Saturday, January 15, 2011

Beta Aivin- Heavy Metal Effect Paddle



Zaman dahukala, aku ada berberapa efek-efek gitar dari jenama Boss seperti Metal Zone, Turbo Distortion , Flanger dan Delay. Efek-efek ini aku perolehi sepanjang aku bekerja di Jam's Corner Studio Taman Cempaka Ipoh milik Abang Zul Kumpulan Teja. Di atas sebab yang tertentu, aku terpaksa berpisah dengan efek-efek tersebut dan juga sebuah gitar jenama Samick yang menggunakan Floating Bridge dari Floyd Rose. Ahh... cerita lama. Menda yang dah pergi, kalau kenang kembali lebih-lebih, boleh jadi angau.

Aku juga ada berberapa paddle lain seperti Grunge Dari D O D dan Turbo Distortion dari Megatone. Kedua-duanya  gagal ditemui dan aku percaya ada di rumah orang tua aku.


Dalam banyak-banyak efek itu, Grunge D O D tu lah yang paling manja. Suisnya diperbuat dari plastik dan sangat sensetif pada sentuhan. Memang tak sesuai nak bawak pegi Gig. Jadi efek tu banyak duk dirumah untuk sessi santai.

Hari ini dalam sejarah, aku pergi kedai muzik, beli efek.
Jenama BETA AIVIN - Heavy Metal (HM100). Sebenarnya pergi sebab si budak Sepal  gila nak mengaran. Dari tujuan nak meneman, aku jadi tukang beli pulak. Power betul racun tokey KMC tu. Sepal pula, keluar kedai dengan kembang kempis hidung (bangga) bersama barang berharga hampir RM2000.00.




Balik kepada HM100,
Sekali lihat, terdapat pengaruh Paddle efek BOSS yang agak ketara. dan tidak keterlaluan jika semua manusia yang melihatnya mengatakan ianya klon efek Metal Zone dari BOSS.

Gambar yang aku sertakan ini, memang menunjukkan persamaan yang ada pada kedua nya. Tombol-tombol dan kegunaannya langsung tidak diubah oleh Beta Aivin. Cuma dari segi Finishing dan Graphik nya sahaja yang ada perbezaan.


Badan Efek yang diperbuat secara Die - Cast Metal, menjadikan efek ni agak sama kuat binaannya dengan BOSS. Kalau waktu gig, atau jamming, Puaka Gua Kepura masuk dalam kepala, korang lompat atas efek ini  pun , mungkin tak jadi apa. Tapi elok tak payah la. Ni bukan BOSS tahun 90an..


Bunyi? dalam waktu yang singkat, aku berekperimentasi dengan HM100 ini, aku dapati, memang ada bunyi Metal Zone. tapi tidak 100%. Cuba mencari setting lama yang selalu aku gunakan di Studio, aku gagal menjumpainya. Mungkin faktor Amp aku yang cuma 15watt. Nanti kalau ada masa, aku akan cuba dengan Amp 60watt. Mungkin juga telinga aku dah mula menuli.



Dari segi teknikalnya, sama sahaja dengan Metal Zone.
HM100 ini menggunakan punca kuasa dari adapter atau pun bateri 9volt



Persamaan dengan Metal Zone, body yang kuat dan harga separuh lebih murah dari Metal Zone, sebab tu aku beli efek ni.

Sekarang aku sudah boleh main lagu Unusual You dari Britney Spears versi Metal !!!!!!!


No comments:

Post a Comment