Sunday, March 27, 2011

Sukami- Aku suka sama kamu Rock Sawah Padi



Sebenarnya, aku tak tahu kenapa aku beli gitar ni. Konpius ya amat pada ketika itu. Nak kata mabuk syabu, aku tak telan menda tu. Nak kata mabuk todi, aku juga tak minum menda tu.

Semuanya terjadi ketika aku pegi makan-makan di sebuah restoran siam. Aku parking keta, depan kedai muzik tu. Abis makan, aku terpandang gitar ni. Terus masuk dalam kedai muzik tu, test dua tiga lagu, cash and carry...

Kejadian itu berlaku di tahun 2006.

Pada hakikatnya, aku sebenarnya tertarik kepada design gitar ini secara di bawah sedarnya. Mari kita lihat ciri-ciri yang buatkan aku terjatuh chenta romantik karat sama ini gitar.

Gitar bersaiz Dreadnought dengan Cutaway di bahagian bawah bagi memaksimumkan penggunaan 22 fret yang ada. Aku bukannya seorang Soloist. Tetapi, kadang-kadang, jari2 ni gatal nak tekan strings di fret 16 hingga 22.

Finishing matte dan bukan glossy seperti kebanyakkan gitar lain, membuatkan aku terlampau sayang pada dia. Penggunaan bridge yang diperbuat sama material dengan kayu di fret, memberikan markah lebih kenapa aku pilih gitar ini, biasanya, gitar2 yang lain, tidak menggunakan material yang sama pada kedua bahagian ini atas faktor kos. Saddle yang diletakkan sedikit menyondong, memberikan strings intonation yang bagus. Dan tali gitar ini, di pacak kukuh menggunakan pegs. Kayu pada badan depan adalah jenis Spruce manakala pada bridge dan fretboard adalah dari Indian Rosewood.

Neck yang mungkin diperbuat dari kayu Maccasar Ebony berdasarkan warna dan tekstur kayu. Walaupun fretboardnya kecil, tetapi ianya memberikan feelings gitar karan.

Sukami~ dari Taiwan. Headstock jenis Flat. Machine Heads/TKeys Chrome tak ingat. Nut jenis plastik bodo, sama dengan saddle, cuma diposisi rendahkan supaya boleh main dengan laju. Gitar biasa, kedudukan strings nya amat jauh dari fretboard.

Ciri Istimewa, Roundback ( bahagian belakangnya berbentuk bulat dan bukan rata seperti kebanyakkan gitar lain). Ia sebenarnya dicipta oleh Kaman Music Corp dengan membawa brand Ovation dan Adamas. Rekaan sebegini bertujuan untuk meneutralkan bunyi bass bagi gitar bersaiz dreadnought. Mimik kepada gitar jenis Parlor. Jadi, bunyi diantara semua tali berjaya di samaratakan. Gitar Dreadnought biasa, akan mempunyai bunyi bass yang kuat, seperti gitar Jumbo.

Bahagian belakang jenis plastic composite ultra kukuh dengan finishing matte... Lazat. Gitar lain, biasanya menggunkan kayu dari mahagony. Memang ramai menyatakan, binaan cutaway dan penggunaan composite, akan merubah bunyi gitar. tetapi perubahan itulah yang aku cari sebenarnya. 

Kelemahan?
Ianya tidak didatangkan dengan pickGuard. memang bercadang untuk dipasangkan pada Sukami ini, tetapi, tak buat2 sampai sekarang ni.

Fretboard yang nipis, tidak begitu sesuai dengan jari aku yang lebar tak tentu hala ini. Orang yang berjari tirus macam Sepal, memang sesuai habis.

Bunyi kering dan sustain yang singkat. Tapi kena dengan lagu2 yang aku mainkan sambil menonton drama korea.

Roundback yang kenkadang menyusahkan. Kena letak atas stand gitar sepanjang masa. Pastu, kadang-kadang masa main, kalau pakai baju licin, gitar boleh menggelongsor sebab binaanya yang bulat itu.

Apa-apa pun, ianya adalah reta aku, suka tak suka.... aku tetap bersyukur....

Bahagian2 yang terdapat pada sebuah Akustik atau klasikal

Earth Hour Saya

Bukan susah pun tutup lampu dan menda-menda lain yang tidak digunakan. Cuma faktor pencetus tu yang tak de.
Biasanya, kat umah aku ni, jenis membazir juga. Lampu sampai 4-5 tempat sekali buka. Ini sebab masing-masing ada port sendiri. Atau simply memang suka membazir.


Masih ada peralatan elektrik yang dibuka malam tadi seperti peti sejuk, ionizer dan kipas. Lain-lain semua abis aku shutdown.

Menjenguk di luar, ramai juga yang tidak tahu pasal Earth Hour (EH) ni. Kalau tahu pun, 8.30-9.30 malam tu adalah  masa Perdana layan TV dan ada duk tengah makan segala.

Tak pe lah, lain tahun boleh cuba lagi. Mungkin pihak berwajib kena sama turun padang macam Perdana Menteri negara2 lain yg melakukan sambutan tutup lampu ni diserata dunia.
Pihak2 media sepatutnya lebih agresif, 2-3 hari sebelum EH, mereka dah start kempen dalam media derang.

Kecualilah, kalau nak protect kepentingan TNB...... yang tu, tak bleh buat apa dah.

EH saya, memberikan peluang mengambil gambar cahaya dari sumber api lilin di dalam gelap. Susah!!!! tak jadi.... failed!!!
Cahaya api yang sentiasa bergerak kerana angin (walaupun kipas telah ditutup), menyebabkan gambar menjadi tak cun. Penggunaan bekas lutsinar juga menyebabkan, imej nampak tidak tajam. Lain kali, mungkin bekas lilin bewarna gelap boleh di cuba untuk mendapatkan imej yang tegap dan tajam.

Jumpa tahun depan!!



Saturday, March 26, 2011

Earth Hour Today!!!!!!!!


Jom pakat-pakat tutup lampu dan segala peralatan letrik malam ini dari pukul 8.30-9.30 malam......

Save letrik, Save the planet!!!!!!!!

Korang boleh amik gambar ni, tempek kat wall FB korang... !!!! Have fun saving the Earth

Friday, March 25, 2011

Seether Careless Whisper

Lagu yang dibikin semula oleh Seether. Lagu asal adalah dari George Michael/Wham.
Lagu ini aku set sebagai ringing tone enset aku.... sila lah dengar..




http://www.youtube.com/watch?v=7P80U3crTng&feature=related


I feel so unsure
As I take your hand and lead you to the dance floor
As the music dies
Something in your eyes
Calls to mind a silver screen
And all of the sad goodbyes

I'm never going to dance again
These guilty feet have got no rhythm
Though it's easy to pretend
I know you're not a fool
I should have known better than to cheat a friend
A wasted chance that I've been given
So I'm never going to dance again...
The way I danced with you
Oh

Time can never mend
The careless whispers of a good friend
To the heart and mind
Ignorance is kind
There's no comfort in the truth
Pain is all you'll find

I'm never going to dance again
These guilty feet have got no rhythm
Though it's easy to pretend
I know you're not a fool
I should have known better than to cheat a friend
A wasted chance that I've been given
So I'm never going to dance again...
The way I danced with you
Oh

Tonight the music seems so loud
I wish that we could lose this crowd
Maybe it's better this way
We've hurt each other with the things we want to say
We could have been so good together
We could have lived this dance forever
Now who's going to dance with me

Please stay
I'm never going to dance again
These guilty feet have got no rhythm
Though it's easy to pretend
I know you're not a fool
I should have known better than to cheat a friend
A wasted chance that I've been given
So I'm never going to dance again...
The way I danced with you
Oh
Oh oh
Oh oh
Oh oh
Oh oh
Oh oh
Oh oh
Oh oh
Oh oh

Thursday, March 24, 2011

Kebodohan Melampau




Orang yang bunuh diri adalah orang yang lari dari tanggungjawab kemanusiaannya. Dan lebih parah dari itu perbuatannya (bunuh diri) itu menunjukkan kurangnya kepercayaan yang bersangkutan terhadap kemurahan Tuhannya. Tapi umumnya bunuh diri memang disebabkan oleh kurangnya pemahaman dan penghayatan terhadap agama. Seperti diketahui agama mengajarkan sabar, tawakal, melarang putus asa, dan seterusnya.

Orang mukmin tidak boleh membunuh tanpa alasan yang haq. Dan membunuh diri sendiri adalah membunuh tanpa alasan yang haq, dengan kata lain, orang yang beriman tidak boleh membunuh dirinya sendiri dengan alasan apapun. Allah berfirman:

"Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (QS 4. An-Nisaa: 29)

"Dulu sebelum zamanmu ini ada seseorang yang terluka dan tidak tahan menanggung derita lukanya itu, lalu mengambil pisau dan memotong sendiri tangannya, maka mengalirlah darah terus menerus hingga ia mati. Allah pun berfirman: 'Hamba-Ku telah mendahului-Ku atas kemauannya sendiri, Aku mengharamkan surga untuknya.'" (HR. Bukhari dan Muslim)

Takziah SSH

Member sekutu rapat aku, rumah dia kena pecah masuk.
Kasihan dia.
Bertabahlah ye....

Sokaba ni tulis merapu. Banyak betul fakta yang silap. Tapi tak heran, Harian Metroseks memang suka siar cerita pelik-pelik dan belum tentu sahih.

Ketam

Balik kerja semalam, singgah Mini market beli barang sikit.
Sekali Junior ternampak ketam. Mother of all crabs... apa lagi, abis keluar ayat power, dia suh aku beli ketam tu.

Kat umah, tak dak orang yang makan ketam kecuali Junior.
Aku tak bleh makan ketam sebab resdung. Dulu masa kecik-kecik, suka gak makan ketam. Tapi lepas makan ketam, Dr Sulaiman kena kasi aku satu injeksyen...... abis gatal satu badan.


Kesian kat Junior, aku beli jugak 2 ekor.
Ketam tu aku potong dua, sepit dia aku kerat mengikut ruas dan aku kasi karate supaya senang nak makan nanti.
Masuk dalam Pot, masak kari.

Kari ketam, serupa je macam kari-kari lain. Bezanya cuma pada kuahnya. Tak perlu banyak-banyak macam kuah kari ayam. Kenapa? aku pun tak reti nak cakap. Dah aku belajar dulu macam tu. Cuma mungkin senang nak amik ketam tu kut. kalau tenggelam, susah la pulak.

2 ekor ni, berat dalam 1.7 KG.... besar kan?

Posing takut-takut bersama Ayah Ketam.  Jangan tanya apsal Necktie dia macam tu. Pesen baru, korang mana tau!!!!!

Sila lah makan ketam......
Rempah nya pula, guna rempah kari daging dan bukan kari ikan. Ini bagi nak neutralkan rasa ketam tu. Lain-lain, aku tak reti nak cerita... hehe