Monday, January 31, 2011

Big Trouble - Dave Barry

Di awal tahun 2000, aku banyak menghabiskan masa di Popular dan MPH. Kedai Buku.
Kadang-kadang, merayap -rayap di kedai novel terpakai untuk mendapatkan buku-buku murah, yang mana, bila dah habis baca, boleh dijual semula kepada kedai tersebut.

Kakak aku yang sulung pun, hantu novel juga. Tapi taste orang pompuan ni lain sedikit. Lebih kepada novel yang serius dan berfakta. Nasib aku baik kakak aku tak minat novel cintan. Kakak aku ni, dulu Rockernita, mana ada masa layan novel cintan sambil dengar lagu mendayu-dayu? Cerita seram pun dia tak minat. Jadi, banyak novel dia aku pinjam tak pulang semula. Ha ha. 



Novel Big Trouble ni aku beli dalam tahun 2001. Tertarik dengan nama pengarang DAVE BARRY, seorang kolumnis , rocker dan seorang pemenang Pulitzer Prize. Pensyarah aku dulu, suka menggunakan bahan dari Encik Dave di dalam kelas Literature kami. Jadi, Dave Barry ni bukan pengarang yang asing bagi aku.



Perkara kedua yang menarik perhatian aku adalah dengan tertera di kulit buku ini yang novel ini akan di buat movie.
So aku beli lah.

Plot dia sebenarnya, ntah apa-apa juga. Kisah sekumpulan manusia yang saling tidak mengenali, tiba2 jadi berkait di dalam berberapa insiden yang berlaku secara kebetulan. Eleman kelakar, cukup banyak dan ada yang tak masuk akal. Ok lah, kalau nak serius-serius sangat, baca buku teks matematik darjah 4 laaa...ini novel untuk santai.
Novel ini telah dibikin movie pada tahun 2002 lakonan Tim Allen dan Rene Russo. 

Di bawah ni Trailer untuk movie Big Trouble ni...



Kalau nak tengok ceritanya, di youtube ada streaming dengan pecahan kepada 10 parts/ chunks bermula disini.

Sunday, January 30, 2011

Shopping Dalam Peti Sejuk

Korang pernah shopping dalam peti sejuk?

Mesti tak pernah punya.

Hari ni, aku pergi beli sayur dalam peti sejuk.

Ya.... peti sejuk!!!!!!


Tapi sebenarnya, lebih sesuai jika dipanggil bilik sejuk sebab saiznya yang besar.

Kat dalam bilik tu, ada jual sayur segala macam jenis, fish and meats serta barangan frozen yang lain.


Nama tempat ni ialah LYC Plantation bla bla bla aku tak brapa ingat. Kalau korang pergi area Indera Mahkota, lalu Jalan kampong Tiram, mesti jumpa tempat ni.

Memang ada satu lagi LYC yang agak besar dekat area rumah aku, tapi sayur dia tak sehebat LYC di Kg Tiram ni.

Memang la, kalau setakat nak beli sayur, tak perlu bawak keta sampai 10km. Sekitar rumah aku ni pun, ada 5-6 supermarket dan minimarker, tapi semenjak aku jadi Veggie ni, terpaksa  cari sayur yg pelik-pelik la. Takkan hari hari nak makan Kobis?

Kat LYC ni, dia ada sayur yang aku sendiri tak pernah tengok. Ada rupa macam raksasa, macam ulat, macam dot dot dot.... dan macam - macam lagi. Yang tukang jual tu pun tak reti nak cerita sayur tu patut dimasak macam mana. Cuba kamu bayangkan, sawi sahaja, ada 4-5 jenis. Sawi jepun, Sawi Korea, Baby sawi dan sawi-sawi lain. Kemudian, cantik-cantik lak tu.... menguning bunga sawi tu.

Cara derang susun sayur tu pun lain macam, sayur jenis daun ni, mereka susun berdiri agar tidak bertindih tindan satu sama lain dan akhirnya menjadi tidak segar.

Suhu dalam bilik tu, tak de lah takat beku, sebab aku tengok ais tempat letak udang tu, mencair. Cuma memang sejuk lah, mungkin dalam 4-5 Celsius. Berasap-rasap dalam tu. Mamat yang kerja dalam tu pun, berbungkus macam eskimo sesat. Ye lah kan, sejuk. Aku masuk dalam tu, tak bleh lama-lama, takut kena frost bite... hahaha...

Best pegi sini.... akhirnya, aku beli 6 jenis sayur. Murah lak tu. Ngan sayur di Cameron, jauh lah menang sini. Berkabus semacam je dalam ni. ada makcik tu, masuk pakai selipar, tak sempat 5 minit dia keluar suruh laki dia amik sayur. Sejuk katanya.


Kat ujung sebelah kiri, ada mamat pakai cap tu, dia tu lah yg tukang timbang sayur. Sambil timbang, sambil menggigil.


Ni gambar bunga sawi. Sorry la, angle gambar pelik dan ada objek yang tidak perlu masuk sama. Aku amik sorok-sorok, malu kat orang amik gambar dalam peti sejuk.

Satu soklan yang masih belum terjawab.... Apa perlu derang buat macam ni?

Saturday, January 29, 2011

The Cardigans- For what it's worth

Tidak ada satu band, melainkan band ini yang membuatkan aku rasa seperti sedang mendengar lagu-lagu di zaman woodstock era 70an.

Tiada satu band di dalam dunia ini yang menerbitkan rasa  ingin membeli sebuah volvo estate ( wagon), berhenti kerja dan mengembara ke seluruh dunia.

Band ini di asaskan pada tahun 1992. Berasal dari Sweeden dan merupakan band vokal wanita yang berpengaruh selain dari Cranberries, Garbage dan No Doubt.

Aku mula dengar band ini pada tahun 1997 ketika sebuah lagu mereka di muatkan dalam kaset kompilasi ALTERNATIVE.

Sebelum itu, dengar gitu-gitu sahaja ketika ianya di pasang oleh seorang kawan di studio art kami. Tapi jiwa rebel masa itu, tegas mengatakan, dengar lagu dari band vokal pompuan, kasi malu ibu mengandung.

Tapi akhirnya, aku terpaksa bersetuju. Band ini mempunyai sulaman irama yang cukup harmoni. Mereka tidak segan berekperimentasi dengan alat musik sampingan seperti violin, keyboard dan harmonika.

Kalau korang naik kereta, dari KLIA, bawak mak pak korang baru balik dari Mekah, takkan nak pasang Korn? Walaupun mak aku memang tak de hal, tapi, macam tak best je kan? So lagu dari Cardigans ni sesuai la korang nak dengar santai bersama ahli keluarga. Nak berjiwang pun, banyak lagu-lagu mereka menjurus ke arah itu. Bak kata Encik Kurt Donald Cobain, lagu derang ni, Radio Friendly laaaa....


Ada banyak lagu fames derang, diantaranya ialah Carnival dan Lovefool.

Sempena Gong Xi Fa Chai tahun arnab, kamu layan lah lagu ni:







For What It's Worth

Hey baby come round
keep holding me down
and I'll be keeping you up tonight.
The four letter word got stuck in my head
the dirtiest word that I've ever said
it's making me feel alright.
For what it's worth I love you
and what is worse I really do
oh what is worse I'm gonna run run run
'till the sweetness gets to you
and what is worse I love you!

Hey please baby come back
there'll be no more loving attack
and I'll be keeping it cool tonight.
The four letter word is out of my head
come on around get back in my bed
keep making me feel alright.
For what it's worth I like you
and what is worse I really do
things have been worse
and we had fun fun fun
'til I said I love you
and what is worse I really do!

For what it's worth I love you
and what is worse I really do


p/s: Kamu ada cardigan warna apa?

Friday, January 28, 2011

Musim Mengawan Belum Tamat

Letih juga nak pikir tajuk selepas aku dapat sekeping gambar dari seorang kawan melalui Email.

Sebelum korang tengok gambar tu, aku nak cerita sikit pasal tajuk tu.
Ianya cuma bahan kelakar saja. Maksud sebenar, musim org buat kenduri kawin ni, belum abis lagi ka?

Memang lah, tak de fatwa yang dikeluarkan oleh mana-mana negara dalam dunia ini, perkahwinan mesti dijalankan pada waktu-waktu tertentu. Tetapi di sini, biasanya, org buat kenduri masa cuti sekolah. Pantang cuti, maka ramai lah yang kahwin.

Baru sekejap tadi aku ke kedai peralatan elektrik untuk membeli satu barang, disebabkan barang yang aku mahu tu tiada dalam kedai, amoi tu tunjuk sama aku katalog barangan jenama tersebut. Dalam banyak-banyak barang yang ada tu, ada satu ruangan Bargain, iaitu beli barang pada satu harga tapi dapat 2. Amoi tu siap cakap, ni musim raya cina, melayu banyak mau kahwin. Dia suruh aku beli buat hadiah. Tak kuasa aku. Lagipun, tak de sedara aku nak kahwin.

Punyalah hebat orang melayu kahwin, sampai cina pun sibuk ambil tahu. Dan nampaknya, sempena raya cina ni, aktiviti kenduri kawin rancak kembali.

Baguslah derang kawin. Sekurang-kurangnya, kes-kes tak best dalam harian metro boleh dikurangkan. Mak-mak andam dan bebudak DSLR ada job.

Waktu org kawin ni, semacam pesta rama. Semua orang cantik cantik dan berlumba-lumba nak jadi super best.



Dan ini lah jadi nya:







Adeh!!!!! Menurut cerita, kejadian yang tidak diingini ini berlaku disebuah kenduri belah-belah Temerloh sana. Minah tu, Melayu. Dan mengikut BF dia ke kenduri tu. Makcik-makcik kat situ, tersembul biji mata, dan ada yang pengsan melihat gelagat minah tu.

Macam-macam spekulasi kawan-kawan aku buat. Tapi aku rumuskan, minah ni silap cara berpakaian. Sepatutnya, dia pakai inner/ lining atau tube disebelah dalam. Tapi minah ni terus sarung macam tu sampai nampak isi berlipat sirat dan selulitnya.


Aku tumpang kasihan sama BF dia yang ntah apa apa tu.

Wednesday, January 26, 2011

Barang Free

Omputeh kata, Goodies, Free Goodies
Siapa tak seronok meloncat bila dapat barang free?

Sebut free, percuma, berderu-deru orang pegi.

Jasa dengan perkataan percuma juga, berapa ramai makhluk dah kena tipu dengan geng gores dah menang?

Pokoknya, tak de orang yang tak suka barang free. Walaupun barang free tu, kadang-kadang, tak de guna pun pada orang tu. Tapi sebab percuma tak berbayar, orang rela buat macam-macam sebab benda free.

Kenkadang, benda yang dikatakan free tu, sebenarnya sudah di ambil kira dan dimasukkan dalam kos akhir. Tapi masih dibilang free atas dasar untuk menarik perhatian.

Ingat lagi zaman bebudak dulu?
Ingatkah kamu sama Ding Dang dan Tora?
Kamu beli sebab nak biji-biji coklat bulat  atau mainan kecil yang dikatakan percuma tu? I bet, ramai yang langsung tak makan coklat bulat tu.

Tapi sebab, perkataan percuma tu, Ding Dang cukup ramai peminatnya. Sampai mamat Wahid Satay tu jadi kaya raya berlakon iklan.

Tag line : Ding Dang datang lagiiii dengan permainan bantal golek terbang......       mesti kamu masih ingat iklan best ini masa tengah layan Mask Rider Black petang-petang hari.
 

Kemudian, free dalam konsep 'terjumpa'.  Sedang jalan-jalan, sekali jumpa duit. Seronoknya bukan main. Tak ambil peduli dah hukum ambil duit tu. Janji, aku jumpa, aku simpan.

Derang ni tengah sibuk kutip duit syiling atas hiway di Rembau sana.


Lagi, kita seronok bayar untuk dapat barang free. Hehe... pelik kan?

Bunyi saja pelik, tapi realitinya, memang wujud. Macam baru-baru, ada 2-3 orang mamat dressing ala -ala Indie biol datang sama aku punya opis, mereka jual kupon utk makan free di sebuah Fast food outlet.

Atau, masa kita budak-budak dulu, kita selalu beli tiket kecik untuk menang hadiah yg sedikit besar. Ianya tak silap aku dipanggil main 'tikam'. Kamu mesti pernah try test juga menda alah ni. Bebudak kan...... peduli apa dengan unsur judi tu.



Tu zaman dulu-dulu, zaman sekarang ni, dengan kecanggihan ICT, penawaran barang-barang free ini berlaku dalam bentuk maya. Di wall FB, masa besday itu ari, brapa ramai kasi free hadiah ferari, bunga dan segala menda yang terlintas dek derang utk kasi sama aku. tapi semuanya secara maya.

Kalau dalam emel, kadang2 dapat free 5 days download pass dari uploader. Tu kira macam jumpa duit in real life la. Boleh donlod cerita dengan kelajuan cahaya selama 5 hari. Donlod cerita Lakonan Jasmin Hamid, dalam tempoh 6 minit, mestilah sangat mengujakan.

Dalam emel, juga kenkadang, ada mamat negro mana ntah kata kita dah jadi kaya raya sebab mewarisi duit dari nenek moyang dia ke hapa ntah. dan selalunya, 100% semuanya tipu.

Habis cikai.... ko akan dapat free menda cam kat bawah ni...
Tajuknya kemain punya gempak gegar gempita:

Gambar Noreen Nor Ditepi Laut Bersama Accapan  18SX!!!!!

ko pun dah start fefeeling nak tengok Noreen Nor, tapi akhirnya kehampaan bila klik pada attachment, terlihat clipping yang macam ni...


WTH?  Hahahaha..... Jenaka nya ada disitu.
Dan secara percuma, pada hari itu, hati ko terhibur. Dan tidur pada malam tu, kalau elok-elok mau mimpi sama Noreen Nor, terus ko mimpi sama tok guru kuntau nombor ekor..... haruuuuu!!!

Tuesday, January 25, 2011

Fat Rocker

Cuba kamu kasi list sama aku, brapa ramai rockers yang gemuk?

Susah jugak kan?

Aku ada berberapa nama yang terlintas di otak aku, seperti Elvis Presley , Randy Bachman dan Marvin Lee Aday (Meatloaf).


Pada 18 Mac 2001 di Sepang, aku menyaksikan Ian Gillan dan DP,  perkara pertama keluar dari mulut aku ialah, Wow.... Ian sudah jadi boroi, tapi still boleh tarik lagu WOMAN FROM TOKYO tanpa masalah.Dan Ian berjaya membawa 15 lagu pada malam tu dengan penuh gaya.


Kemudian di lokal scene, kita ada Ijam (kumpulan ubat), Yie Combat , Lan Bear dan bebudak Butterfingers serta adalah 2-3 orang lagi. Mereka ini masih aktif, dan hasil karya mereka hebat-hebat belaka.


Jadi tembam, wa cakap sama lu, ada orang bilang , adalah satu proses penuaan.... tapi menurut Bon Jovi :

"And there are too many people that are my age, that are dying. God, I didn't want to be that! That would be awful! You can see why people get fat, grow old, give up! Because every day is: get up, do the same mundane shit. READ MORE

Ringkas kata, Bon Jovi kata, orang jadi gemuk sebab bosan.

Well, ketika aku tulis ni, aku tengok perut aku... teringat aku pada waktu dulu, kawan-kawan lama, bila jumpa kembali, selalu tegur  aku punya beer belly. Tak de arr besar mana pun, tapi derang tau, rocker tegar macam aku sepatutnya mana bleh jadi gemuk... hahaha

Ayat kaver line aku biasanya, aku sebut:
"Ni, org cina panggey Prosperity" sambil aku tepuk-tepuk perut aku. Derang pun gelak sama.

2-3 hari lepas, aku beli strap untuk si Sonic. Strumming sambil berdiri lompat-lompat ikut jam track Spermbird dan Rancid. Yang kesiannya, gitar tu, tak bleh duk flat, tergantung condong berberapa darjah dek sangkut sama aku punya perut. Pastu, bila palm-muting, tertekan gitar tu ke badan aku , last-last kena stop. Gastrik melanda... Fail!!!


Tapi ye lah kan, aku bukan rockstar. So aku tak brapa peduli lah sangat. Cuma jadi mental bila pikir, rocker gemuk, mana masyuk pakai seluar bell bottom dan Tshirt Iron Maiden?

so start petang esok, aku nak lari keliling tasek sambil teropong awek UIA.... korang nak join?

Mungkin juga elok aku layan RAP sebab artis RAP gagap ni banyak yang gemuk-gemuk.


p/s: Aku tetap menyayangi Jasmin Hamid dan Amy Mastura
       kalaupun mereka jadi gemuk.

Monday, January 24, 2011

Apocalyptica : I Don't Care


I Don't Care lyrics

I try to make it through my life, in my way, there's you
I try to make it through these lies, that's all I do

Just dont deny it.
Dont try to fight this
and deal with it
and that's just part of it

If you were dead or still alive
I don't care, I don't care
just go and leave this all behind
'Cause I swear (I swear)
I don't care


I try to make you see my side
I always try to stay in line
But your eyes see right through
That's all they do

I'm getting buried in this place.
Ive got no room your in my face.
Don't say anything just go away.

If you were dead or still alive
I don't care, I don't care
just go and leave this all behind
'Cause I swear (I swear)
I don't care

Not changing everything
'Cause You won't be there for me
Not changing everything
'Cause You won't be there for me

(Piano Solo)

If you were dead or still alive
I don't care, I don't care
just go and leave this all behind
'Cause I swear (I swear)
I don't care
If you were dead or still alive
I don't care (I don't care), I don't care (I don't care)
just go and leave this all behind behind
I don't care (I swear) I don't care
At all.




Sunday, January 23, 2011

Yong Tu Foo Hangit

Negara multi-racial macam di Malaysia ni, kita tak pelik sangat dengan bermacam jenis makanan dari berbilang etnik.
Sebut nak makan apa, pusing 360 darjah, mesti ada satu arah yang akan membawa korang ketempat makan itu.

Nasi lemak, sebagai contoh, macam-macam jenis ada. Pernah aku jumpa Nasi Lemak Amerika. Haha, bila masa pulak Eminem makan nasi lemak. Di KB, aku jumpa nasi lemak kaler hijau... memang hijau sehijaunya... Aku ada gambarnya, tapi tak brapa cantik sangat. Jadi tak perlu aku tempek kat sini.


Maksud aku, satu jenis hidangan tu, ada beribu orang yang mengusahakannya. Jadi untuk menjadikan produk mereka hebat dan dikenali ramai, mereka akan mencuba sesuatu yang baru dan lain daripada lain. Orang Malaysia, suka macam tu.

Berbalik  pada kisah Yong Tau Foo hangit aku ni.
Kedai YTF ni terletak di Food Court Kinta City (Jaya Jusco) Bercham, Ipoh. Sini memang tempat aku pegi makan siang malam masa aku duk Ipoh berbelas tahun dulu. Dan antara makanan favourite aku ialah YTF dan Nasi Ayam Hainan.


Habis urusan aku di Ipoh, aku balik menetap di Negeri aku ni. Semenjak tu, aku tak pernah jumpa lagi YTF dan Nasi Ayam sehebat Ipoh punya.


Aku bukan lah nak membesar-besarkan cerita. Tapi memang makanan di Ipoh ni, terutama Chinese food, memang terbaik.

Semua pernah makan YTF kan? Kat pasar malam Danau Kota atau Pekan Sehari Temerloh pun ada. Tapi apa yang membezakannya dengan Ipoh mali YTF?

Pertama, gravy dan sosnya memang homemade dan bukan jenis dituang dari dalam botol yang dibeli di Giant. Seingat aku, dulu ada 3 jenis sos iaitu sos sotong (warna hitam), sos cuka bawang putih dan sos biasa. Yang paling best, sos sotong tu lah. Ada rasa sotong. Ianya diberikan jika korang amik sayur kangkung dan sejenis benda yang dibuat dari tepung yang rupanya macam laksam yang belum dipotong.

Di atas YTF tadi, setelah diletak sos, mereka akan sprinkle biji bijan. Dan sememangnya, aku tak pernah jumpa lagi tempat lain yang buat macam ni.

Baru-baru ni, setelah berbelas tahun aku tak ke sana, dapat peluang pergi ke Kinta Cinty, so aku pergi lah mengadap kedai Nasi Ayam dan YTF tu.

Terkejut aku, kedainya masih ada ditempat yang sama tapi dengan pengurusan baru. Tokey kedua-dua kedai tu aku kenal sebab muka ensem aku memang ada pegi makan kat kedai derang boleh dikatakan tiap-tiap hari.

Paling menarik, mereka ubah sedikit cara penyediaan YTF tu. Cara biasa, mereka akan rendam dalam air panas utk melembutkan YTF tadi. Cara baru, derang goreng (deep fry)  dalam minyak hangit selama berberapa saat. Mula-mula, masa aku lihat tu, menyumpah jugak aku... WTF? minyak busuk? ahhhh mesti tak best...
Aku amik dan bayar dan terus bawak kemeja. Apa punya sengal cina tu goreng aku punya YTF. Aku datang jauh-jauh dari Puncak Pahang ni, derang buat main-main pulak. Ampesss...

Sedih je aku nengok ketul-ketul YTF hangit kaler ceklat
tu. Dah jadi keras macam popia la pulak. Bau pun hangit dan sedikit tengik.

Sebab dah amik kan, so aku makan lah juga.
Masuk je dalam mulut, kunyah satu........ kunyah dua.... BOOOOOMMMMMm!!!!

YTF dah kehilangan elemen warna bila di goreng garing. Tapi rasanya jadi lagi sedap.


Sekali dia punya rasa meletop dalam mulut aku. Wow... best nye.
Minyak hangit tadi merupakan minyak bijan (sesame oil). Mereka goreng hangit bagi membuatkan  sesame tu melekat dan jadi bold dalam mulut korang. Aku makan tak bersisa.... Hehe... ni tengah rindu sama YTF derang... nasib baik Kuantan-Ipoh dalam 400km, kalau dekat macam pergi Midvalley, malam ini juga aku pergi.

Aku jugak amik nasi ayam yang kini di panggil nasi ayam hainan. Dulu apa nama ntah, aku dah lupa. Tokey dah lain. Harga pun dah mahal serta ada banyak pilihan dari segi serving ayam tu.
Dulu ayam madu (roasted honey chicken) je. Dan rasanya tak sesedap dulu. Sup dia dah jadi tak best. Tapi, sedap dari nasi ayam di ciken rice shop tu...

Nasi Ayam Hainan Golden Roasted

Tokey kedai tu, punya lah baik dengan aku, siap dia bagi resepi sup nasi ayam dia kat aku. Mana taknya, tiap tiap hari ada muka aku, kalau tak tengah hari, malam aku pergi. Gila kan? Aku siap belajar cara masak sup tu dengan dia kat dalam dapur dan dulu-dulu selalu aku buat sup tu.

Aku tak mo cerita cara nak buat, cuma bahan-bahan yang digunakan untuk sup tu agak pelik dan memang best pada rasanya.

Sup derang ni, antara bahan utama dia adalah lobak masin. Dibasuh sekali lalu dibawah air paip bagi mengurangkan masin dan membuang kotoran. Derang tak guna garam dah sebab lobak ni dah masin. Untuk masin atau tawar sup korang, kena ejas di peringkat lobak ni, banyak korang letak jadi masin, dan sebaliknya.

Kemudian derang guna sotong kering. Haaa... ye arrr... sotong cam kat bawah ni. derang potong memanjang halus-halus.



Kaki ayam dan leher ayam juga adalah aksesori standard.

Kemudian, yang paling penting, mereka guna kacang tanah dalam sup derang. What the hell kan?  tapi tu lah realiti nya. Kacang tanah ni, derang rebus asing sampai empuk . Kenapa perlu di rebus asing?

Sebab, kalau rebus sekali, sup korang jadi kaler merah. Hahaha... lama gak arrr kena rebus kacang ni, supaya kaler dia jadi betul-betul putih, dan air kena top up selalu.

Ada 2-3 bahan lain seperti akar teratai dan kurma cina yang derang  gunakan sekali. Rasanya memang sedap la... dan sebenarnya, mengikut apek tu, sup ni, masak bukan kerana nak makan isi yang ada dalam sup, tapi cuma nak kan sup itu sahaja. Bahan -bahan itu cuma perisa sahaja.

Sebenarnya, sepanjang aku duk di Ipoh, aku tengok budaya orang melayu memang mesra dengan masakan cina ni. Minum, makan di kedai cina, adalah perkara biasa. Variety makanan yang ada di Ipoh kalau aku cerita, 10 pages pun tak abis. Tu belum lagi cerita pasal masakan Melayu area Bota- Layang dan Kg Gajah..... Indian food area Medan Kidd ....



Ni dekat area Stesen Keretapi. Waktu malam, dulu-dulu, banyak warung masakan panas. Sekarang aku tak tau. Dulu pergi sini makan satay Ipoh sambil layan Liverpool lawan Manchester United. Teman sokong Liverpool, kata Ahmad dari Manjoi...

Kalau pergi Ipoh, jangan pergi makan KFC. Makan menda lain. Dan jangan lupa minum white coffee Ipoh. Stim!!!!

Saturday, January 22, 2011

Kugiran Di Tepi Pantai


Hari panas, cuaca comel, tiada tempat yang lebih baik melainkan berada di tepi pantai baring-baring di atas hammock layan MP3 lagu irama Surf oleh Kugiran Di Tepi Pantai ( Band Orang Kampong aku ni).



Tempat aku, Kuantan de Palma ni, memang banyak pantai-pantai indah lagi menarik. Batu Hitam, Cherating dan Telok Chempedak antara tempat yang tersohor. Tapi, pantai-pantai tu untuk Tourist. Local macam aku, tak pergi tempat overexposed macam tu.

Dari sempadan Kemaman sampai ke Penor (pekan), ada hampir 100km pesisir pantai. Orang tempatan, mencari tempat-tempat yang tidak menjadi tumpuan pelancong  untuk bersantai.

Kelemahan bila pilih tempat terpencil adalah , korang tak de kemudahan asas seperti tandas dan gerai makanan. Tapi, timbal balik dengan keseronokan yang dapat dengan tiada makhluk lain berdekatan dengan anda. Terlampau terpencil pun tak bleh juga, bahaya... nanti kena pau.

Aku suka pegi area Pantai Kempadang dan juga Pantai Sepat. Jarang -jarang, aku terjah ke Penor utk Surf Casting.

Matahari Terbit. Kalau Pantai disebelah Selangor sana, korang enjoy matahari terbenam, sini, korang bleh layan matahari terbit dengan syarat bangun awal laaa....
Port paling best ialah di Kempadang. Amik chalet untuk day use dalam RM100, korang dah boleh selesa banyak. Puas duk berendam dalam laut, lompat masuk swimming pool . Kalau nak murah lagi, RM30 A type chalet pun ada. Korang usyar sendiri lah di Kempadang sana.

                                                                                                                                  
Laman di depan chalet
Orang pun tak ramai, dan pantainya bukan terletak di jalan utama. Jadi memang damai kepala otak.
Amik gambar dengan Nikon Compact aku. Malas nak edit.

Bagi orang-orang yang duk KL dan California sana, meh la pegi berendam di Pantai yang ada di Kuantan. Jangan pergi tempat Tourist, cari pantai yang kurang glamer.
Nak pindah beranak pinak di sini terus pun tak pe. Duk KL, jem sana sini, otak boleh kusut. Nanti cepat kena hipertensi.........

Tapi ye lah kan, kat Kuantan ni, mana ada Mid Valley dan Time Square dan Burger King.

Friday, January 21, 2011

Eskiyus mi







Now, if you'll excuse me........ I'm going to go on an overnight movie marathon. Starting with, Pendekar Badul (1978). See Ya!!!

Thursday, January 20, 2011

Purnama - Search



Search - Purnama

Purnama ku menjelma
Hilanglah gelisah
Lenyaplah rinduku
Di dalam sukma

Aku puja cahayamu
Bersinar berkilau
Terpanah berkhayal
Terbitlah cinta

Tapi kau tertipu cahaya mu itu
Bukanlah rindumu untk diriku
Hanya anganku berkata
Andainya engkau milikku
Ku jadikan kau
Mahkota utk segalanya

Tapi engkau selalu berpura
Menghilangkan dirimu sentiasa
Kau menjelma ada masanya
Kau berlindung di sebalik sang mega

Purnama Gila

Semalam, aku dihimpit orang sewel di jalan raya. Sampai di ofis, boss buat muka macam askar Jepun tercekik petai. Makcik di cafe pun tarik muka kelat, sekelat air kopi yang dia buat.

Pagi tadi, ketika memandu keluar dari siarpandu rumah aku, terpandang Purnama kira-kira setinggi pohon kelapa di langit.

Itu lah jawapan kepada peristiwa yang berlaku pada hari semalam.

Sedar atau tidak, mana-mana etnik dan masyarakat didunia, samada yang kuno bercawat atau yang moden lagi urban, percaya kepada satu fenomena yang di panggil " LUNAR EFFECT".



Ianya adalah Teori Pseudosaintifik yang bertindan dengan teori sosiologi, psikologi dan fisiologi, mencadangkan bahawa tingkah laku manusia berubah bila mana berlaku Purnama atau bulan penuh.

Walaubagaimanapun, sampai ke hari ini, masih tiada satu kajian pun dapat mengesahkan kejadian ini secara relatifnya.

Diseluruh dunia, pada ketika Purnama, dilaporkan polis dan kakitangan di unit kecemasan sibuk melayan kerenah mangsa  LUNAR EFFECT. Dan jika berlaku sesuatu yang pelik, frasa
There must be a full moon out there”yang bermaksud, di luar sana mesti ada bulan penuh , adalah bukan asing.

Kita juga di lambakkan juga dengan insiden paranormal yang dikaitkan dengan Purnama, seperti Tukang Sihir Fedora akan bermentera memuja semangat puaka, Pontianak akan berkeliaran dan Serigala Jadian akan muncul.


Bagi aku, ini lebih kepada sinikal dan tidak begitu masuk akal.

Aku teringat pada suatu ketika dahulu , di DV8 Petaling Jaya, bersama Ahmad, Badar dan Jorgen Stein. berlaku sedikit kekecohan di bahagian belakang, dan ianya melibatkan Jorgen dan juga Ahmad dengan sekumpulan budak cina. Tetapi, berjaya diselesaikan dengan baik. Antara kata-kata Jorgen kepada aku ialah... " It's a blardy full moon, let's drink to it" . Dan aku hanya mengangguk keliru dengan apa yang berlaku dan apa kaitannya dengan bulan penuh.
Seorang Dutch, modern dan atheist, masih lagi percaya kepada benda yang superstitious seperti itu. Kini aku memahaminya.

Lunatic- Bermaksud orang gila dan berbahaya kepada orang lain
Lunacy- Adalah tingkah laku yang dilakukan oleh si Lunatic
Looney- Gila
Lunar -   Berkaitan dengan bulan. Bulan.
Luna-     Sejenis kaler pensil oleh steadler yang kita guna masa
               budak-budak dulu.... hehehehe

Nampak? Persamaan dalam guna pakai perkataan Inggeris tersebut?


“It is the very error of the moon,” wrote Shakespeare in Othello. “She comes more near the earth than she was wont, And makes men mad.”

Ini pula di tulis Shakespeare.

Mnegikut kata orang, bumi ini 80% adalah air, dan manusia juga begitu juga, 80% adalah air. Jadi, bila Purnama, ia akan menyebabkan berlaku pasang surut besar pada air laut. Ada orang bilang, ianya turut menyebabkan manusia pasang surut pada bahagian mentalnya.
Hahaha, orang yang buat teori tu, mesti tengah mabuk.
Tapi mungkin juga. Medan magnetik? atau apa sahaja yang memungkinkan perubahan pada mental manusia? Siapa tahu?



Adakah Fenomena ini betul terjadi?

Ntah la. Kalau tanya pada polis-polis dan kakitangan wad kecemasan, mereka mungkin akan mengiyakan nya. Kalau tanya saintis, mereka tak habis kaji lagi. Kalau tanya Ostad, dia kata tu semua sebab kurang iman.

Pokoknya, kamu percayalah apa yang kamu nak percaya. Bagi aku, untuk mempercayai Fenomena ini, tidak salah dari sudut akidahnya.
Atau manusia memang suka membuat kekacauan di muka bumi AlLah, dan menyalahkannya kepada entiti lain?

Kalau rasa nak menggila bila time Purnama, elok lah pegi main Laser Tag seperti Barney Stinson di dalam How I Met Your Mother. Jangan menggila di atas jalanraya dan bikin aku panas hati sepanjang hari.

Wednesday, January 19, 2011

Terbiar Tak Bertuan

Hobi pelik aku.
Sejak aku kecik lagi, aku ada satu perasaan tertarik kepada benda-benda yang terbiar dan di tinggalkan seperti kereta buruk atau rumah kosong.
Normal lah tu kan? budak-budak.
Tapi semakin aku dewasa, semakin kuat perasaan untuk berada dekat dengan objek-objek sebegitu.
Perasaan itu makin kuat tercetus selepas aku pergi ke Istana Kellie di Batu Gajah Perak pada umur aku belasan tahun. 
Di tambah pula dengan menonton cerita KAMI lakonan Arwah Sudirman yang ada babak menunjukkan mereka menjadikan rumah tinggal sebagai tempat mereka berteduh,





Istana Kellie di Batu Gajah. Hattan pernah buat video klip disini. Lagu apa aku dah lupa.

Suatu perasaan seperti terhubung dengan bangunan itu membuatkan aku selesa di persekitaran sebegitu.

Ketika aku sambung study di Shah Alam, selalu aku merayau-rayau melihat bangunan-bangunan tinggal dan kadang-kadang mencarinya sampai ke Kuala Lumpur. Paling suka pergi ialah rumah doktor benggali di seksyen 2.


Rumah Kedai tinggal yang ada pokok tumbuh di dalamnya.

Seterusnya, aku berada pula di Ipoh selama 3 tahun. Disini lah aku betul-betul naik hantu dengan bangunan tinggal.

Pokok ficus memang suka tumbuh di kawasan rumah tinggal. Kebaikan pokok ini ialah, pokok-pokok renek yang lain kurang tumbuh disekitarnya kerana kanopi pokok yang lebar dan padat menyebabkan cahaya matahari terhalang. Cantik dan menyeramkan. seperti ada orang yang jaga rumah ni....

2 orang sahabat karib aku pada masa itu pun, peliknya, mempunyai hobi yang sama. Kami menjarah rumah-rumah tinggal tidak kira siang atau malam. Selalu bertempiaran di kejar anjing atau orang gila yang menjadikan rumah tersebut tempat tinggal mereka. Kami hanya sekadar merayau, tidak pernah mencuri atau mengambil apa -apa dari tempat yang kami pergi.


 Rumah Agam Falim di Falim,  Ipoh. Pernah 2-3 kali pergi tetapi tak boleh masuk. Ada org jaga

Ipoh memang kaya dengan rumah rumah agam (mansion) yang ditinggalkan. Ada diantaranya langsung tidak dijaga, dan masih banyak barang-barang tinggalan di dalamnya.

Aku juga mula bereksplorasi dengan kawasan-kawasan industri lombong seperti di kawasan Kopisan dan Lawan Kuda. Jentera-jentera kuno berkarat menarik perhatian aku. Masa tu, besi ni tak de harga. Bersepah sepah besi buruk berbagai jenis di tepi-tepi lombong mega.
 Ini ialah Makam Panglima Teja yang terletak di Kota Bharu/ Lawan Kuda, Batu Gajah. Besar kubur ni. Sama besar dengan Bas. Tak salah aku, masa panglima ni mati, dikuburkan sekali dengan 7 orang dayangnya. ikut suka ati korang nak percaya atau tidak. Tapi yang pasti, Boss aku di Ipoh dulu, keturunannya dari Panglima Teja ini lah. Sebab tu Kumpulan dia di beri nama TEJA (Kau yang tak mengerti)

Apa sebenarnya yang aku cari?

Ntah! Perasaan itu sukar digambar. Cuma perasaan selesa berada disitu membuatkan aku terus kesana. Yang pasti, pada masa aku disitu, apa yang bermain di otak aku adalah khayalan tentang manusia yang pernah menghuni, jadi tuan disitu. Melihat pada artifak yang ada, cuba di gambar kembali cara hidup mereka dan perasaan yang ada tertinggal berbekas di tempat itu. Semua itu memberikan ketenangan dan inspirasi kepada aku. 2 orang kawan aku tadi, aku tak pernah tanya. Cuma derang kata BEST je...


Selepas dari Ipoh, aku tidak begitu meneruskan hobi itu lagi. sekali sekala aku pergi juga ketempat yang sebegitu, cuma ianya telah dijadikan sebagai tempat org melawat. Contohnya seperti Muzium perperangan di Penang, Lombong Sg Lembing dan berberapa tempat lain.
 Cuba lihat pada warna dan corak yang terhasil di dinding ini. Menarik?

Muzium perperangan di Batu Maung Penang

Jikalau ada manusia yang minatnya seperti aku, emel saja sama aku, dan mari kita sama-sama menjarah rumah-rumah lama.

* Kredit kepada tuan punya gambar.

Tuesday, January 18, 2011

Canon PowerShot SX30 IS



Berberapa tahun kebelakangan ini, penggunaan kamera DSLR semakin mendapat tempat dihati orang-orang Malaysia. Aku percaya, ianya berkait rapat dengan dunia sosial maya seperti Blogging, Facebook dan Forum.

Trend manusia sekarang yang kembali suka kepada gadjet2 bersaiz bagak, semakin menular. Lihat sahaja saiz talipon yang kembali memenuhi poket seluar dan handbag Coach kita.

Begitu juga halnya dengan kamera. Semakin ramai memilih untuk menggunakan DSLR yang 'bulky'. Malahan, diantara model2 DSLR itu, terdapat berbagai saiz. Contoh, saiz D3100 dengan D90 Nikon.
Antara komen yang pernah aku baca, D3100 kecik sangat. Tak best pegang.  Tapi bagi aku la, semua tu ayat penyedap untuk menghalalkan poket bocor lebih besar dengan memilih model yang lebih superior. Aku mungkin salah, tapi kebenaran dan logika masih disitu.

DSLR ini sebenarnya, ada satu gadget bagi orang yang mempunyai banyak masa, dan cukup gila untuk berhabis masa dan wang utk membuat hobi ini. Tidak dinafikan, ada orang beli untuk buat JOB, tapi berapa ramai?
Dah ada DSLR, mesti mau upgrade itu dan ini. Lensa, tripod, aksesori macam-macam dan segala jenis menda yang terfikir untuk dibeli. Hobi ini biasanya dijalankan dalam kumpulan. atau habis koman, jumpa dalam forum dan laman sembang maya. Masa tu lah terkena racun. Last-last jadi upgrade sana sini. Hutang kad kredit Max out. Bila ada DSLR juga, mesti nak berlaptop/ PC yang bagus.... habis pulak duit kat situ. Aku kenal sorang mamat tu, abis dalam rm12 000 untuk main kamera tangkap gambar ketam dan tiang lampu. Apa-apa la Dol, janji ko bahagia. Dan aku bukan nya anti DSLR... aku suka apa... dah jatuh cinta ngan satu model tu. Ni aku tengah cari sugar mummy untuk sponsor aku......

Ok bagi yang malas nak pikir pasal kerenah DSLR, mereka masih ingin kan sesuatu yang memberikan imej profesional ketika mengambil gambar. Jadi wujudlah kamera2 yang rupanya hampir sama dengan DSLR, tetapi berlainan fungsi. Ada banyak model-model yang fizikalnya macam DSLR tetapi ianya bukan.

Canon PowerShot SX30 IS merupakan sebuah KD yang datang dengan fungsi zoom yang cukup menarik. Pembesaran 35x adalah satu angka yang besar. KD ini, diberi jolokan nama sebagai Stalker Cam iaitu kamera skodeng.

Cuba lihat video ini. Kalau tidak skodeng, apa benda ni?





Menarik kan? kalau beli DSLR, untuk mendapatkan hasil sebegini, kamu kena tukar Lensa nya dulu. Dan harganya sudah tentu mencecah ribuan ringgit.


Antara ciri menarik yang terdapat pada kamera ini ialah:



Colour Accent- hanya warna tertentu yang dipilih sahaja muncul, latar belakang hitam putih. Kalau pakai DSLR, rasanya kena edit dalam photoshop dulu.SX30, ada fungsi ini.
Fungsi yang aku paling suka.






Miniature Effect- Gambar jadi macam Deorama, seperti patung.
Kalau amik gambar ni dari tingkat 20 hotel Cititel, mesti best.




Fish Eye Effect- gambar menjadi cembung.







Ini ialah carta perbandingan diantara 3 model yang lebih kurang sama harga dari canon. Dengan nilai duit yang ada, SX30 menang best. HD video beb!!!!!
Ini perbandingan money-value. Bukan dari sudut profesionalisme.
Lagi spesifikasi DISINI .




Ni sedikit video teaser.....aku suka sama cara mamat ni manipulasikan skrin LCD kecik tu. Best...!!!!



Monday, January 17, 2011

Tarantula - Smashing Pumpkins

Band ni top 10 dalam Fav List aku. 
Nombor berapa? 
Nombor 2 selepas band Seattle yang dah pupus tu.

Dalam banyak- banyak lagu, semua lagu dalam album-album mereka aku suka. Tak dak yang aku tak dengar . Tak dak yang aku tekan skip/ next button. Semuanya aku dengar.

Lagu ini bukan lagu paling aku suka juga. Cuma nak ajak kamu menyelami dunia 3D yang aku rasa, tak banyak VidKlip menggunakannya.
 Cermin mata 3D Junior yang berjaya aku pinjam.

Iramanya ada sedikit pelik di berberapa bahagian. Tapi, itulah Billy Corgan. Extra Ordinary dan Weirdo pada masa yang sama.



Sambil dengar lagu , kamu digest juga liriknya. Best?













Boleh juga ditonton di Youtube:

Click Here

Green Hornet 2011

Hmmmmm

Arahan Encik Michel Gondry .

Dah jadi macam trend sekarang ni buat semula cerita-cerita lama. Agaknya, orang- orang kat Hollywood sana dah abis modal.

Tak pa lah, kita kasi peluang. Kita layan je cerita ni.


Dengan Aktor Seth Roger sebagai teraju utama dan Jay Chou sebagai pemegang watak Kato ( dulu watak ini di pegang oleh Encik Mendiang Bruce Lee) dan Heroin Cameron Diaz ( hu hu... tapi, tak tua sangat ka dia ni?) , Sony Picture Entertainment membelanjakan sebanyak 90 juta US Dollar untuk cerita ini.

Plot cerita berkisarkan Britt Reid, pewaris kepada ayahnya yang mati dibunuh, tiba-tiba mendapat ilham menjadi Adiwira menentang krook durjana.


Dengan Rated PG13... movie ini sesuai ditonton oleh dewasa, dan kanak-kanak berumur 13 ke atas dengan diskresi Ibu bapa.

27 Januari 2011, boleh lah korang pegi tonton.


The Archer






Jimi Hendrix? ho ho...

Sunday, January 16, 2011

Stylo FoFi 2010

Ruang kokpit yang paling cantik di waktu malam.
Kombinasi warna yang berjaya dimanipulasikan, menjadikan pemuka FoFi 2010 ini antara yang tercantik bagi mata aku. Work of art!!!

Saturday, January 15, 2011

Beta Aivin- Heavy Metal Effect Paddle



Zaman dahukala, aku ada berberapa efek-efek gitar dari jenama Boss seperti Metal Zone, Turbo Distortion , Flanger dan Delay. Efek-efek ini aku perolehi sepanjang aku bekerja di Jam's Corner Studio Taman Cempaka Ipoh milik Abang Zul Kumpulan Teja. Di atas sebab yang tertentu, aku terpaksa berpisah dengan efek-efek tersebut dan juga sebuah gitar jenama Samick yang menggunakan Floating Bridge dari Floyd Rose. Ahh... cerita lama. Menda yang dah pergi, kalau kenang kembali lebih-lebih, boleh jadi angau.

Aku juga ada berberapa paddle lain seperti Grunge Dari D O D dan Turbo Distortion dari Megatone. Kedua-duanya  gagal ditemui dan aku percaya ada di rumah orang tua aku.


Dalam banyak-banyak efek itu, Grunge D O D tu lah yang paling manja. Suisnya diperbuat dari plastik dan sangat sensetif pada sentuhan. Memang tak sesuai nak bawak pegi Gig. Jadi efek tu banyak duk dirumah untuk sessi santai.

Hari ini dalam sejarah, aku pergi kedai muzik, beli efek.
Jenama BETA AIVIN - Heavy Metal (HM100). Sebenarnya pergi sebab si budak Sepal  gila nak mengaran. Dari tujuan nak meneman, aku jadi tukang beli pulak. Power betul racun tokey KMC tu. Sepal pula, keluar kedai dengan kembang kempis hidung (bangga) bersama barang berharga hampir RM2000.00.




Balik kepada HM100,
Sekali lihat, terdapat pengaruh Paddle efek BOSS yang agak ketara. dan tidak keterlaluan jika semua manusia yang melihatnya mengatakan ianya klon efek Metal Zone dari BOSS.

Gambar yang aku sertakan ini, memang menunjukkan persamaan yang ada pada kedua nya. Tombol-tombol dan kegunaannya langsung tidak diubah oleh Beta Aivin. Cuma dari segi Finishing dan Graphik nya sahaja yang ada perbezaan.


Badan Efek yang diperbuat secara Die - Cast Metal, menjadikan efek ni agak sama kuat binaannya dengan BOSS. Kalau waktu gig, atau jamming, Puaka Gua Kepura masuk dalam kepala, korang lompat atas efek ini  pun , mungkin tak jadi apa. Tapi elok tak payah la. Ni bukan BOSS tahun 90an..


Bunyi? dalam waktu yang singkat, aku berekperimentasi dengan HM100 ini, aku dapati, memang ada bunyi Metal Zone. tapi tidak 100%. Cuba mencari setting lama yang selalu aku gunakan di Studio, aku gagal menjumpainya. Mungkin faktor Amp aku yang cuma 15watt. Nanti kalau ada masa, aku akan cuba dengan Amp 60watt. Mungkin juga telinga aku dah mula menuli.



Dari segi teknikalnya, sama sahaja dengan Metal Zone.
HM100 ini menggunakan punca kuasa dari adapter atau pun bateri 9volt



Persamaan dengan Metal Zone, body yang kuat dan harga separuh lebih murah dari Metal Zone, sebab tu aku beli efek ni.

Sekarang aku sudah boleh main lagu Unusual You dari Britney Spears versi Metal !!!!!!!


Friday, January 14, 2011

Pop Art

Ni antara koleksi Pop Art hasil tangan Stan Lee, Laurie Dolphin dan Stuart S Shapiro yang aku beli dari Ebay.

4 karya ni layak duk kat dinding di satu sudut di rumah aku. Ada karya2 lain yang aku simpan di dalam sebuah peti bukan besi.

Bila mana aku tengok Gambar ni.... Aku rasa macam nak dengar lagu pop Britney Spears..

Thursday, January 13, 2011

Cee-Lo Green - 18SX






Ok... Petang tadi, aku banyak sangat masa terluang. Pusing sana pusing sini, akhir nya aku terlentang atas L-Shape sofa membaca novel ini.



Novel ni dah beli lama dulu di MPH. Aku dah baca hampir 10 kali? Nanti ada masa aku review novel ni utk kamu.

Nak cerita, dari novel tu, tak abis baca pun, aku teringat pada sebuah lagu nyanyian Gnarls Barkley bertajuk Crazy. Apa lagi, bingkas aku bangun dan album St. Elsewhere meletup di corong Hifi aku.

Tak puas hati, aku Youtube video klip GB ni. Dan dalam pencarian di youtube, aku terjumpa mamat Cee-Lo Green. Dia ni associate pada GB. Dan teringat aku pada satu hari disebuah bistro, ada budak muda pasang lagu Cee-Lo green ni pada henset dia. Tajuk lagunya adalah 'Forget You'



oh ok..... best. Catchy. Bass line superb. Feeling macam berada di New Orleans layan Soul atau southern rap music. ( skali skala layan soul plak brader). Carian seterusnya, menemukan aku dengan ini. Oh My God.........
bagi yg tiada nilai tolak ansur, anda dinasihatkan, tak payah tengok lah klip ini.



37 juta orang telah menonton nya. Wow... memang hebat.

Ini Liriknya...

Fuck You Lyrics

(Chorus)
I see you driving 'round town
With the girl i love and i'm like,
Fuck you!
Oo, oo, ooo
I guess the change in my pocket
Wasn't enough i'm like,
Fuck you!
And fuck her too!
I said, if i was richer, i'd still be with ya
Ha, now ain't that some shit? (ain't that some shit?)
And although there's pain in my chest
I still wish you the best with a...
Fuck you!
Oo, oo, ooo

Yeah i'm sorry, i can't afford a ferrari,
But that don't mean i can't get you there.
I guess he's an xbox and i'm more atari,
But the way you play your game ain't fair.

I picture the fool that falls in love with you
(oh shit she's a gold digger)
Well
(just thought you should know nigga)
Ooooooh
I've got some news for you
Yeah go run and tell your little boyfriend

(chorus)

Now i know, that i had to borrow,
Beg and steal and lie and cheat.
Trying to keep ya, trying to please ya.
'Cause being in love with you ass ain't cheap.

I picture the fool that falls in love with you
(oh shit she's a gold digger)
Well
(just thought you should know nigga)
Ooooooh

I've got some news for you
i really hate yo ass right now
(chorus)

Now baby, baby, baby, why d'you wanna wanna hurt me so bad?

(so bad, so bad, so bad)
I tried to tell my mamma but she told me
"this is one for your dad"
(your dad, your dad, your dad)
Uh! Whhhy? Uh! Whhhy? Uh!
Whhhy lady? Oh! I love you oh!
I still love you. Oooh!

(chorus)



dan ini apabila di zahirkan semula dalam bahasa isyarat (ASL - American Sign Language)



Kenapa agaknya lagu ini menjadi hit? Sebab ianya tidak seperti lagu-lagu lain. sejarah bagi lagu versi Fuck You ini, bermula dengan leaked atau 'bocor' di youtube. Pada peringkat awalnya, rating lagu ini terus melonjak naik sampailah angka 37 juta viewers...
Lagu lain pun banyak juga guna vulgar words.... tetapi kenapa yang ini?
Mungkin sebab irama yang simple dan santai, mempunyai elemen sinikal dan sebetulnya membias kehidupan manusia biasa. Maka lagu ini ramai peminatnya.
Sedih?
Tidak sekali. Orang yang heart broken, mungkin dengar lagu ini sekadar untuk menghibur jiwa. Orang biasa macam aku, menganggap ini seperti broadway show yang bagus.
Akan tonton kali kedua?
Ya.... kenapa tidak? mungkin sampai 30 kali lagi?


Video ini telah selamat aku bluetooth masuk dalam enset bukan iPhone aku, hehe. :)