Hobi pelik aku.
Sejak aku kecik lagi, aku ada satu perasaan tertarik kepada benda-benda yang terbiar dan di tinggalkan seperti kereta buruk atau rumah kosong.
Normal lah tu kan? budak-budak.
Tapi semakin aku dewasa, semakin kuat perasaan untuk berada dekat dengan objek-objek sebegitu.
Perasaan itu makin kuat tercetus selepas aku pergi ke Istana Kellie di Batu Gajah Perak pada umur aku belasan tahun.
Di tambah pula dengan menonton cerita KAMI lakonan Arwah Sudirman yang ada babak menunjukkan mereka menjadikan rumah tinggal sebagai tempat mereka berteduh,
Istana Kellie di Batu Gajah. Hattan pernah buat video klip disini. Lagu apa aku dah lupa.
Suatu perasaan seperti terhubung dengan bangunan itu membuatkan aku selesa di persekitaran sebegitu.
Ketika aku sambung study di Shah Alam, selalu aku merayau-rayau melihat bangunan-bangunan tinggal dan kadang-kadang mencarinya sampai ke Kuala Lumpur. Paling suka pergi ialah rumah doktor benggali di seksyen 2.
Rumah Kedai tinggal yang ada pokok tumbuh di dalamnya.
Seterusnya, aku berada pula di Ipoh selama 3 tahun. Disini lah aku betul-betul naik hantu dengan bangunan tinggal.
Pokok ficus memang suka tumbuh di kawasan rumah tinggal. Kebaikan pokok ini ialah, pokok-pokok renek yang lain kurang tumbuh disekitarnya kerana kanopi pokok yang lebar dan padat menyebabkan cahaya matahari terhalang. Cantik dan menyeramkan. seperti ada orang yang jaga rumah ni....
2 orang sahabat karib aku pada masa itu pun, peliknya, mempunyai hobi yang sama. Kami menjarah rumah-rumah tinggal tidak kira siang atau malam. Selalu bertempiaran di kejar anjing atau orang gila yang menjadikan rumah tersebut tempat tinggal mereka. Kami hanya sekadar merayau, tidak pernah mencuri atau mengambil apa -apa dari tempat yang kami pergi.
Rumah Agam Falim di Falim, Ipoh. Pernah 2-3 kali pergi tetapi tak boleh masuk. Ada org jaga
Ipoh memang kaya dengan rumah rumah agam (mansion) yang ditinggalkan. Ada diantaranya langsung tidak dijaga, dan masih banyak barang-barang tinggalan di dalamnya.
Aku juga mula bereksplorasi dengan kawasan-kawasan industri lombong seperti di kawasan Kopisan dan Lawan Kuda. Jentera-jentera kuno berkarat menarik perhatian aku. Masa tu, besi ni tak de harga. Bersepah sepah besi buruk berbagai jenis di tepi-tepi lombong mega.
Ini ialah Makam Panglima Teja yang terletak di Kota Bharu/ Lawan Kuda, Batu Gajah. Besar kubur ni. Sama besar dengan Bas. Tak salah aku, masa panglima ni mati, dikuburkan sekali dengan 7 orang dayangnya. ikut suka ati korang nak percaya atau tidak. Tapi yang pasti, Boss aku di Ipoh dulu, keturunannya dari Panglima Teja ini lah. Sebab tu Kumpulan dia di beri nama TEJA (Kau yang tak mengerti)
Apa sebenarnya yang aku cari?
Ntah! Perasaan itu sukar digambar. Cuma perasaan selesa berada disitu membuatkan aku terus kesana. Yang pasti, pada masa aku disitu, apa yang bermain di otak aku adalah khayalan tentang manusia yang pernah menghuni, jadi tuan disitu. Melihat pada artifak yang ada, cuba di gambar kembali cara hidup mereka dan perasaan yang ada tertinggal berbekas di tempat itu. Semua itu memberikan ketenangan dan inspirasi kepada aku. 2 orang kawan aku tadi, aku tak pernah tanya. Cuma derang kata BEST je...
Selepas dari Ipoh, aku tidak begitu meneruskan hobi itu lagi. sekali sekala aku pergi juga ketempat yang sebegitu, cuma ianya telah dijadikan sebagai tempat org melawat. Contohnya seperti Muzium perperangan di Penang, Lombong Sg Lembing dan berberapa tempat lain.
Cuba lihat pada warna dan corak yang terhasil di dinding ini. Menarik?
Muzium perperangan di Batu Maung Penang
Jikalau ada manusia yang minatnya seperti aku, emel saja sama aku, dan mari kita sama-sama menjarah rumah-rumah lama.
* Kredit kepada tuan punya gambar.
No comments:
Post a Comment