Saturday, January 8, 2011

Let's Brew the coffee

Tahun 2010 itu hari, budak Bface kasi sama aku coffee maker ( TQ bro). Semenjak itu, aku jadi gila mencipta resepi kopi.
Bosan seh minum kopi + gula atau kopi + susu.
Bereksperimentasi dengan pelbagai ramuan. Akhirnya, setakat petang tadi, ini lah resepi yang aku rasa kena dengan tekak aku.

Coffee
Paling penting kat sini. Carilah kopi yg bagus sikit. Kopi cap kapal api, atau cap hang tuah, tak masuk senarai. Sebab kopi ni banyak campur dengan pewarna dan perisa.
Carilah jenis serbuk yang baik sedikit seperti Serbuk dari BonCafe
atau aku suka dengan biji kopi berperisa kapucino yang aku kisar sendiri guna blender utk menjadikannya serbuk.

Pemanis

Boleh je guna gula biasa. Tapi alangkah indah nya, jika gula itu di jadikan syrup. Masaklah atas api sampai jadi cecair pekat. Aku suka tambah perisa vanilla. Korang boleh cuba dengan perisa lain. Tapi bagi aku, vanilla ni best sebab dia biasanya boleh bekerjasama dengan apa-apa menda tanpa konflik rasa yg kronik. senang kata, vanilla masuk dengan apa saja. Syrup vanilla ni, boleh juga dicampurkan dengan teh. Jadi teh vanilla. Kalau tekak korang memerlukan sedikit rasa bitter sweet symphony, masa masak syrup tu, campur 2-3 biji cengkih.

Whip Cream
Aku guna whip cream utk menggantikan krimer. Menda alah ni biasa ada jual disupermarket kat bahagian cheese. Whip cream ni biasanya org makan dgn strawberri. Tapi aku letak sebagai topping coffee aku.

Choco Sprinkles
Serbuk koko. Senang cerita, serbuk milo pun boleh. Kalau rajin, korang 'grate' / kukurlah choco bar. Choco ni akan bertindak sebagai after taste masa ko minum nanti. Aku tabur atas whip cream.

Hasilnya?
Lebih best dari StarBuck... minum sampai kembung!!!!!!

No comments:

Post a Comment