Thursday, January 6, 2011
Hujan
Hari ni hujan.
Dan aku ni sorang yang suka akan hujan. Orang lain, benci hujan (cuaca buruk). Tapi aku sukakannya.
Mungkin kerana cas-cas yang terhasil dari hujan itu, mengaktifkan sedikit keseronokkan di satu tempat di dalam diri aku.
Cuaca hujan juga mencetus saraf kreatif aku berfungsi.
Pagi tadi, ada sedikit ruang kosong, aku meletakkan jari-jari kiri aku pada fret akustik yg ada di bilik kerja aku. Terkeluar riff-riff yang dah lama aku tak petik.
Malangnya, tangan malas aku ni, tak berdaya menghabiskan satu lagu. Dah lama jari ini tak menjalar di 22 fret gelap rosewood, lenguh.
Saya suka hujan........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment