Tuesday, March 29, 2011

Just Go With It

Adam Sandler adalah salah satu dari banyak2 umat hollywood yang aku suka tonton cerita lakonannya. Mendukung genre Comedy, romantikarat dan juga tolol. Bagi aku, Adam, seorang pelakon yang serba boleh. Boleh dikatakan, kesemua ceritanya telah aku tonton.



Fav aku adalah 50 first date dan Wedding Singer. Tidak lupa juga cerita Spanglish, yang agak serius yang mana aku ada novelnya, tapi entah dimana letaknya kini.

Kini, keluar pula cerita terbaru lakonan Adam bertajuk Just Go With It.

Aku amik gambar Billboard ni di Jalan Batu Caves
Comedy romatikarat juga. Berkisahkan seorang pakar bedah kosmetik/plastik, yang meminta pembantunya berlakon menjadi isteri yang akan dicerai nya semata-mata untuk mengorat seorang pompuan lain. Macam-macam penipuan terjadi. Dan akhirnya?
Hmmm.... jom kita pegi panggung layan cerita ini pada 31 Mar 2011.

Tak bleh aku nak gerenti cerita ini bagus, tapi yang pasti, senarai-lagu di dalam soundtracknya, banyak yang best-best. Sila lah tonton!!!


Wayang kat Mid Valley OK? ada nyamuk tak dalam tu?


No comments:

Post a Comment