


Monday, March 28, 2011

iPad 2 Review



http://www.youtube.com/watch?v=ct1_r_61sk8&feature=feedf


Yang ini kelakar. Mesti tonton.
Yang paling penting, skill edit video budak ni, tahap dewa. Tabik sama org Norway.
Norwegians pun bleh jadi tukang lawak dan mereka bukanlah semuanya pengikut black metal yang siang malam membakar gereja-gereja diseluruh dunia.....

Sunday, March 27, 2011

Jom Berpesta Bah 1



http://www.youtube.com/watch?v=vUei4rYbhb0&feature=related

Made in Thailand

Sukami- Aku suka sama kamu Rock Sawah Padi



Sebenarnya, aku tak tahu kenapa aku beli gitar ni. Konpius ya amat pada ketika itu. Nak kata mabuk syabu, aku tak telan menda tu. Nak kata mabuk todi, aku juga tak minum menda tu.

Semuanya terjadi ketika aku pegi makan-makan di sebuah restoran siam. Aku parking keta, depan kedai muzik tu. Abis makan, aku terpandang gitar ni. Terus masuk dalam kedai muzik tu, test dua tiga lagu, cash and carry...

Kejadian itu berlaku di tahun 2006.

Pada hakikatnya, aku sebenarnya tertarik kepada design gitar ini secara di bawah sedarnya. Mari kita lihat ciri-ciri yang buatkan aku terjatuh chenta romantik karat sama ini gitar.

Gitar bersaiz Dreadnought dengan Cutaway di bahagian bawah bagi memaksimumkan penggunaan 22 fret yang ada. Aku bukannya seorang Soloist. Tetapi, kadang-kadang, jari2 ni gatal nak tekan strings di fret 16 hingga 22.

Finishing matte dan bukan glossy seperti kebanyakkan gitar lain, membuatkan aku terlampau sayang pada dia. Penggunaan bridge yang diperbuat sama material dengan kayu di fret, memberikan markah lebih kenapa aku pilih gitar ini, biasanya, gitar2 yang lain, tidak menggunakan material yang sama pada kedua bahagian ini atas faktor kos. Saddle yang diletakkan sedikit menyondong, memberikan strings intonation yang bagus. Dan tali gitar ini, di pacak kukuh menggunakan pegs. Kayu pada badan depan adalah jenis Spruce manakala pada bridge dan fretboard adalah dari Indian Rosewood.

Neck yang mungkin diperbuat dari kayu Maccasar Ebony berdasarkan warna dan tekstur kayu. Walaupun fretboardnya kecil, tetapi ianya memberikan feelings gitar karan.

Sukami~ dari Taiwan. Headstock jenis Flat. Machine Heads/TKeys Chrome tak ingat. Nut jenis plastik bodo, sama dengan saddle, cuma diposisi rendahkan supaya boleh main dengan laju. Gitar biasa, kedudukan strings nya amat jauh dari fretboard.

Ciri Istimewa, Roundback ( bahagian belakangnya berbentuk bulat dan bukan rata seperti kebanyakkan gitar lain). Ia sebenarnya dicipta oleh Kaman Music Corp dengan membawa brand Ovation dan Adamas. Rekaan sebegini bertujuan untuk meneutralkan bunyi bass bagi gitar bersaiz dreadnought. Mimik kepada gitar jenis Parlor. Jadi, bunyi diantara semua tali berjaya di samaratakan. Gitar Dreadnought biasa, akan mempunyai bunyi bass yang kuat, seperti gitar Jumbo.

Bahagian belakang jenis plastic composite ultra kukuh dengan finishing matte... Lazat. Gitar lain, biasanya menggunkan kayu dari mahagony. Memang ramai menyatakan, binaan cutaway dan penggunaan composite, akan merubah bunyi gitar. tetapi perubahan itulah yang aku cari sebenarnya. 

Kelemahan?
Ianya tidak didatangkan dengan pickGuard. memang bercadang untuk dipasangkan pada Sukami ini, tetapi, tak buat2 sampai sekarang ni.

Fretboard yang nipis, tidak begitu sesuai dengan jari aku yang lebar tak tentu hala ini. Orang yang berjari tirus macam Sepal, memang sesuai habis.

Bunyi kering dan sustain yang singkat. Tapi kena dengan lagu2 yang aku mainkan sambil menonton drama korea.

Roundback yang kenkadang menyusahkan. Kena letak atas stand gitar sepanjang masa. Pastu, kadang-kadang masa main, kalau pakai baju licin, gitar boleh menggelongsor sebab binaanya yang bulat itu.

Apa-apa pun, ianya adalah reta aku, suka tak suka.... aku tetap bersyukur....

Bahagian2 yang terdapat pada sebuah Akustik atau klasikal

Earth Hour Saya

Bukan susah pun tutup lampu dan menda-menda lain yang tidak digunakan. Cuma faktor pencetus tu yang tak de.
Biasanya, kat umah aku ni, jenis membazir juga. Lampu sampai 4-5 tempat sekali buka. Ini sebab masing-masing ada port sendiri. Atau simply memang suka membazir.


Masih ada peralatan elektrik yang dibuka malam tadi seperti peti sejuk, ionizer dan kipas. Lain-lain semua abis aku shutdown.

Menjenguk di luar, ramai juga yang tidak tahu pasal Earth Hour (EH) ni. Kalau tahu pun, 8.30-9.30 malam tu adalah  masa Perdana layan TV dan ada duk tengah makan segala.

Tak pe lah, lain tahun boleh cuba lagi. Mungkin pihak berwajib kena sama turun padang macam Perdana Menteri negara2 lain yg melakukan sambutan tutup lampu ni diserata dunia.
Pihak2 media sepatutnya lebih agresif, 2-3 hari sebelum EH, mereka dah start kempen dalam media derang.

Kecualilah, kalau nak protect kepentingan TNB...... yang tu, tak bleh buat apa dah.

EH saya, memberikan peluang mengambil gambar cahaya dari sumber api lilin di dalam gelap. Susah!!!! tak jadi.... failed!!!
Cahaya api yang sentiasa bergerak kerana angin (walaupun kipas telah ditutup), menyebabkan gambar menjadi tak cun. Penggunaan bekas lutsinar juga menyebabkan, imej nampak tidak tajam. Lain kali, mungkin bekas lilin bewarna gelap boleh di cuba untuk mendapatkan imej yang tegap dan tajam.

Jumpa tahun depan!!



Saturday, March 26, 2011

Earth Hour Today!!!!!!!!


Jom pakat-pakat tutup lampu dan segala peralatan letrik malam ini dari pukul 8.30-9.30 malam......

Save letrik, Save the planet!!!!!!!!

Korang boleh amik gambar ni, tempek kat wall FB korang... !!!! Have fun saving the Earth

Friday, March 25, 2011

Seether Careless Whisper

Lagu yang dibikin semula oleh Seether. Lagu asal adalah dari George Michael/Wham.
Lagu ini aku set sebagai ringing tone enset aku.... sila lah dengar..




http://www.youtube.com/watch?v=7P80U3crTng&feature=related


I feel so unsure
As I take your hand and lead you to the dance floor
As the music dies
Something in your eyes
Calls to mind a silver screen
And all of the sad goodbyes

I'm never going to dance again
These guilty feet have got no rhythm
Though it's easy to pretend
I know you're not a fool
I should have known better than to cheat a friend
A wasted chance that I've been given
So I'm never going to dance again...
The way I danced with you
Oh

Time can never mend
The careless whispers of a good friend
To the heart and mind
Ignorance is kind
There's no comfort in the truth
Pain is all you'll find

I'm never going to dance again
These guilty feet have got no rhythm
Though it's easy to pretend
I know you're not a fool
I should have known better than to cheat a friend
A wasted chance that I've been given
So I'm never going to dance again...
The way I danced with you
Oh

Tonight the music seems so loud
I wish that we could lose this crowd
Maybe it's better this way
We've hurt each other with the things we want to say
We could have been so good together
We could have lived this dance forever
Now who's going to dance with me

Please stay
I'm never going to dance again
These guilty feet have got no rhythm
Though it's easy to pretend
I know you're not a fool
I should have known better than to cheat a friend
A wasted chance that I've been given
So I'm never going to dance again...
The way I danced with you
Oh
Oh oh
Oh oh
Oh oh
Oh oh
Oh oh
Oh oh
Oh oh
Oh oh

Thursday, March 24, 2011

Kebodohan Melampau




Orang yang bunuh diri adalah orang yang lari dari tanggungjawab kemanusiaannya. Dan lebih parah dari itu perbuatannya (bunuh diri) itu menunjukkan kurangnya kepercayaan yang bersangkutan terhadap kemurahan Tuhannya. Tapi umumnya bunuh diri memang disebabkan oleh kurangnya pemahaman dan penghayatan terhadap agama. Seperti diketahui agama mengajarkan sabar, tawakal, melarang putus asa, dan seterusnya.

Orang mukmin tidak boleh membunuh tanpa alasan yang haq. Dan membunuh diri sendiri adalah membunuh tanpa alasan yang haq, dengan kata lain, orang yang beriman tidak boleh membunuh dirinya sendiri dengan alasan apapun. Allah berfirman:

"Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (QS 4. An-Nisaa: 29)

"Dulu sebelum zamanmu ini ada seseorang yang terluka dan tidak tahan menanggung derita lukanya itu, lalu mengambil pisau dan memotong sendiri tangannya, maka mengalirlah darah terus menerus hingga ia mati. Allah pun berfirman: 'Hamba-Ku telah mendahului-Ku atas kemauannya sendiri, Aku mengharamkan surga untuknya.'" (HR. Bukhari dan Muslim)

Takziah SSH

Member sekutu rapat aku, rumah dia kena pecah masuk.
Kasihan dia.
Bertabahlah ye....

Sokaba ni tulis merapu. Banyak betul fakta yang silap. Tapi tak heran, Harian Metroseks memang suka siar cerita pelik-pelik dan belum tentu sahih.

Ketam

Balik kerja semalam, singgah Mini market beli barang sikit.
Sekali Junior ternampak ketam. Mother of all crabs... apa lagi, abis keluar ayat power, dia suh aku beli ketam tu.

Kat umah, tak dak orang yang makan ketam kecuali Junior.
Aku tak bleh makan ketam sebab resdung. Dulu masa kecik-kecik, suka gak makan ketam. Tapi lepas makan ketam, Dr Sulaiman kena kasi aku satu injeksyen...... abis gatal satu badan.


Kesian kat Junior, aku beli jugak 2 ekor.
Ketam tu aku potong dua, sepit dia aku kerat mengikut ruas dan aku kasi karate supaya senang nak makan nanti.
Masuk dalam Pot, masak kari.

Kari ketam, serupa je macam kari-kari lain. Bezanya cuma pada kuahnya. Tak perlu banyak-banyak macam kuah kari ayam. Kenapa? aku pun tak reti nak cakap. Dah aku belajar dulu macam tu. Cuma mungkin senang nak amik ketam tu kut. kalau tenggelam, susah la pulak.

2 ekor ni, berat dalam 1.7 KG.... besar kan?

Posing takut-takut bersama Ayah Ketam.  Jangan tanya apsal Necktie dia macam tu. Pesen baru, korang mana tau!!!!!

Sila lah makan ketam......
Rempah nya pula, guna rempah kari daging dan bukan kari ikan. Ini bagi nak neutralkan rasa ketam tu. Lain-lain, aku tak reti nak cerita... hehe

Wednesday, March 23, 2011

Kad Kuning

Dalam bola sepak, kad kuning bermaksud amaran. Kad ini diberikan kepada pemain yang bertindak agresif samada dari segi fizikal, bahasa badan atau apa sahaja yang ditafsirkan tuan pengadil, sebagai 'tidak patut'. Dapat 1 kad, OK lagi, dapat 2 kad, pemain itu akan diberikan kad merah yang bermaksud, silalah berambus dari sini.


Entry hari ini berkaitan dengan Kad kuning tapi dalam 2 konteks yang berbeza.

Kad Kuning - Yellowcard

Sebuah American pop punk/alternative rock band yang ditubuhkan di Jacksonville, Florida pada tahun 1997. Aku dengar, band ini macam band EMO, tapi minus dressing pelik budak2 EMO.


Tak silap aku, derang baru kuarkan album terbaru yang mana mencukupkan jumlah 6 album.


Aku tak berapa mengikuti band ini, tetapi ada satu lagu tu, pada ketika itu, tiap-tiap hari di mainkan di Hitz Fm...
Tetiba aku rindu pada lagu itu... dan aku cari di youtube dan aku follow dengan 4 tali aku. Akhirnya, aku tabs kan lagu ini, supaya lain  kali tak perlu tercari cari dah.

Ni bukan keputusan nombor ekor eh.... ni nama dia Tablature. ianya lebih kepada fingering di alat musik (fret) daripada muzikal pitches (org panggil Togey)

Walaupun Tabs utk lagu ni bersepah dalam internet, karang sendiri, ada juga baik nya. Tapi ntah 100% betul atau tidak.... telinga aku tuli sebelah.

4 tali....

Kad Kuning kedua? Sudah tentu yang berkaitan dengan bola....
Nak kasi tau, kalau jadi, bulan 7 ni, The Reds nak mai Mesia.... Bleh arrr tengok Dirk Kuyt. Jom join saya tengok The Reds nanti.... harap-harap jadi.


Ni petikan berita, sila translate sendiri, saya tak de kamus.


KUALA LUMPUR, March 22 – World renowned English Premier League (EPL) clubs Liverpool and Chelsea are expected to play friendly matches against the national squad during their Far East Asian Tour in July.

Football Association of Malaysia (FAM) secretary-general Datuk Azzuddin Ahmad said FAM had received the green light from both clubs while the dates for both matches would be announced soon.

“There is also a big possibility that another EPL club will be coming here for a friendly match against the national team. That prospect is still in the discussion stage,” he said here today..






p/s: ada org kata, kuning tu warna sangap? betui ka?

Monday, March 21, 2011

The Reds Menang lagi

Team kesukaan Elvis Castello ini menewaskan Sunderland 2-0.
Nak menang BPL memang susah, tapi, orang yang menyokong The Reds bukan lah jenis Hooligans. So pelan-pelan kayuh. Satu masa nanti, mungkin selepas turun nya Yakjud dan Makjud, The Reds mungkin boleh jadi juara.

Perlawanan ini aku tidak ikuti di TV, Kerana menonton rakan FB aku naik pentas di channel satu lagi. Bagi sokongan moral  la sikit. Lagi pun, sebenarnya, aku dah lama tak nonton bola. Sejak aku menjumpai sesuatu yang menarik untuk diberikan lebih perhatian.

Persoalanya, perlukah aku terminate channel sukan? Oh noooo... Tahun depan Olympik.... tu sukan mesti lihat. Acara angkat berat dan menembak, kesukaan aku. Nak harap TV Mat Ramat (RTM), boleh kena sakit jantung la jawabnya.


Hidup The Reds!!!!! Minggu ini, lawan WBA, aku berazam nak tengok. Tu pun kalau tak de menda2 lain.

Sunday, March 20, 2011

Argiope Aurantia

Petang tadi, aku mencari setin cat yang aku simpan dibelakang rumah. Terdapat sedikit koyakan cat pada dinding hall semasa aku cuba mengalih satu perabut tu.

Dah lama aku tak menjenguk di belakang rumah aku. Bukan ada apa sangat disitu, kecuali barang-barang yang jarang aku gunakan seperti cat, bahan-bahan kimia pencuci dan surat khabar lama.

Tujuan aku ke tempat aku simpan barang, duhujung sebelah kanan rumah aku, terhenti, kerana Argiope Aurantia telah membuat sarang yang maha besar di depan rak barangan tersebut.

Ianya dikenali sebagai Black and Yellow Garden spider. Berukuran sehingga 3 inci besar. Manakala web, atau sarangnya, berdiameter sehingga 2 kaki lebar.

Aku rasa, ianya satu jodoh, kerana Argiope ni sudi buat sarang kat rumah aku, dari rumah-rumah lain. Rumah aku bukan lah hazab tak berkemas sarang ular. Tapi cuma ruang belakang tu jarang aku pergi. rumah orang lain lagi hazab!!!!

Argiope ni, biasanya akan menetap di tempat itu sampai habis nyawa. Walaupun Junior terjerit-jerit geli, suruh aku bakar sarang Argiope tu, aku rasa, tak perlu lah aku musnahkan sarangnya. Biarlah dia duk situ.
Kat negara omputeh sana, Argiope, sahaja diletak di ruang taman mereka sebagai penyeri.

P/s: kadang-kadang, nampak cam udang karang (lobster) pun ada.... Buat sup lobster sedap gak ni.... siapa mau cuba?


P/S 2: Aku sebenarnya tatau apa nama spider ni, Argiope tu, aku main hantam saja.... jgn marah ye pakar2 biologi semua.

Supermoon Update!!!

Ok... tadi pegi keluar pusing Kuantan. Hujan tak berenti. Jadi tak de port cantik untuk tembak bulan. Kalau ujan tu berenti sekejap pun, bulan duk nyorok belakang awan.

Jadi balik layan Dragon Ball lagi baik.

Elok je sampai rumah, Junior kasi tau, Bulan dan nampak, betul betul atas bumbung rumah.

Aku pacak tripod, set kamera, tanpa peduli jiran2 yang buat muka pelik, aku amik dalam 20 keping dengan berbagai setting dari segi aperture, ISO dan berberapa setting pada metering.

Gambar kat bawah ni, semuanya sudah di crop, dan enlarge. So kalau besarkan lagi, ianya akan jadi pecah sebab lensa aku cuma 55-250mm sahaja. Len kali, kalau nak bulan besar lagi, sila hadiahkan pada saya lensa saiz bapak.... nescaya, gambar tapak kasut Neil Armstrong kat bulan sana pun, boley nampak.



kalau perati molek2, kat sebelah kanan bawah bulan tu, ada macam kawah volcano.

Ni orang puteh kata : "once in a blue moon". Maksud dia, tak de kena mengena langsung dengan cerita blue. harap paham ye....

Saturday, March 19, 2011

Supermoon !!!

Sekarang ni... aku tengah sikat rambut. Nak keluar pegi tembak bulan.
Aku memang tak puas hati betul ngan Bulan ni. Habis cara dah aku tembak, masih tak nampak2 juga.

Maksud aku nampak seperti bulan betul. Seperti mana yang mata kita lihat. Bila aku tembak dengan DSLR, yang nampak cuma cahayanya sahaja. Bentuk fizikalnya tak dak.
Sebab tu aku angin sama bulan.

Ok malam ni, 19hb, dalam tempoh 18 tahun, jarak bulan-bumi adalah yang paling dekat pernah direkodkan iaitu pada 356,577 kilometers.  Tapi kita yang duduk di khatulistiwa ni, tak nampak sangat bezanya.

Ni gambar malam tadi, memang ampess.... mlm ni, tatau jadi ke tak.
Jangan masa amik gambo tu, melintas si Dora tukang sihir sudah.!!!!
 

Ni gambar aku amik masa berenti solat maghrib tepi ECMall.... yang ini terbaik dari berbelas yang lain. Baik bagi aku, sampah bagi korang kut.... hehe...

Friday, March 18, 2011

Weezer - Say It Ain't So

Jika hard rock mempunyai Scorpion
Alternatif mempunyai Weezer.

Persamaan diantara kedua band ini adalah, 'signature sound' yang dihasilkan oleh mereka.

Macam ini, scorpion dan weezer, masing-masing mengeluarkan satu single terbaru. Kita tak pernah dengar single tersebut. So pada suatu hari, ketika mengadap radio, tiba-tiba terdengar intro single tersebut. Otak terus dapat menangkap, single asing itu adalah scorpion atau weezer....  itu yang digelar signature sound. Terdapat pada kedua-dua band ini.

Weezer, diperdengarkan pada aku sekitar tahun 90an. Menjadi satu lagu yang selalu di cover oleh band Disaster Fun House. Aku dapati, lagu dari band ini, sedap untuk telinga aku selain dari band2 Ultra Indie yang lain seperti Blur dan Radiohead.



Tapi sebenarnya, aku tidak telan 100% lagu-lagu derang. Tidak seperti Radiohead yang aku ada kesemua kasetnya.

Lagu Say It Ain't So ini, bagi aku setanding dengan lagu Creep Radiohead. Cuma lagu Creep lebih overrated dengan cerita sabotaj pada efek ketika rakaman membuatkan ianya fames melantun lantun.


Lagu Say It Ain't So ini, mempunyai maksud yang berbagai. Itu terpulang pada individu untuk menafsirnya. Bagi aku, lagu ini, membuatkan aku Craving... mengingatkan aku pada satu menda yang aku suka buat dahulu kala. 


Sekarang, lagu ini cuma musik yang aku strum guna gitar akustik buruk aku.


Tuan2 dan Puan2.... 
Terima lah Lagu Say It Ain't So ini,



http://www.youtube.com/watch?v=ENXvZ9YRjbo


Oh yeah
Alright

Somebody's Heine'
Is crowdin' my icebox
Somebody's cold one
Is givin' me chills
Guess I'll just close my eyes

Oh yeah
Alright
Feels good
Inside

Flip on the tele
Wrestle with Jimmy
Something is bubbling
Behind my back
The bottle is ready to blow

Say it ain't so
Your drug is a heartbreaker
Say it ain't so
My love is a life taker

I can't confront you
I never could do
That which might hurt you
So try and be cool
When I say
This way is a waterslide away from me
That takes you further every day
So be cool

Say it ain't so
Your drug is a heartbreaker
Say it ain't so
My love is a life taker

Dear Daddy
I write you in spite of years of silence
You've cleaned up, found Jesus, things are good or so I hear
This bottle of Steven's awakens ancient feelings
Like father, stepfather, the son is drowning in the flood
Yeah, yeah, yeah, yeah

Say it ain't so
Your drug is a heartbreaker
Say it ain't so
My love is a life taker

Thursday, March 17, 2011

Slow Shutter - Overpass TC

Aku ada pernah terbaca dalam satu forum fotografi, perdebatan diantara 2 format file gambar iaitu Jpeg dan RAW.

Baca punya baca, last-last aku yang pening.

So selama aku mempunyai DSLR ini, aku telah berekperimentasi dengan kedua jenis file ini.

Senang saja, hasilnya, RAW adalah lebih superior dari Jpeg. Memang, windows gagal membaca format ini, tetapi, jika mempunya perisian yang betul, RAW banyak membantu dalam memperbaiki mutu gambar.
Jika diambil menggunakan Jpeg, kebarangkalian untuk membaiki White balance, Picture style dan Brightness adalah tipis. bukan tidak boleh, tetapi agak sukar.

Berbanding dengan RAW yang menyimpan cukup banyak data, sampaikan gambar hancuss pun, masih boleh diguna dengan sedikit penambahbaikan menggunakan perisian khusus RAW.

Selasa yang lalu, kami bertiga keluar outing lagi. Kali ini, overpass di depan kompleks teruntum menjadi sasaran dengan tujuan mengaplikasi teknik slow shutter dan juga BULB.

Slow shutter adalah teknik bukaan shutter atau iris kamera luar dari normal iaitu berberapa saat yang ditentukan oleh anda. Manakala BULB pula, bukaan shutter atau Iris selama mungkin selagi butang shutter ditekan.

Ianya bagi mendapat efek kreatif Light trail, light burst dan menangkap jumlah cahaya yang banyak dari sumber yang sedikit.
 penerangan lanjut adalah melalui gambar dibawah.

Ni gambar diambil dengan menggunakan format JPEG. Tak boleh repair dah untuk melihat background. Teknik slow shutter menyebabkan, garisan cahaya terakam, manakala orang yang menggerakkan cahaya itu, tidak kelihatan kerana tidak cukup cahaya. Dengan praktis, korang boleh tulis nama dengan teknik ini. Sudah terbukti.... kan kan kan? hehe
Kalau diambil dalam format RAW, gambar ini akan jadi lebih cantik.
Light trail dengan bukaan shutter BULB. Lebih kurang 30 saat.
Ini adalah keadaan asal pantai telok cempedak di waktu malam. Diambil dengan menggunakan format JPEG. Tiada apa lagi yang dapat dilakukan.
Setelah aku sedar, mengambil dengan format JPEG, aku menukar kepada format RAW. Dan ini hasilnya. Keadaan yang gelap tadi, dapat di baiki dengan menggunakan perisian khas untuk RAW.
Keadaan putih berkabus itu sebenarnya adalah buih buih ombak. Apabila shutter dibiarkan terbuka dengan lama, buih2 itu akan nampak seperti kabus kerana pergerakannya pada setiap inci, akan terakam. Bukaan shutter yang lama juga menyebabkan cahaya dapat dikumpul dan menjadi sangat terang apabila di edit. Aku tidak menggunakan flash langsung ketika ini. Gelapnya kawasan ini, adalah seperti gambar no 4.
Light trail depan kiosk McD.... Amik gambar sambil makan Sundae....
Light burst dibelakang terhasil oleh bukaan shutter yang lama. Kat atas dahi ezuwan tu pun, ada cahaya yang berjaya di bokeh.

Wednesday, March 16, 2011

Maiden Made In Bali

Hari ini aku rasa seperti seorang tua.


Rasa lembab, terhegeh-hegeh dan otak kusut.

Bukan selalu aku rasa seperti ini, Jarang-jarang. Tapi bila ianya datang, memang rutin pada hari itu agak terganggu.


Cuba menukar mood, layan Joss Stone dan Norah Jones, Malangnya, aku rasa aku semakin tua.


Paling senang, ikut kan saja perasaan tua itu, dengan duduk tanpa berbuat apa benda pun.


Sedang aku bermalas-malas menjadi seorang tua di atas sofa itam, datanglah seorang budak membawa bungkusan kepada aku.


Sebuah bungkusan yang amat lama aku tunggu. Akhirnya....


Ni bukan sebab tak reti amik gambar, tapi saja aku blurkan subjek supaya maklumat berkaitan dengan secret agent tidak terbongkar.

Siapa Fathullah Luqman ni?  Antara Legend dalam industri Underground/alternative di Malaysia. Sampai sekarang, aku masih dengar lagu-lagu dari band dia.

NOOOO...  di dalam bungkusan ini bukan ada keropok lekor ye...... Ni T-shirt Eddie main wayang kulit.

Made in Indonesia? Sudah semestinya !!!!! Kisahnya begini, itu hari Iron Maiden Turun Bali bikin konsert. Mamat Fathul ni pun turut turun berkampong disana. Sambil melayan udara Bali, dia meneruskan kegiatan Art dia dengan menghasilkan, tak silap aku 4 Design T shirt yang bertemakan Iron Maiden . Salah satu dari banyak-banyak tu dapat kat aku. I'm lucky!!!

Maiden... Jadi Made In... kreatif amat. Font yang digunakan adalah font rasmi Iron Maiden. Ini Bukan sebarang T-shirt. Ini adalah hasil seni. Priceless...

Ni lah dia Eddie yang dah jadi wayang kulit. Siapa Eddie? Kan aku dah ada cerita dalam entry SUNUT. 


At Least, Hari ini, ada juga sesuatu yang dapat menggembirakan hati tua ku ini. Aku pakai baju ini dan terus layan Iron Maiden full blast. Minta maaf pada jiran-jiran ku semua, nasib korang la dapat rocker tua sebagai jiran.
Tapi bukan selalu.... sekali sekala je...

Persoalannya sekarang ini, nak dipakai atau masuk dalam Frame?