Tuesday, January 18, 2011

Canon PowerShot SX30 IS



Berberapa tahun kebelakangan ini, penggunaan kamera DSLR semakin mendapat tempat dihati orang-orang Malaysia. Aku percaya, ianya berkait rapat dengan dunia sosial maya seperti Blogging, Facebook dan Forum.

Trend manusia sekarang yang kembali suka kepada gadjet2 bersaiz bagak, semakin menular. Lihat sahaja saiz talipon yang kembali memenuhi poket seluar dan handbag Coach kita.

Begitu juga halnya dengan kamera. Semakin ramai memilih untuk menggunakan DSLR yang 'bulky'. Malahan, diantara model2 DSLR itu, terdapat berbagai saiz. Contoh, saiz D3100 dengan D90 Nikon.
Antara komen yang pernah aku baca, D3100 kecik sangat. Tak best pegang.  Tapi bagi aku la, semua tu ayat penyedap untuk menghalalkan poket bocor lebih besar dengan memilih model yang lebih superior. Aku mungkin salah, tapi kebenaran dan logika masih disitu.

DSLR ini sebenarnya, ada satu gadget bagi orang yang mempunyai banyak masa, dan cukup gila untuk berhabis masa dan wang utk membuat hobi ini. Tidak dinafikan, ada orang beli untuk buat JOB, tapi berapa ramai?
Dah ada DSLR, mesti mau upgrade itu dan ini. Lensa, tripod, aksesori macam-macam dan segala jenis menda yang terfikir untuk dibeli. Hobi ini biasanya dijalankan dalam kumpulan. atau habis koman, jumpa dalam forum dan laman sembang maya. Masa tu lah terkena racun. Last-last jadi upgrade sana sini. Hutang kad kredit Max out. Bila ada DSLR juga, mesti nak berlaptop/ PC yang bagus.... habis pulak duit kat situ. Aku kenal sorang mamat tu, abis dalam rm12 000 untuk main kamera tangkap gambar ketam dan tiang lampu. Apa-apa la Dol, janji ko bahagia. Dan aku bukan nya anti DSLR... aku suka apa... dah jatuh cinta ngan satu model tu. Ni aku tengah cari sugar mummy untuk sponsor aku......

Ok bagi yang malas nak pikir pasal kerenah DSLR, mereka masih ingin kan sesuatu yang memberikan imej profesional ketika mengambil gambar. Jadi wujudlah kamera2 yang rupanya hampir sama dengan DSLR, tetapi berlainan fungsi. Ada banyak model-model yang fizikalnya macam DSLR tetapi ianya bukan.

Canon PowerShot SX30 IS merupakan sebuah KD yang datang dengan fungsi zoom yang cukup menarik. Pembesaran 35x adalah satu angka yang besar. KD ini, diberi jolokan nama sebagai Stalker Cam iaitu kamera skodeng.

Cuba lihat video ini. Kalau tidak skodeng, apa benda ni?





Menarik kan? kalau beli DSLR, untuk mendapatkan hasil sebegini, kamu kena tukar Lensa nya dulu. Dan harganya sudah tentu mencecah ribuan ringgit.


Antara ciri menarik yang terdapat pada kamera ini ialah:



Colour Accent- hanya warna tertentu yang dipilih sahaja muncul, latar belakang hitam putih. Kalau pakai DSLR, rasanya kena edit dalam photoshop dulu.SX30, ada fungsi ini.
Fungsi yang aku paling suka.






Miniature Effect- Gambar jadi macam Deorama, seperti patung.
Kalau amik gambar ni dari tingkat 20 hotel Cititel, mesti best.




Fish Eye Effect- gambar menjadi cembung.







Ini ialah carta perbandingan diantara 3 model yang lebih kurang sama harga dari canon. Dengan nilai duit yang ada, SX30 menang best. HD video beb!!!!!
Ini perbandingan money-value. Bukan dari sudut profesionalisme.
Lagi spesifikasi DISINI .




Ni sedikit video teaser.....aku suka sama cara mamat ni manipulasikan skrin LCD kecik tu. Best...!!!!



No comments:

Post a Comment