Mesti tak pernah punya.
Hari ni, aku pergi beli sayur dalam peti sejuk.
Ya.... peti sejuk!!!!!!
Tapi sebenarnya, lebih sesuai jika dipanggil bilik sejuk sebab saiznya yang besar.
Kat dalam bilik tu, ada jual sayur segala macam jenis, fish and meats serta barangan frozen yang lain.
Nama tempat ni ialah LYC Plantation bla bla bla aku tak brapa ingat. Kalau korang pergi area Indera Mahkota, lalu Jalan kampong Tiram, mesti jumpa tempat ni.
Memang ada satu lagi LYC yang agak besar dekat area rumah aku, tapi sayur dia tak sehebat LYC di Kg Tiram ni.
Memang la, kalau setakat nak beli sayur, tak perlu bawak keta sampai 10km. Sekitar rumah aku ni pun, ada 5-6 supermarket dan minimarker, tapi semenjak aku jadi Veggie ni, terpaksa cari sayur yg pelik-pelik la. Takkan hari hari nak makan Kobis?
Kat LYC ni, dia ada sayur yang aku sendiri tak pernah tengok. Ada rupa macam raksasa, macam ulat, macam dot dot dot.... dan macam - macam lagi. Yang tukang jual tu pun tak reti nak cerita sayur tu patut dimasak macam mana. Cuba kamu bayangkan, sawi sahaja, ada 4-5 jenis. Sawi jepun, Sawi Korea, Baby sawi dan sawi-sawi lain. Kemudian, cantik-cantik lak tu.... menguning bunga sawi tu.
Cara derang susun sayur tu pun lain macam, sayur jenis daun ni, mereka susun berdiri agar tidak bertindih tindan satu sama lain dan akhirnya menjadi tidak segar.
Suhu dalam bilik tu, tak de lah takat beku, sebab aku tengok ais tempat letak udang tu, mencair. Cuma memang sejuk lah, mungkin dalam 4-5 Celsius. Berasap-rasap dalam tu. Mamat yang kerja dalam tu pun, berbungkus macam eskimo sesat. Ye lah kan, sejuk. Aku masuk dalam tu, tak bleh lama-lama, takut kena frost bite... hahaha...
Kat ujung sebelah kiri, ada mamat pakai cap tu, dia tu lah yg tukang timbang sayur. Sambil timbang, sambil menggigil. |
Ni gambar bunga sawi. Sorry la, angle gambar pelik dan ada objek yang tidak perlu masuk sama. Aku amik sorok-sorok, malu kat orang amik gambar dalam peti sejuk. |
Satu soklan yang masih belum terjawab.... Apa perlu derang buat macam ni?
No comments:
Post a Comment