Letih juga nak pikir tajuk selepas aku dapat sekeping gambar dari seorang kawan melalui Email.
Sebelum korang tengok gambar tu, aku nak cerita sikit pasal tajuk tu.
Ianya cuma bahan kelakar saja. Maksud sebenar, musim org buat kenduri kawin ni, belum abis lagi ka?
Memang lah, tak de fatwa yang dikeluarkan oleh mana-mana negara dalam dunia ini, perkahwinan mesti dijalankan pada waktu-waktu tertentu. Tetapi di sini, biasanya, org buat kenduri masa cuti sekolah. Pantang cuti, maka ramai lah yang kahwin.
Baru sekejap tadi aku ke kedai peralatan elektrik untuk membeli satu barang, disebabkan barang yang aku mahu tu tiada dalam kedai, amoi tu tunjuk sama aku katalog barangan jenama tersebut. Dalam banyak-banyak barang yang ada tu, ada satu ruangan Bargain, iaitu beli barang pada satu harga tapi dapat 2. Amoi tu siap cakap, ni musim raya cina, melayu banyak mau kahwin. Dia suruh aku beli buat hadiah. Tak kuasa aku. Lagipun, tak de sedara aku nak kahwin.
Punyalah hebat orang melayu kahwin, sampai cina pun sibuk ambil tahu. Dan nampaknya, sempena raya cina ni, aktiviti kenduri kawin rancak kembali.
Baguslah derang kawin. Sekurang-kurangnya, kes-kes tak best dalam harian metro boleh dikurangkan. Mak-mak andam dan bebudak DSLR ada job.
Waktu org kawin ni, semacam pesta rama. Semua orang cantik cantik dan berlumba-lumba nak jadi super best.
Dan ini lah jadi nya:
Adeh!!!!! Menurut cerita, kejadian yang tidak diingini ini berlaku disebuah kenduri belah-belah Temerloh sana. Minah tu, Melayu. Dan mengikut BF dia ke kenduri tu. Makcik-makcik kat situ, tersembul biji mata, dan ada yang pengsan melihat gelagat minah tu.
Macam-macam spekulasi kawan-kawan aku buat. Tapi aku rumuskan, minah ni silap cara berpakaian. Sepatutnya, dia pakai inner/ lining atau tube disebelah dalam. Tapi minah ni terus sarung macam tu sampai nampak isi berlipat sirat dan selulitnya.
Aku tumpang kasihan sama BF dia yang ntah apa apa tu.
No comments:
Post a Comment