Pagi tadi, ketika memandu keluar dari siarpandu rumah aku, terpandang Purnama kira-kira setinggi pohon kelapa di langit.
Itu lah jawapan kepada peristiwa yang berlaku pada hari semalam.
Sedar atau tidak, mana-mana etnik dan masyarakat didunia, samada yang kuno bercawat atau yang moden lagi urban, percaya kepada satu fenomena yang di panggil " LUNAR EFFECT".
Ianya adalah Teori Pseudosaintifik yang bertindan dengan teori sosiologi, psikologi dan fisiologi, mencadangkan bahawa tingkah laku manusia berubah bila mana berlaku Purnama atau bulan penuh.
Walaubagaimanapun, sampai ke hari ini, masih tiada satu kajian pun dapat mengesahkan kejadian ini secara relatifnya.
Diseluruh dunia, pada ketika Purnama, dilaporkan polis dan kakitangan di unit kecemasan sibuk melayan kerenah mangsa LUNAR EFFECT. Dan jika berlaku sesuatu yang pelik, frasa
“There must be a full moon out there”yang bermaksud, di luar sana mesti ada bulan penuh , adalah bukan asing.
Kita juga di lambakkan juga dengan insiden paranormal yang dikaitkan dengan Purnama, seperti Tukang Sihir Fedora akan bermentera memuja semangat puaka, Pontianak akan berkeliaran dan Serigala Jadian akan muncul.
Bagi aku, ini lebih kepada sinikal dan tidak begitu masuk akal.
Aku teringat pada suatu ketika dahulu , di DV8 Petaling Jaya, bersama Ahmad, Badar dan Jorgen Stein. berlaku sedikit kekecohan di bahagian belakang, dan ianya melibatkan Jorgen dan juga Ahmad dengan sekumpulan budak cina. Tetapi, berjaya diselesaikan dengan baik. Antara kata-kata Jorgen kepada aku ialah... " It's a blardy full moon, let's drink to it" . Dan aku hanya mengangguk keliru dengan apa yang berlaku dan apa kaitannya dengan bulan penuh.
Seorang Dutch, modern dan atheist, masih lagi percaya kepada benda yang superstitious seperti itu. Kini aku memahaminya.
Lunatic- Bermaksud orang gila dan berbahaya kepada orang lain
Lunacy- Adalah tingkah laku yang dilakukan oleh si Lunatic
Looney- Gila
Lunar - Berkaitan dengan bulan. Bulan.
Luna- Sejenis kaler pensil oleh steadler yang kita guna masa
budak-budak dulu.... hehehehe
Nampak? Persamaan dalam guna pakai perkataan Inggeris tersebut?
“It is the very error of the moon,” wrote Shakespeare in Othello. “She comes more near the earth than she was wont, And makes men mad.”
Ini pula di tulis Shakespeare.
Mnegikut kata orang, bumi ini 80% adalah air, dan manusia juga begitu juga, 80% adalah air. Jadi, bila Purnama, ia akan menyebabkan berlaku pasang surut besar pada air laut. Ada orang bilang, ianya turut menyebabkan manusia pasang surut pada bahagian mentalnya.
Hahaha, orang yang buat teori tu, mesti tengah mabuk.
Tapi mungkin juga. Medan magnetik? atau apa sahaja yang memungkinkan perubahan pada mental manusia? Siapa tahu?
Adakah Fenomena ini betul terjadi?
Ntah la. Kalau tanya pada polis-polis dan kakitangan wad kecemasan, mereka mungkin akan mengiyakan nya. Kalau tanya saintis, mereka tak habis kaji lagi. Kalau tanya Ostad, dia kata tu semua sebab kurang iman.
Pokoknya, kamu percayalah apa yang kamu nak percaya. Bagi aku, untuk mempercayai Fenomena ini, tidak salah dari sudut akidahnya.
Atau manusia memang suka membuat kekacauan di muka bumi AlLah, dan menyalahkannya kepada entiti lain?
Kalau rasa nak menggila bila time Purnama, elok lah pegi main Laser Tag seperti Barney Stinson di dalam How I Met Your Mother. Jangan menggila di atas jalanraya dan bikin aku panas hati sepanjang hari.
No comments:
Post a Comment